responsif teks foto

Ahad, 31 Disember 2017

Generasi ke-2 Felda : Sekatan Undang-Undang

Sekatan Undang-Undang Dalam Urusan Melibatkan Tanah Felda

Bapa mertua saya adalah peneroka felda. Saya dapati banyak kes dan permasalahan yang timbul apabila melibatkan tanah felda ini dari segi perundangan.

Ramai peneroka yang menjual dan memajakkan tanah felda yang mereka perolehi kepada pihak ke tiga. Alasan mereka, mereka sudah tidak hendak lagi duduk di felda dan hendak balik kampung.

Ada juga peneroka yang berbalah sesama anak beranak untuk memindahmilikkan tanahnya kepada anak-anak yang mereka paling sayangi.

Bukan setakat itu sahaja, apabila sahaja peneroka tersebut meninggal dunia, waris-waris berbalah pulak sesama sendiri dari segi pembahagian harta pusaka.


Ditambah lagi dengan tuntutan harta spencarian oleh bekas isteri yang telah bercerai dan sebagainya. Semua ini adalah masalah biasa dihadapi oleh komuniti felda apabila melibatkan tanah felda.

Status Tanah Felda

Tahukah anda, sebenarnya tanah felda ini statusnya tidak sama macam tanah biasa. Ianya tertakluk kepada Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1967. Oleh itu terdapat sekatan-sekatan dari segi perundangan yang terpakai kepada tanah felda.

Sekatan-Sekatan Perundangan

Tanah tapak rumah dan ladang adalah berstatus tanah berangkai. Ianya tidak boleh dipisah bahagi selama lamanya. Maknanya, peneroka tidak boleh memisahkan tapak rumah sebagai satu bahagian, dan tapak ladang sebagai satu bahagian. Kedua-duanya mestilah dimiliki bersekali selama lamanya. Ianya juga tidak boleh dipecah bahagi kepada tanah lot-lot kecil.
Tiada sebarang urusan jual beli, pindah milik, gadaian, sewaan, hibah, wasiat, wakil kuasa (PA) dan sebagainya sah dilakukan ke atas tanah felda, sama ada sebahagian atau kesemuanya,  melainkan dengan persetujuan bertulis daripada pihak felda terlebih dahulu.
Ini kerana status hakmilik ke atas tanah felda adalah status pemilikan tidak sempurna. Segala transaksi melibatkan tanah felda mestilah tertakluk kepada kebenaran pihak felda.


 Walaupun tanah felda itu telah dikeluarkan geran individu, tetapi ianya tetap tidak boleh dianggap sebagai milikan sempurna oleh peneroka. Ini kerana ada perjanjian di antara peneroka asal dan pihak felda yang mengikat kedua-dua belah pihak yang menyebabkan milikan itu dianggap bukanlah milikan sempurna oleh peneroka.

Penama di atas geran hendaklah tidak melebihi 2 orang sahaja dalam satu masa. Ertinya, sekiranya seseorang peneroka itu ada 5 orang anak, peneroka tersebut hanya boleh memindahmilikkan bahagian nya dalam geran kepada 2 orang anaknya sahaja. Itu pun tertakluk kepada kebenaran bertulis daripada pihak felda terlebih dahulu.

Dari segi pewarisan harta setelah peneroka tersebut meninggal dunia pula, tanah felda hanya boleh diletakkan nama 2 orang waris sahaja dengan persetujuan daripada semua waris. Biasanya dengan cara penama tersebut membeli bahagian hak waris-waris yang lain.

Sekiranya waris-waris tidak bersetuju, pejabat pusaka kecil atau mahkamah berhak melantik 2 orang penama di dalam geran sebagai pentadbir harta. Menjadi tanggungjawab pentadbir harta untuk membahagi-bahagikan hasil dan manfaat yang diperolehi daripada tanah felda tersebut kepada waris-waris yang sah mengikut bahagian yang telah diputuskan.

