responsif teks foto

Khamis, 11 Mac 2021

Bayaran ‘one-off’ RM1,000



KENYATAAN MEDIA MENTERI BESAR PAHANG

Bayaran ‘one-off’ RM1,000 kepada Pengerusi JKKK/JKKB dan Timbalan Pengerusi JKKR

Kerajaan Negeri bersetuju agar bayaran ‘one-off’ RM1,000 diberikan kepada Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung Baharu (JKKB), serta Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Rancangan (JKKR).

Program di bawah Bantuan Prihatin Pahang (BPP) ini merupakan tambahan RM750 kepada asal RM250 seorang sepertimana saya umumkan dalam ucapan Belanjawan Negeri 2021 yang saya bentangkan pada 16 November 2020.

Mereka yang terlibat ialah seramai 675 orang meliputi 543 orang Pengerusi JKKK, 62 orang Pengerusi JKKB dan 70 orang Timbalan Pengerusi JKKR. Nilai peruntukan keseluruhan ialah RM675,000.

Pembayaran akan dibuat bermula minggu depan.

Adalah diharapkan, para penerima bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri, seterusnya meningkatkan lagi khidmat-bakti lebih berkesan demi kemajuan dan kemakmuran kampung dan rancangan tanah yang diwakili.


DATO’ SRI WAN ROSDY WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang

11 Mac 2021



Tiada ulasan:

AddToAny