responsif teks foto

Khamis, 10 September 2020

Kebun getah Tiga Generasi

Diceritakan kepada saya, Atok saya meninggal ketika berumur 44 tahun beliau sempat membuka tanah seluas 6 ekar untuk ditanam dengan getah, kalau dilihat 6 ekar luas juga,  iaitu 6 kali padang bola sepak, menebang balak mengunakan ‘beliung’ membakar pokok rumbia yang cukup banyak. Berbanding sekarang kita mengunakan chainsaw dan bulldozer.   Mengikut tercatat dalam geran,  tanah getah atok ini  mendapat geran pada tahun 1933 masa tu ayah saya belum lahir lagi. 

Pada hari ini tanah getah tersebut telah di bahagi kepada 3 bahagian yang mana saya mendapat 1 bahagian bersamaan dua ekar setelah saya membeli dari emak saudara saya. Pada tahun 2004 ayah saya telah menanam semula kebun  getah tersebut  melalui RISDA. Pada hari ini umur ayah dah 83 tahun dia dah tak mampu untuk menoreh maka sayalah yang menoreh kebun tersebut. 

Pada tahun 2010 harga mencecah RM 7.00 sekilo memang seronok menoreh, masa tu saya masih berkhidmat dalam ATM.  Pada 2012 setelah  pencen, berkebun menjadi aktiviti utama lebih kurang 6 jam sehari saya dikebun itulah yang menjadi penghibur dan minat saya. Banyak aktiviti dan pengalaman berkebun saya telah muatkan dalam blog ini. 

Kebun getah 3 generasi 


mangkuk getah 3 generasi


 


2 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Sekarang banyak kebun getah yang terbiar kerana harga getah yang tidak menguntungkan.

Nan Zul berkata...

betul...kos operasi melebihi kos pendapatan..."

AddToAny