responsif teks foto

Selasa, 31 Julai 2018

Hari Pahlawan

Kemerdekaan dan kebebasan yang kita nikmati selama ini adalah hasil pengorbanan besar pahlawan dan perajurit negara yang sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan keamanan dan
kedaulatan tanah air tercinta ini.




Pada tanggal 31 Julai 1960 Perdana Menteri pertama Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan tarikh tersebut sebagai Hari Pahlawan sempena tamatnya era darurat. Perisytiharan adalah sebagai memperingati jasa pasukan keselamatan negara yang terdiri dari daripada polis serta tentera.

Cuba perhatikan pula Jasa Dato Najib dalam membantu Bekas Pahlawan Negara dan Perajurit Negara. Tetapi selepas PRU ke-14 dengan pertukaran kerajaan baru, semua hilang bagaikan hilang empun pagi, Antara inisiatif itu adalah Bantuan Bakti Negara (BBN), penambahbaikan Skim Perkhidmatan ATM yang dinamakan Skim Anuiti Veteran (SAVe), tambahan kuota haji kepada 400 orang serta suntikan dana sebanyak RM5 juta untuk Tabung Pahlawan 2017.

Cuba bayangkan perajurit negara dahulu yang sudah meninggalkan kita atau masih lagi hidup, sanggup meninggalkan anak isteri selama tiga bulan meredah hutan belantara dengan pek di bahu 60 kg mendapat gaji RM 150 sebulan, pencen tidak sampai RM1000. Oleh itu, pada hari ini generasi muda sebenarnya tidak tahu pengorbanan golongan prajurit ini.

Kita berharap dan inisiatif untuk menyedarkan golongan muda tentang keperluan menghayati sejarah perjuangan perajurit negara perlu terus dipergiatkan melalui pelbagai kaedah dan pendekatan, tidak ada lagi kenyataan-kenyataan sumbang dia media social ke atas Prajurit dan bekas Pahlawan Negara, mengambil tindakan terhadap mereka yang ingin membela Komunis, pihak berhaluan kiri agar dapat di dipertimbangkan.

Kerambit


Al kisah nama kerambit bukanlah berasal dari nama sebuah senjata tradisi melayu tetapi bermula lama ketika pembukaan kampung tersebut. penduduk kampung menanam begitu banyak pokok pisang(memang banyak pokok pisang kat sini) sehinggakan banyak kera yang datang mengambil dan memakan pisang2 penduduk kampung. 

jadi 'kera' ditambahkan dengan 'ambit' yang bermaksud ambil dalam loghat pahang menjadi kerambit. begitulah asal usul nama tempat ini