Dari segi tuntutan harta sepencarian pula, tanah felda ini boleh dituntut sebagai harta sepencarian. Walaubagaimanapun, bahagian peratusan masing-masing adalah tertakluk kepada mahkamah syariah untuk tentukannya. Dan bahagian tersebut tidak boleh dipecah bahagikan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kepada peneroka dan generasi kedua felda, adalah wajib bagi anda memahami perkara ini dan bersedia dari awal lagi dengan langkah-langkah terbaik dari segi perancangan harta untuk mengelakkan sebarang perbalahan  melibatkan tanah felda ini timbul di kemudian hari.

Ketahuilah, untuk mereka yang bercadang hendak beli tanah felda, berfikir lah banyak kali. Kerana ianya adalah pembelian yang berisko. Jika bernasib baik, tanah tersebut mungkin dapat dipindahmilikan kepada anda. Tetapi jika tidak bernasib baik, duit habis, hakmilik tanah tak dapat. Beringatlah!

Sekian, terima kasih,

Yang benar,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR

Presiden


Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

Sabtu, 30 Disember 2017

TAN SRI SYED AZMAN SYED IBRAHIM

TAN SRI SYED AZMAN SYED IBRAHIM: BILIONAIR MELAYU ‘LOW PROFILE’ YANG MEMILIKI 4 JET EKSEKUTIF, LEBIH 40 BUAH HELIKOPTER!
SYED AZMAN SYED IBRAHIM


Beliau asalnya adalah seorang pegawai perisikan tentera yang berkhidmat selama 13 tahun dalam ATM hingga memperoleh pangkat Mejar. Pada tahun 1993, setelah berhenti dari tentera, beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai. Anak jati Sungai Petani, Kedah ini kemudiannya mula berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia. Masa tu beliau tidak memiliki AP namun dia berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut. Lama kelamaan beliau berjaya juga memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan keretanya semakin menjadi sebutan.

Kemudian kerajaan mengambil keputusan memberhentikan pemberian AP terbuka dan hanya menawarkan franchise AP. Untuk mendapatkan franchise AP, Syed Azman perlu dilantik oleh syarikat kereta asing sebagai pengedar then barulah permit itu dianugerahkan kepadanya. Nasib menyebelahinya apabila beliau berjaya mendapatkan kepercayaan daripada Honda untuk melantiknya sebagai pengedar beberapa jenis kereta tersebut di Malaysia antaranya Honda Jazz.

Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta bagi kegunaan hariannya, bila heli itu tidak digunakannya, beliau sewakan saja pada mereka yang berminat. Ketika itulah beliau sedar yang permintaan untuk helikopter ini tinggi di Malaysia.

5 tahun kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama untuk menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar.

Dan hari ini, pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS) itu memiliki lebih 40 buah helikopter, empat buah jet persendirian dan beliau juga memiliki kontrak bernilai RM8 billion bagi membawa pekerja pelantar minyak hingga menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia ketika ini.

Ini belum campur perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan etc. Walaupun harta dan asetnya mencecah bilion ringgit, Syed Azman enggan menyatakan jumlahnya. Beliau hanya menjawab: “Saya tak boleh beritahu jumlah harta saya, mak saya tak suka”

Hehehe…comel tak jawapan tu?


Rabu, 27 Disember 2017

Sungai Telang tercemar teruk..."

Sungai Telang Tercemar
Jabatan Alam sekitar (JAS) Pahang mengesahkan air di Sungai Telang, Kampung Beletik, Lipis kelihatan tercemar dengan warnanya bertukar seakan-akan air lumpur, seperti yang diadu oleh orang awam.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata JAS Pahang telah mengambil sampel air sungai di kawasan berkenaan untuk dianalisis susulan aduan yang diterima oleh beliau menerusi aplikasi WhatsApp pada 12 dan 19 Dis lalu.


Katanya siasatan lanjut JAS Pahang juga mendapati berlaku aktiviti perlombongan di kawasan hutan Simpan Tersang dan usaha sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada lombong terbabit beroperasi secara sah atau tidak.

"Saya memandang serius terhadap pencemaran sungai ini kerana Sungai Telang merupakan sumber utama yang digunakan penduduk kampung untuk kegunaan harian seperti air minuman, mencuci pakaian dan menangkap ikan.

