responsif teks foto

Sabtu, 21 September 2019

Pontensi Penanaman Vanilla

ASAL USUL VANILA

Hampir dari kita semua tahu tentang vanilli atau vanilla, tapi apakah Anda juga tahu tentang sejarah atau asal-usul vanilla itu sendiri?berikut adalah penemuan fakta tentang vanila :

Vanili (Vanilla planifolia) adalah tanaman penghasil serbuk vanili yang biasa dijadikan pengharum makanan. serbuk ini dihasilkan dari buahnya yang berbentuk polong. Tanaman vanili ditemui pertama kali oleh orang-orang Indian di Mexico, negara asal tanaman tersebut. Nama daerah dari vanili adalah panili atau perneli. Morfologi Vanili Saiz batang tanaman vanili kira-kira sebesar jari, berwarna hijau, agak lunak, beruas dan berbuku. Panjangnya lebih kurang 15 cm. Tumbuhan melekat pada pohon atau tonggak yang telah disediakan.

Rangkaian bunga vanila adalah bunga tandan yang terdiri dari 15-20 bunga. Bunga keluar dari sisi daun bahagian pucuk batang. Bentuk bunganya duduk, berwarna hijau-biru agak pucat, panjang 4-8 cm dan berbau agak harum.

Bunga vanila terdiri dari 6 daun bunga (3 sepal, 3 petal) yang terletak dalam dua lingkaran. Daun bunga bahagian luar (sepal) sedikit lebih besar daripada bahagian dalam petal. Satu dari petalnya berubah bentuk, menggulung seperti corong yang disebut bibir (rostelum). Pembiakan Di Mexico tanaman vanili dapat berbuah kerana ada serangga yang membantu penyerbukannya.

Putik pada bunga vanila tertutup oleh bibir, sehingga pendebungaan secara semulajadi terhalang, kepala sari (anther) berisi dua butir tepung sari, letaknya lebih tinggi daripada kepala putik. Keistimewaan dari bunga vanila iaitu kepala Putiknya berisi cecair pelekat. Bila tepung sari diletakkan disana akan segera melekat dan terjadilah pembuahan.

Bunga vanila yang telah mekar hanya dapat bertahan satu hari. Jika bunga yang telah mekar itu tidak segera dikahwinkan, akan layu dan kemudian gugur. Oleh sebab itu harus sering keliling kebun untuk mengawal perkembangan vanila.

Masa yang baik untuk mengawinkan bunga vanila adalah pada pagi hari. Hari-hari basah dan kering sekali tidak baik untuk pendebungaan. Berjaya atau tidaknya pendebungaan akan kelihatan selepas dua atau tiga hari. Bunga yang berjaya didebungakan akan berubah warnanya menjadi lebih pucat. Enam buah daun bunganya akan layu tetapi tangkai bunganya tetap melekat pada tandan bunga. Bunga yang tidak berjaya didebungakan akan gugur. Setelah terjadi pembuahan antara 10-15 buah, bunga pada tandan yang masih kuncup sebaiknya dipangkas, agar zat makanan yang dihisap oleh tanaman terkumpul pada pembentukan dan pembesaran buah.

Pada masa bunga mekar, panjang buah 2-4 cm dengan garis tengah 5 mm. Satu minggu selepas pendebungaan bakal buah itu boleh mencapai panjang 8-10 cm. Lima minggu kemudian buah telah mencapai panjang maksimum 20-25 cm, dengan garis tengah 1,5 cm. Setelah buah mencapai perkembangan yang maksimum, lima atau enam bulan kemudian buah akan masak.

Warna buah mula-mula hijau muda, kemudian hijau tua disertai dengan garis-garis kuning menjelang masak. Buah yang telah masak berwarna coklat tua. Jika dibiarkan masak di pokok, buah akan pecah menjadi dua bahagian, dan menyebarkan aroma vanila. Biji buah kecil-kecil, banyak sekali jumlahnya, berwarna hitam dan berukuran kira-kira 0.2 mm


MENGAPA KITA HARUS MENCEBURI BIDANG PENANAMAN VANILLA.


Produk  vanilla kering mempunyai permintaan yang tinggi dari US dan france serta banyak lagi  Negara-negara  Eropah lain. harga vanilla kering gred A boleh mencecah  RM 1800- RM3000 bergantung pada pasaran, permintaan US terhadap vanilla adalah sekitar 2-4juta tan setahun dan Perancis  sekitar 1-2juta tan setahun. Pasaran dunia kini hanya sekitar 3-5% sahaja untuk produk vanilla original  yang mampu dibekalkan oleh seluruh pengeluar vanilla dunia dan 95-97% permintaan yang tak mampu ditampung oleh pembekal dunia. Vanilla mendapat permintaan yang tinggi kerana ia banyak digunakan dalam produk kecantikkan dan itu pun tak mampu dibekalkan oleh pembekal dunia.

1. 97% pasaran vanilla dunia adalah dari vanilla sintetik. Maknanya hanya 3% sahaja vanilla asli menguasai pasaran.