Dari FB Anok-anok lepeh

Isnin, 23 Julai 2018

KEMBARA FEST

💥DATARAN ORANG KAYA HAJI LIPIS💥
Pertanyaan lot niaga www.wasap.my/60145145264
[GEMPAR] - PERHATIAN “WARGA LIPIS PAHANG“ 📣 #Ekspo_Flora#Ekspo_lelong KEMBARA FEST BAKAL MENGGEGARKAN “DATARAN ORANG KAYA HAJI LIPIS”
Bermula 27 JULAI - 05 OGOS 2018 (10 HARI) "DATARAN ORANG KAYA HAJI LIPIS akan diserang oleh pengguna pengguna bijak yang ingin mendapatkan herba, baja, pokok buah, pakaian dan barangan lelong, murah dengan kualiti yang baik pada masa ini . Kami bawakan khas untuk warga “DATARAN ORANG KAYA HAJI LIPIS“ dan sekitarnya pelbagai jualan orkid, bunga, pokok buah, baja, karpet, barangan lelong dengan harga lelong pecah kepala , pecah gudang , pecah guni ..✔️
Aksesori serendah rm5/tshirt lelong rm8/seluar jeans/gadget/permainan/kosmetik/tudung/kuih raya/jeruk/biskut/baju raya/baju kurung/kerepek/baju budak rm10/blouse/jogger pant/army pant/ sahaja🌟 dan banyak lagi produk menarik menanti anda
Aktiviti yang ada :
TARIKH & MASA AKAN DIBERITAHU DI PENTAS UTAMA👇🏻
kolam renang/soopa doopa
Kereta mini
Ceramah agama
Lelongan di pentas utama
Beramah mesra bersama artis tempatan
🔛CERAMAH AGAMA - 27/07/2018 9.00 MLM
🔛PERSEMBAHAN SILAP MATA - 28/07/2018
9.30 MLM (MASCOT MICKEY MOUSE)
🔛EJAY SAMUDERA & YAZID SEJATI -
29/07/2018 9.30 MLM
🔛YABANG KHALIFAH - 01/08/2018 9.30 MLM
🔛AMY UKAYS/ACIK - 04/08/2018 9.30 MLM
🔛CABUTAN BERTUAH - 05/08/2018 10.30
MLM (HARI TERAKHIR)
Elakkan berbelanja disaat akhir takut stok habisssssss 💥🎉🎉🎉
🎁🎉🎊 Setiap pembelian rm30 ke atas anda layak dapat 1 kupon cabutan bertuah memenangi loket emas dan rm20 ke atas anda layak menerima cabutan bertuah hadiah berupa barangan elektrik,gadjet dan hamper. Mudahkan 🎉🎁 Jumpa di sana
🎊🎊🎊
Sebarang pertayaan wasap www.wasap.my/60145145264 (mohd)
Jangan lupa like page kami 👉
*LIKE PAGE FB ADS*
https://www.facebook.com/Kembara-FEST-FLORA-169994167058963/

Rabu, 18 Julai 2018

Makanan paling mahal di Negeri Pahang

Masakan Tempoyak ikan patin
Kalau dekat Malaysia ni dari segi makanan dari range paling murah sampai mahal, kita semua ada preference masing masing. Contohnya rakyat marhaen macam kita ni, selalu makan kedai mamak je. Hujung bulan tu kadang-kadang bawa bekal. Kalau paling mewah tu mungkin KFC sebulan atau dua bulan sekali je kot…” Kalau korang nak tahu, ada je makanan mahal kat seluruh dunia yang harga dia boleh beli bekalan dapur tiga keturunan! Contohnya Almas Caviar yang mencecah USD25,000 untuk 2 lbs (907gram). Eksklusifnya pakej kaviar ni, telur ikan Sturgeon liar diletakkan dalam tin yang diperbuat daripada 24 karat emas. Wheww! Atau Italian White Alba Truffle yang berharga USD160,406? Atau murah sikit daripada tu, cendawan Matsutake yang berharga USD1000?



Di Negeri Pahang terdapat dua makan yang paling mahal makanan tersebut adalah:

1.Ikan patin Muncung di Temerloh, Pahang  RM280-300 sekilo




Sebut je Temerloh, ikan patin ni memang makanan paling popular kat sana. Kadang-kadang tu orang dari serata Malaysia sanggup datang dari jauh semata-mata nak makan ikan patin masak tempoyak yang fresh kat sana. Patin pula ada macam macam jenis, yang paling murah adalah patin sangkar yang diternak (dikatakan bau hanyir sebab berkumpul satu tempat je), lepas tu patin sungai, up sikit, patin buah yang harga dia kami check mencecah RM100 sekilo setakat tahun 2012.






Peminat tegar ikan patin yang pentingkan kualiti bolehlah pergi cuba. Biasanya, ikan patin buah dijual pada harga antara RM90 dan RM200 sekilogram, kalau yang dah masak, harga dalam RM18 hingga RM20 seketul ikut saiz. Tapi yang paling mahal setakat ni kitorang jumpa ialah ikan patin muncung, yang range harga dia mencecah RM280-300 untuk sekilo je. Ni yang belum masak, ok?