"Oleh demikian, saya telah mengarahkan JAS untuk menggunakan apa juga kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk mengekang pencemaran ini," katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata buat masa ini, arahan pemberhentian kerja serta-merta akan dikeluarkan terhadap operator terbabit bagi membendung pencemaran yang berlaku dan arahan untuk melaksanakan langkah-langkah pemulihan kawasan yang menjadi punca pencemaran sungai juga akan dikeluarkan.

Keengganan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan setiap operator didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, katanya.
Wan Junaidi

"Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap keperluan dan denyut nadi rakyat dalam mengurus pembangunan negara demi mengekalkan sumber asli dan alam sekitar secara lestari," katanya.


Wan Junaidi berkata JAS Cawangan Cameron Highlands juga telah memanjangkan aduan itu kepada Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Pahang, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang, Pejabat Tanah dan Daerah Lipis serta Pejabat Hutan Daerah Raub untuk tindakan selanjutnya di bawah bidang kuasa agensi masing-masing.


Sabtu, 23 Disember 2017

Keliru paparan skrin ATM

Dalam Sinar Harian 25 Nov 2017 ada menceritakan  terdapat penuntut mengadu skrin ATM memaparkan arahan pengeluaran wang, tetapi apabila ditekan secara tiba-tiba wang itu tidak berjaya dikeluarkan dan terus dipindahkan bagi pembelian SSP.

Apabila perkara itu dimaklumkan kepada cawangan BSN  mereka memberitahu wang itu hanya dapat dikembalikan dalam tempoh 45 hari, melainkan jika berurusan di Ibu Pejabat BSN.

Keadaan ini sudah tentu membebankan penuntut terbabit yang terpaksa mengeluarkan kos pengangkutan semata-mata untuk mendapatkan wang itu semula ke ibu pejabat BSN.

Pada hari ini terjadi pada diri saya kerana  ingin mengeluarkan wang RM 300 pada mesin ATM , paparan arahan memaparkan YA  dan TIDAK  hingga saya tertransfer kepada SSP dan duit tidak berjaya dikeluar,  saya sangat keliru paparan skrin ATM BSN dan berharap BSN memberi penjelasan dan menyelesaikan masalah tersebut.





Jumaat, 22 Disember 2017

Pingat Jasa Malaysia



Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara tidak langsung tidak kurang dari 6 bulan dalam mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) 

atau : 

Telah terbunuh, cedera atau menjadi kurang upaya disebabkan tugas menentang Pengganas Komunis Malaya (PKM) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 atau Penganas Komunis Kalimantan (PKKU) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990


Mana-mana anggota tentera atau bekas anggota tentera yang memenuhi syarat kelayakan boleh mendapat penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM).

 
Borang PJM





Ahad, 17 Disember 2017

Kolam Pancing Sg. Pompong


Kolam Pancing Cu Man dapat ikan timbang 
Tempat : Sungai Pompong Kampung Lubuk Kulit 27100 
Padang Tengku Lipis Pahang

Lokasi Kolam Pancing Click 


Aktiviti Malam : Char Kuew Teaw Pak Cu Man

Selasa, 12 Disember 2017

Khamis, 7 Disember 2017

Ustaz Farid Ravi.


Tiada  siapa menduga, anak kecil yang sering mengunjungi gereja 20 tahun lalu akan menjadi seorang pendakwah Islam yang terkenal hari ini. Dibesarkan dalam lingkungan keluarga beragama Kristian, namun hidayah Allah tiada siapa mampu menghalang.

Itulah anugerah termahal daripada Allah SWT kepada kita semua, sehingga memungkinkan kita untuk dapat memesrai sosok lelaki yang ramah bernama Mohd. Farid Ravi Abdullah, 39, yang lebih popular dengan nama Ustaz Farid Ravi.

"Dahulu, saya dikenali sebagai Jasiah a/l Ravi. Saya dan keluarga adalah penganut Kristian. Saban minggu kami akan mengunjungi gereja. Namun, hakikatnya hati saya sedari awal sudah terpikat kepada Islam.

"Bahkan sewaktu di bangku sekolah rendah lagi, saya telah betah mengikuti kelas Pendidikan Islam bersama kawan-kawan yang beragama Islam.

"Antara punca saya minat kepada kelas Agama Islam ialah kerana ustazah yang mengajarnya bijak menyampaikan.