2. Bukan senang nak hasilkan vanilla berkualiti seperti permintaan pasaran. So sebab tu harganya sangat mahal.

3. Negara pengeluar lain seringkali berhadapan dengan isu kualiti, bencana alam dan kecurian hasil.

4. Persaingan? Vanilla bukan dijual dgn dicelup tepung dan dijual seperti pisang goreng. Banyak prosesnya. Permintaan vanilla sangat tinggi dari  U.S.A dan France.

5. 3% yg dihasilkan itu baru utk kegunaan food industry, belum ambil kira industry kosmetik dan farmaseutikal.

6. Ingat.. Yang ni penting sebab ada yg dah terkena.. Bukan semua vanilla ada harga. Di malaysia memang ada spesis vanilla hutan, vanilla liar malaysia tidak ada harga. Jgn tersalah beli benih. Baru2 ni saya tgk keratan vanilla dijual berleluasa oleh beberapa pembekal anak pokok. Hurmmm... Bila ditanya, penjualnya pun tak tahu spesis apa. Naya org yg beli.. Ye la nk tunggu hasil 3 tahun woi.

Masih ramai masyarakat malaysia yang tidak mengetahui tentang penanaman vanilla atau juga dikenali sebagai emas hijau dlm masyarakat antarabangsa..kenapa ia dipanggil emas hijau,kerana harga pasaran bg vanilla kering gred  A Mencecah hingga RM1800 1kg dan vanilla basah boleh mencecah harga RM400-RM 600 1kg..penanaman vanilla juga tidak membazir tanah kerana setiap 1 ekar blh bt penanaman 800-1000 pokok.setiap 1 pokok vanilla bolh mengeluarkan buah antara 1.5kg-3kg.


Harga Vanilla kering bermula tahun 1999-2017 paling rendah sekitar 50usd dan tertinggi 600usd perkilogram. pada awal tahun 2019 harga Pasaran Vanilla dicatatkan sekitar 635usd/kg dah dijangka terus stabil harganya sehingga tahun 2028 disebabkan permintaan syarikat2 pengeluar makanan seperti Nestle untuk menggunakan perisa Vanilla Asli Organik sahaja dalam pengeluaran produk makanan mereka

Maklumat

1 pokok Vanilla boleh bertahan untuk mengeluarkan hasil sehingga 20 tahun sekiranya dijaga dengan baik

1 Pokok Vanilla juga boleh menghasikan 1kg-5kg Vanilla kering

harga 1kg Vanilla kering dipasaran sekitar RM1500 - RM2000 mengikut gred buah

Vanila Temerloh Pahang

Kredit : Pengusaha Vanila Temerloh Pahang

Vanila Temerloh Pahang berkualiti tinggi



Dato' Fatah Abdulah- Pengerusi Angkasa

Vaniila adalah tanaman emas (golden crop) kerana harga boleh mencecah RM2000.00 sekilo. Satu ekar boleh dapat sampai RM1.6 juta setahun .Hasil 500 Hingga 800 kg kering seekar/ tahun.Harga sekarang RM1500 hingga RM2000 /kg.Tanaman baru diperkenalkan di Malaysia. Berasal dari Mexico.Digunakan utk ais kirim,kek dan kosmetik serta makanan kesihatan.Bagi menyatukan serta menjaga kepentingan pengusaha Vanilla seluroh negara,angkasa ambil inisiatif tubuh Koperasi Vanilla Berhad. Mesyuarat Agong Penubohan di buat minggu lepas di Pej Angkasa Temerloh.

Mesyuarat Koperasi Vanila.

Pengasas Tanaman Vanila Temerloh Pahang.

Pokok Vanila.



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam...

Boleh tahu di mana sy boleh dapatkan vanilla beans yang masih hijau sebelum ia dikeringkan?

Terima kasih.

Nan Zul berkata...


Vanila Temerloh 018-913 2774

den berkata...

0189132774 terbaik..berapa harga biji benih

Unknown berkata...

Saya berminat melihat tanaman vanila ini.macam Mana caranya saya boleh dapat beninya..tq

hantu raye berkata...

boleh terangkan lebih lanjut tentang tanaman vanila ini? berminat dengan tanaman yang dinyatakan.
- bagaimana dengan penjagaan?
- kesesuaian suhu dan tanah bagi menanam pokok vanila ini?
- biji benih nak dapat dari mana?
- bagaimana untuk membuat penjagaan adakah sama seperti menanam pokok lada dan sayuran?

jika tak keberatan dapat menghubungi dengan call atau whatsap di talian 019-7217746 (ayie @ hantu raye)

awg berkata...

nak belajar pergi la kejar guru, bukan guru yg kejar awak..adoi la

MPB_crusader berkata...

nama pun hantu raya

Unknown berkata...

Jenis vanilla apa yg abang jual? Saya berminat nak beli 100 cuttings vanilla. Berapa harga?

Nur haura afeeya berkata...

Salam

AddToAny