1 kg RM500

harga ikan sungai

Nak dijadikan cerita, ikan patin ni jadi makin popular masa tahun 2011. Masa tu ada sekumpulan 56 orang yang pergi makan dekat restoran ikan patin di Temerloh. Sekali masa nak bayar, tergamam terus sebab hidangan patin termasuk air, semua sekali RM13,000. Nak tak nak tu kena bayar la juga. Sorang kena bayar RM240 lebih kurang sebab dah masuk perut, lepas tu baru buat report dan viralkan.

Cerita dari Lipis Ikan Kelah
Pemilik Restoran 'Azmi Steam' di Lipis 






2 . Musang King mencecah RM110 sebiji

Musang King merupakan Raja buah yang terdapat di Pahang terutama daerah Raub, tidak susah untuk mencari bila musim  Durian, perjalanan dari Bentong ke Bandar Raub di tepi jalan terdapat banyak gerai menjual buah tersebut atau mengikut jalan lama Sungai Penjuring – Kampung Sang Lee menuju Kampung Tras. Sekarang ini harganya sudah mencecah  RM250 sekilo di Negara China.

Kampung Baru Sang Lee

Musang King

Musang King D197
"aku layak durian kampung aje...."
Durian kampung yang aku tanam sendiri,
zaman tu tak ada lagi Musang King


Ahad, 8 Julai 2018

Sumbangan Tabung Pembelaan Dato’ Sri Najib


Seawal jam 7.30 pagi tadi, saya bertolak ke rumah pemimpin yang kita kasihi iaitu DS Najib di Langgak Duta, KL untuk menyampaikan sedikit sumbangan awal daripada masyarakat Lipis untuk Tabung Pembelaan DS Najib bagi separuh lagi bayaran ikat jaminnya esok.


Ternyata saya tersentuh apabila saya selesai serahkan duit sumbangan, sempat lagi dia kata, Tok Man, “saya tak nak susahkan rakyat sampai perlu bagi sumbangan untuk saya”. “Jangan heret rakyat bersama dalam ujian yang saya terima ketika ini. Biarlah saya dan keluarga hadapinya.” Saya cuma mampu kata “ walaupun tak banyak, inilah sumbangan ikhlas mereka untuk Dato Seri yang dah banyak bantu masyarakat selama ni”. “Mereka juga sampaikan salam pada DS”.

Dalam hati saya berkata, saat dia sedang susah pun, dia masih fikirkan tentang rakyat. Inilah pemimpin kita.Sedih bila mengenangkannya semula.

Untuk makluman semua, jumlah terkumpul yang diterima dari Tabung UMNO Bahagian dan Sayap-sayap adalah sebanyak RM8012, dan dari Tabung Pemuda sebanyak RM2670 dan jumlah keseluruhan RM10,682. Saya juga turut menyumbang untuk DS Najib.

InsyaAllah kutipan sumbangan Tabung Pembelaan ini akan diteruskan lagi seperti biasa. Bagi yang ingin terus menyumbang, bolehlah hadi terus ke pejabat UMNO bahagian dan sayap-sayap umno bahagian.

YB Dato Hj Abdul Rahman

Sabtu, 7 Julai 2018

HARTA PUSAKA PENEROKA FELDA


MASALAH HARTA PUSAKA PENEROKA FELDA

Oleh : Tuan Ariffin Sabirin

cerita dari Lipis FELDA
Harta Pusaka Peneroka FELDA
Peneroka Felda adalah antara golongan yang istimewa kerana memiliki pelbagai kemudahan dan keistimewaan di bawah Akta TANAH GSA 1960 ( Kawasan Penempatan Berkelompok) yang diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. Tujuan utama Akta ini diperkenalkan ialah bagi memperuntukkan tanah kepada rakyat dan menyelaraskan pengurusan tanah tersebut di bawah perbadanan yang diberikan kuasa ( felda).