"Selain itu, sejak kecil saya begitu minat mendengar bacaan al-Quran, khususnya apabila adanya Majlis Tilawah al-Quran yang diadakan di negara kita saban tahun.

"Ibu memarahi saya kerana saya minat mendengar bacaan al-Quran," jelas beliau. Namun alhamdulillah, ibunya juga sudah memeluk Islam sebelum dipanggil mengadap ilahi.

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat berteduh. Bagi Farid Ravi, beliau amat terhutang budi dengan keluarga angkatnya iaitu keluarga Hashim Talib (ketika itu seorang anggota polis yang berpangkat sarjan) dan Saunah Arifin dari  Kg. Tanjung  Sg. Choh, Rawang  Selangor.

"Mereka telah mendorong saya untuk menuju ke arah yang benar. Dorongan dan motivasi yang diberikan oleh keluarga angkat saya ini tidak akan dapat saya lupakan sehingga ke akhir hayat. "Mereka juga telah memberikan layanan yang terbaik kepada saya. Saya dianggap seolah-olah anak mereka sendiri," ceritanya menghimbau kembali detik-detik awal saat mula mengenali Islam.

Faktor kawan juga banyak membantu. Bahkan Farid Ravi mengakui, berkat bimbingan rakan, pada usia 11 tahun beliau sudah mampu membaca surah al-Fatihah dan menjawab azan.

Sehinggalah ketika usianya 18 tahun, hatinya sudah tidak mampu ditahan-tahan lagi dan akhirnya di hadapan ustaz Kadir Chong beliau melafazkan dua kalimah syahadah di ibu pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Kuala Lumpur.

Ahad, 3 Disember 2017

Cabaran menjadi pelajar miskin di Malaysia

Melihat kepada kehangatan politik negara, saya pasti pilihan raya umum (PRU) ke-14 sudah semakin hampir. Setiap kali menjelang PRU, pasti semboyan membantu golongan miskin akan dibunyikan oleh politikus.
keluhan Pelajar

Secara asasnya, aksi-aksi membantu orang miskin akan menjadi kegemaran politikus - menghantar bantuan ke rumah usang, memeluk seorang nenek atau duduk di tangga rumah yang sering tewas di tangan cuaca.

Aksi-aksi seperti ini pasti akan menimbulkan rasa simpati bagi mereka yang melihatnya, dan menambah populariti politikus yang memilih aksi-aksi populis seperti ini.
Kita tidak menolak mentah-mentah aksi meraih simpati ini, tapi sebagai politikus mereka boleh memainkan peranan dengan lebih berkesan untuk membantu golongan miskin, terutamanya dengan membentuk dasar negara.

Saya gemar 'mencuri' beberapa idea daripada Dr Muhammed Abdul Khalid - yang menulis buku Antara Dua Darjat - tentang isu kemiskinan dan ketidaksamaan di Malaysia.

Kita harus mengakui pendidikan merupakan instrumen terbaik untuk mengeluarkan sesebuah keluarga daripada kemiskinan.

Namun, jika memandang sistem pendidikan secara adil, kita akan dapati ia pada hari ini kurang mesra terhadap orang miskin. Biar saya datangkan beberapa persoalan.

Tak adil, menindas

Pertama, soal meritokrasi yang ada pada sistem pendidikan kita. Cuba kita tanya diri sendiri: Apa yang diharapkan oleh sistem pendidikan daripada pelajar hari ini?

Saya berpandangan, kita semua bersetuju sistem pendidikan negara ini inginkan murid mendapat seberapa mungkin gred A. Kita mahu semua pelajar begitu tanpa melihat latar belakang mereka.

Muhammed dalam sebuah wawancara bersama Astro Awani menceritakan pengalaman beliau melihat ada pelajar di sebuah negeri “tidak makan malam dan bersarapan” kerana kekangan kewangan keluarga.

Kemudian kita mahu pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik ini berlumba dengan pelajar-pelajar yang memiliki kehidupan yang lebih baik, sekolah di sekolah yang punya prestasi tinggi, dan kemungkinan besar menghadiri kelas tambahan berbayar di luar sekolah?

Ini adalah sesuatu yang tidak adil dan menindas golongan terbabit. Bagaimana mungkin mereka mahu keluar daripada kemiskinan melalui pendidikan jika sistem yang ada tidak bersifat “equal-footing” semasa memulakan perlumbaan?

Melalui forum di RTM pula, Muhammed turut mengkritik Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang menerima golongan pelajar berada. Sepatutnya MRSM fokus dalam membantu golongan pelajar yang miskin dengan memberikan suasana pembelajaran yang kondusif.

Bagi saya, kritikan ini perlu dipandang serius oleh pemerintah.

Boleh tutup mata

Golongan miskin juga memiliki cabaran yang besar untuk menikmati sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Cabaran tidak bermaksud pelajar-pelajar miskin tidak berpeluang masuk ke universiti.

Pada hari ini kita memiliki ramai mahasiswa yang datang daripada keluarga miskin.

Saya percaya hampir semua mahasiswa yang memijak institusi pengajian tinggi adalah untuk mengubah nasib keluarga. Isu mahasiswa yang datang daripada keluarga miskin perlu dipandang dengan lebih serius dan dibincangkan kerana mereka memiliki tiga cabaran yang besar - sebelum, semasa dan selepas memasuki universiti.

Sebelum memasuki universiti kelompok mahasiswa yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah perlu mencari wang untuk persediaan.

Pada masa inilah selalunya keluarga yang “miskin” akan mula meminjam wang daripada saudara-mara atau menggadai segala aset yang ada.

Saya pasti akan ada hujah, negara kita memiliki banyak biasiswa yang akan membantu golongan miskin. Namun seperti yang saya katakan pada awal tulisan ini, kebanyakan tawaran seperti ini mewajibkan pelajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Bagaiamana dengan pelajar yang memiliki keputusan sederhana atau rendah? Adakah kita boleh menutup mata sahaja terhadap mereka?

Dermasiswa atau zakat pula bersifat “cabutan bertuah” dengan jumlah pelajar yang akan dibantu adalah mengikut peruntukan semasa.

Seksa tahan lapar

Ketika berada di alam universiti pula, pelajar ini perlu membayar yuran secara sama rata. Ini bermakna tidak kiralah purata pendapatan keluarga mahasiswa tersebut RM10,000 atau RM1,000 sistem pendidikan tinggi kita mewajibkan mereka membayar yuran yang sama.

Mereka terpaksa bergantung dengan pinjaman (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional - PTPTN) atau pinjaman lain untuk meneruskan kelangsungan di kampus.

Bagi seseorang yang pernah bergelar mahasiswa pasti mereka akan menyedari kesukaran untuk hidup di kampus, lebih-lebih bagi mahasiswa miskin.

Sebab itulah kita pernah dikejutkan dengan berita “mahasiswa koyak usus” akibat menahan lapar pada tahun lepas.

Selepas menamatkan pengajian kebanyakan mahasiswa yang datang daripada keluarga yang miskin ini akan mempunyai “hutang” di leher.

Dahulu pernah tular berita mengatakan graduan tidak wajib membayar hutang sehingga mereka bergaji RM3,000 tetapi sehingga kini saya tidak mengetahui kebenaran berita ini.

Apabila mahasiswa miskin ini keluar dari universiti, objektif utama mereka adalah untuk “membina” kehidupan dengan mengumpul wang.

Jika kita tambat leher mereka dengan hutang-hutang ini sebelum mencapai kadar gaji yang sepatutnya, bagaimana mungkin mereka dapat keluar daripada kemiskinan?

Lebih-lebih dengan isu kesukaran mendapatkan pekerjaan yang seperti hari ini.

Cadangan kepada pemerintah

Kerajaan pernah mengambil langkah afirmatif dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) akibat rusuhan kaum 1969, dan pada tahun 1990-an kita melihat DEB berjaya mengurangkan kemiskinan, melibatkan lebih banyak Melayu-bumiputera dalam sektor koperat dan mencipta peluang pekerjaan.

Itu adalah cabaran lewat 1960-an. Pada hari ini kita memiliki cabaran yang berbeza, dan pemerintah harus masuk campur sebelum “bom jangka” ini meletup.