Namun demikian, Akta ini tidak membenarkan lebih dari dua (2) nama dimasukkan ke dalam geran tanah pada sesuatu masa selepas kematian peneroka. Ini mencetuskan masalah kerana ramai peneroka mempunyai lebih dari dua orang waris mengikut Hukum Faraid, semua waris layak mendapat bahagian masing-masing.


AMALAN BIASA PEWARISAN TANAH FELDA.

Kebiasaannya apabila peneroka meninggal dunia, sekiranya semua waris mahukan hak ke atas tanah ladang atau rumah, seorang atau dua orang waris akan dilantik sebagai PENTADBIR bagi mewakili semua waris yang berhak. Apabila PENTADBIR menerima hasil kebun/ladang, dia wajib mengagihkan semula hasil itu kepada waris-wa sama ada mengikut bahagian seperti Hukum Faraid atau secara muafakat. Ini kerana hasil itu bukan miliknya sebaliknya dia hanyalah sebagai PENTADBIR.

MASALAH BIASA YANG DIHADAPI WARIS PENEROKA.

Masalah yang biasa dihadapi di dalam pewarisan tanah Felda ialah kerana PENTADBIR yang dilantik tidak amanah. PENTADBIR tidak mengagihkan hasil ladang kepada waris² sebaliknya memakan hasil tersebut bersendirian. Dari segi Hukum, PENTADBIR itu sudah pun memakan harta yang haram kerana harta itu bukan miliknya seorang. Rasulullah SAW berpesan :-

"Barang siapa yang memakan hak seorang Muslim dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkan syurga. Seorang sahabat bertanya, Walaupun sedikit Ya Rasulullah?. Baginda menjawab, walaupun setangkai kayu sugi." ( Hadis Riwayat Muslim).

Selain itu, biasa juga berlaku keadaan di mana PENTADBIR yang amanah menjalankan tanggungjawabnya pula yang terjejas kerana dia yang terpaksa berusaha bersendirian menguruskan ladang tetapi apabila mendapat hasil, terpaksa pula mengagih balik semua hasil kepada waris² lain mengikut Hukum Faraid atau permuafakatan sedangkan waris² lain sudah pun bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri berbanding dengan PENTADBIR yang hasil utamanya ialah dari hasil ladang. PENTADBIR yang penat akhirnya berputus asa dan meninggalkan kerjanya di ladang.

BAGAIMANA MENGATASI MASALAH HARTA PUSAKA TANAH FELDA

1) PENYELESAIAN UNTUK GENERASI PERTAMA

1.1) HIBAH
Walaupun peneroka felda mempunyai ramai anak, namun dalam keadaan biasa ada anak tertentu sahaja yang masih tinggal bersama peneroka di tanah rancangan dan mereka inilah yang membantu peneroka menguruskan ladang. Anak² lain mungkin telah berjaya dan bekerja di bandar.

Peneroka felda yang berhasrat agar tanah ladang dan rumahnya diwariskan kepada anak yang tinggal di tanah rancangan itu boleh membuat dokumen HIBAH dan menghibahkan tanah ladang dan rumah kepada anak tersebut. Dokumen HIBAH ini boleh disediakan oleh Wasiyyah Shoppe melalui perundingnya yang berdaftar.

Selagi masih hidup, peneroka felda boleh terus menikmati hasil seperti biasa. Apabila dia meninggal dunia barulah nama anak tersebut dimasukkan ke dalam geran dan anak tersebut akan memiliki tanah ini secara mutlak.

Tiada sesiapa pun boleh mencabar hasrat peneroka felda menghibahkan tanah ini kepada anak tersebut. Segala hasil ladang adalah milik anak tersebut dan apabila anak tersebut meninggal dunia, tanah ladang dan rumah tersebut akan diwarisi pula oleh waris² anak tersebut mengikut Hukum Faraid. Adik beradik anak tersebut tidak akan mendapat apa² hak. Pemberian HIBAH seperti ini hanya boleh diberikan kepada maksima dua orang anak sahaja.

1.2) HIBAH AMANAH
Sekiranya peneroka felda inginkan semua anak mendapat manfaat dari tanah ladang dan rumahnya, dia boleh memberikan HIBAH AMANAH kepada salah seorang dari anak yang dipercayainya. Anak ini akan menandatangani satu SURAT IKATAN AMANAH yang mengisytiharkan bahawa walaupun dia menerima HIBAH tanah ladang dan kebun itu, tetapi dia hanyalah bertindak sebagai PEMEGANG AMANAH bagi pihak dirinya dan waris² lain mengikut Hukum Faraid.

Selagi peneroka felda masih hidup, dia boleh terus menikmati hasil seperti biasa. Apabila dia meninggal dunia, barulah nama anak sebagai PEMEGANG AMANAH tadi dimasukkan ke dalam geran dan anak tersebut akan mula memainkan peranannya sebagai PEMEGANG AMANAH.

Sebagai orang yang menguruskan ladang, anak ini akan menerima UJRAH ( UPAH) dari hasil ladang. Baki hasil selepas ditolak UJRAH ( UPAH) di atas barulah dibahagikan kepada waris² lain sama ada secara sama rata atau mengikut Hukum Faraid atau seperti yang diingini oleh peneroka felda. Jumlah penerima manfaat ini tidak ada had.

Selepas anak ini meninggal dunia, PEMEGANG AMANAH yang baru pula dilantik dikalangan anak² lain sama ada mengikut turutan atau seperti yang diarahkan oleh peneroka felda. Ini bermakna tanah ladang dan ruma akan hanya diwarisi oleh anak² peneroka felda sahaja.

2) PENYELESAIAN UNTUK PENEROKA GENERASI KEDUA YANG SUDAH MENJADI PENTADBIR.

Penyelesaian ini hanya boleh dibuat untuk Peneroka Generasi Kedua yang namanya sudah pun muncul di geran sebagai PENTADBIR. Sekiranya nama di dalam geran masih nama Peneroka Generasi Pertama yang meninggal dunia, penyelesaian ini tidak boleh dilaksanakan.

Situasi yang biasa berlaku ialah PENTADBIR menetap di rumah pusaka di tanah rancangan. Kebiasaannya jika rumah itu rosak, PENTADBIR yang menetap di rumah itulah yang mengeluarkan modal untuk memperbaikinya sedangkan rumah itu bukan milik mutlaknya, dia hanyalah PENTADBIR yang mewakili waris lain mengikut Hukum Faraid.

Di dalam keadaan ini, PERJANJIAN KELUARGA boleh dibuat. Perjanjian ini mengikat PENTADBIR dengan waris² yang lain. Di dalam perjanjian ini akan dimasukkan unsur UJRAH ( UPAH) untuk PENTADBIR di mana kesemua waris² bersetuju bahawa atas usaha PENTADBIR menguruskan ladang dan menjaga rumah pusaka, PENTADBIR akan menerima UJRAH ( UPAH) dari hasil ladang. Baki hasil selepas ditolak UJRAH akan diagihkan kepada semua waris² termasuk PENTADBIR sama ada mengikut bahagian Hukum Faraid atau seperti yang dipersetujui bersama.

Sekiranya PENTADBIR meninggal dunia, PENTADBIR yang baru pula akan dilantik dari kalangan waris² yang ada. Apabila PENTADBIR baru membuat keputusan supaya waris² PENTADBIR yang telah meninggal dunia itu meninggalkan rumah pusaka, ganti rugi bagi apa² modal yang telah dikeluarkan untuk memperbaiki rumah akan dibayar mengikut kadar yang dipersetujui bersama.

Dengan adanya PERJANJIAN KELUARGA dapat mengelakkan waris² dari berbalah sesama mereka dan pewarisan tanah ladang dan rumah dapat dibuat dengan lebih lancar.

WASIAT YANG DIBUAT OLEH PENEROKA FELDA TIDAK SAH.