Pada sistem pendidikan, saya fikir wajar pemerintah mengkaji semula dasar meritokrasi kita kepada golongan miskin (bottom 40 peratus) dengan memberikan kelonggaran kepada pelajar-pelajar miskin untuk menikmati bantuan baru atau sedia ada, seperti bantuan kewagan, makanan tambahan atau sekolah berasrama penuh seperti MRSM.

Selain mengambil keputusan peperiksaan sebagai penanda aras, latar belakang sesebuah keluarga pelajar juga harus ditimbang.


Kemudian, untuk sistem pendidikan tinggi pula; wajar jika yuran universiti (bermula dengan universiti awam) lebih longgar mengikut latar belakang pendapatan keluarga.

Ini bermakna jika seseorang mahasiswa itu miskin, dia harus membayar kurang berbanding mereka yang datang daripada keluarga yang berkemampuan.

Menjelang PRU ke-14 ini, saya berharap politikus lebih banyak memikirkan polisi dan dasar yang akan membantu keseluruhan golongan miskin yang ada di negara ini berbanding memilih beberapa buah rumah usang untuk dijadikan modal untuk berswafoto semata-mata.


RAHMAN IMUDA seorang aktivis mahasiswa.

Khamis, 30 November 2017

Maulidur Rasul



Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.



Jumaat, 17 November 2017

Teknik Al Baghdadi

Kelas Bimbingan Asas Al Quran 

Teknik Al Baghdadi di 

AL BAGHDADI LEARNING CENTER PUSAT PERNIAGAAN BUKIT RESIDEN 
No 31 Tingkat Jalan PPBR 3/4 27200 KUALA LIPIS

Telefon  WhatsApp 013 2322192   Sallehudin




Khamis, 16 November 2017

Ustaz Abdul Somad


Ustaz Abdul Somad di lahir di Pekanbaru, Riau, Indonesia pada  18 Mei 1977 (umur 40 tahun) adalah seorang pendakwah dan ulama berasal dari Pekanbaru, Riau yang sering mengulas berbagai macam persoalan agama, khususnya kajian ilmu hadits dan ilmu fekah.  Selain itu, ia juga banyak membahas mengenai nasionalisme dan berbagai masalah terkini yang sedang menjadi pembahasan hangat di kalangan masyarakat. Namanya dikenal publik karena Ilmu dan kerja beliau dalam memberikan penjelasan dalam menyampaikan dakwah yang disiarkan melalui saluran ‘You tube’.  Ustaz Abdul Somad pada masa ini bertugas sebagai pensyarah di Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim  Riau.
Tahun 1998, beliau merupakan salah satu dari 100 orang yang menerima biasiswa yang dibuka oleh pemerintah mesir untuk orang indonesia belajar di Universiti Al-Azhar mengalahkan 900 orang yang lainnya yang mengikuti ujian untuk mendapatkan biasiswa tersebut. Abdul Somad mendapatkan gelar Lc-nya dalam waktu tiga tahun 10 bulan.

Kemudian pada tahun 2004, kerajaan Maghribi menyediakan 15 biasiswa bagi pendidikan S2 di Dar Al-Hadits Al-Hassania Institute yang setiap tahunnya hanya menerima 20 orang murid dengan perincian 15 orang Maghribi dan lima orang untuk asing. Abdul Somad pun terpilih untuk masuk dalam kuota penerimaan 5 orang asing tersebut melalui jalur biasiswa S2 yang diselesaikannya dalam waktu satu tahun 11 bulan.

Selasa, 14 November 2017

Merapoh



PART 01: Trek Pelancong Menuju ke Gua Hari Malaysia, Merapoh pada 12.11.2017.
1-Lihat video klip ini secara rasional.
2.Kalau rasa kami menipu, sila abaikan apa yg anda lihat.
3.Namun, sekiranya anda fikir generasi kita berhak menikmati sisa2 keindahan yg pernah kita kecapi, viralkan ia.
4.Biar kita kalah dengan bermaruah, bukan menang tapi hati dan akal dipenuhi sampah.




(VIDEO) ''Kalau Ikhlas Beritahu Dari Awal'', MB Pahang Kata NGO Hanya Lapor Isu Pembalakan Di Merapoh Bila Dah Teruk


"Kalau ikhlas beritahu awal, nampak ada lori masuk buat kerja terus maklumkan pada kita. NGO pun tidak ikhlas, sudah rosak baru nak keluar surat khabar. Saya pun tak mahu salahkan wakil rakyat, tapi sepatutnya dari awal beritahu," katanya.