WASIAT bukanlah penyelesaian kepada masalah harta pusaka peneroka felda. Malah apabila peneroka felda membuat WASIAT, ia menambahkan lagi masalah pusaka yang sedia ada. Kebanyakan WASIAT yang dibuat oleh peneroka melalui ejen² SYARIKAT AMANAH ialah WASIAT yang melantik WASI/PENTADBIR harta pusaka.

Di dalam WASIAT yang dibuat ini hanya disebut tentang perlantikan Syarikat Amanah sebagai WASI/PENTADBIR harta pusaka dan tanggungjawab mereka. Ini bermakna, selepas peneroka meninggal dunia, peneroka mahukan syarikat Amanah itulah yang menguruskan harta mereka. Apa yang tidak diketahui oleh peneroka apabila mereka menandatangani WASIAT seperti ini, bila mereka meninggal dunia dan harta pusaka diurus Syarikat Amanah, waris² mereka terpaksa menanggung kos yang mahal kerana di dalam keadaan tertentu, telah dijumpai kes peneroka felda di mana Syarikat Amanah mengenakan caj sehingga berpuluh ribu ringgit! Waris terbeban dan teraniaya! Dalam membuat WASIAT, peneroka felda perlu melihat peringatan Allah SWT di dalam surah An Nisa ayat 12 :

"Dan Hukum Faraid ini dibahagikan selepas ditolak WASIAT dan dijelaskan hutangnya tetapi WASIAT itu mestilah tidak memudaratkan waris"
WASIAT yang melantik Syarikat Amanah sebagai WASI / PENTADBIR harta pusaka boleh menjadi WASIAT yang memudaratkan waris apabila waris dikenakan caj berpuluh² ribu ringgit.

Sekiranya peneroka felda membuat WASIAT dan memasukkan hasrat pembahagian harta di dalam WASIAT itu pula, hasrat pembahagian itu tidak sah kecuali dipersetujui oleh semua waris selepas kematian peneroka felda. Walaupun ketika membuat WASIAT itu waris mungkin bersetuju tetapi kerana WASIAT berkuasa kuasa nya selepas kematian, waris boleh untuk tidak bersetuju dengan WASIAT itu selepas kematian pewasiat dan WASIAT itu akan terbatal.

KESIMPULANNYA.

HIBAH ialah dokumen yang lebih berkesan untuk dibuat oleh peneroka felda berbanding dengan WASIAT. Walaupun kos membuat WASIAT mungkin lebih murah, tetapi ia tidak berkesan dari segi pembahagian harta kerana boleh dibatalkan dan ia juga akan membebankan waris kerana mereka terpaksa membayar berpuluh ribu ringgit!

Pembahagian harta peneroka felda melalui HIBAH adalah berkuatkuasa. Tiada siapa boleh mencabar hasrat pemberi HIBAH memberikan hartanya kepada sesiapa yang dikehendakinya kerana berbeza dengan WASIAT, HIBAH berkuatkuasa semasa hidup dan penerima HIBAH pasti menerima harta yang dihibahkan.

Oleh itu, peneroka felda jika mempunyai hasrat untuk membahagikan harta feldanya kepada waris² tertentu dan ingin mengelakkan masalah dari berlaku selepas kematiannya, buatlah HIBAH dan Wasiyyah Shoppe ialah penyedia dokumen HIBAH yang terbanyak di Malaysia. Bagi kes² felda, perintah² HIBAH dari Mahkamah Tinggi Syariah Bentong, Kuantan dan Seremban telah pun berjaya diperolehi oleh Wasiyyah Shoppe yang membuktikan bahawa HIBAH yang dibuat oleh Wasiyyah Shoppe adalah berkuasakuasa dan mengikut Hukum Syarak.

Nukilan dari :
Pengurusan Harta Pusaka
Tuan Ariffin Sabirin
Penasihat Kumpulan Syarikat
Wasiyyah Shoppe.





AddToAny