Isnin, 13 November 2017

LUAHAN HATI PESARA TENTERA

oleh : Mior Rosli

Wahai Tok Hisham, kamu tidak menghayati hidup, penderitaan dan pengorbanan seorang Tentera. Kamu tak malu ke pakai baju tentera, pakai sayap penerjun kanan.. kamu menipu para Veteran seperti mana sepupu kamu menipu Kami. Di mana kamu semasa Kami berjuang bergaadai nyawa menentang organasasi Komunis? Mungkin Dharurat pertama Kami belum lahir.. tapi masa Dharurat kedua 1960-1989? Mungkin kamu berseronok Di luar negara kerana kamu anak bangsawan.. belajar pun di luar negara. Kamu Dan sepupu kamu membuang duit berbilion2 atas project2 merugikan Dan tirisan melalui rasuah Dan kleptokrasi. Wang Yang Di bazirkan itu lebih dari cukup untuk selaraskan gaji Veteran yang berkorban menjaga kemerdekaan negara. Kamu hanya penting Kan mereka Yang sedang berkhidmat Yang tidak pernah melawan penganas komunis.

Saya cabar untuk berdialog dengan kamu tentang hak Dan Kuasa MAT menurut perlembagaan persekutuan Dan undang2 Yang ada. Kami boleh panggil KSU kamu untuk bantu kamu.

Saya cabar kamu untuk terjun bersama saya, Di ketinggian 12 ribu kaki, kalau kamu tak berani, buka lah sahaja wing kamu itu. Buat malu sahaja!

Saya cabar kamu duduk dalam hutan Dan paya selama tiga minggu Tanpa berjalan makanan bersama saya.. jika kamu tak berani, buka sahaja uniform ITU. Buat malu sahaja!

Kalau kamu tidak ada perasan tentang hidup Kami, isteri Kami Dan anak2 Kami, kamu tak layak jadi Menteri Pertahanan. Letak sahaja jawatan kamu.

Kamu tidak faham perbezaan antara perkhidmatan awam dengan Perkhidmatan Tentera. Perkhidmatan awam semua dapat pencen. Kami Tentera bagi LLP terpaksa Mohon sambung perkhidmatan dari 10 ke 15, Dario 15 ke 18, dari 18 ke 21 baru layak dapat pencen. Setiap Kali sambung anggota mesti sihat (FE dalam Pullheem), mesti lulus ujian, mesti ada Kursus Dan lain2.. Bagi pegawai Pula, nak nak kapt kena lulus perbagai ujian, nak Naik Mej pun ke lulus perbagai ujian Dan mesti ada jawatan. Jika tidak Naik Kami kena berhenti juga. Nak Naik LtCol pun mesti pergi staff college.. jika umur sudah 48 Di halang mengikuti staff college. Dalam Tentera hanya Kol keatas sahaja boleh khidmat sampai Umur 60 tahun. Ini hanya 4% sahaja dari seluruh ATM.

Kami dalam Tentera Di nafikan banyak hak kebebasan Yang Di beri oleh perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Kami tidak boleh bersuara. Berbeza dengan awam. Kami kerja 24 jam Tanpa gaji lebih masa. Satu hari khidmat Kami Sama dengan 3 Hari khidmat awam. Cuti bukan hak bagi Kami..cuti hanya Satu memudahkan sahaja.

Tahukah kamu Tentera Yang berhenti 10, 15 atau 18 tahun juga berjasa dengan negara? Kami membuat kamu boleh hidup senang lenang. Tapi bila Kami sudah jadi Veteran kenapa kamu nak Samakan Kami dengan Pesara perkhidmatan awam? Kamu menghina Kami. Kamu tidak tahu menghargai pengorbanan Kami.

Kami dah lama bersabar.. Kami tidak ada niat untuk menjatukan kerajaan. Kami Veteran sentiasa taat setia kepada Tuhan, Raja Dan Negara Kami. Kami tidak mencuri Dan merompak Wang kerajaan. Kenapa Kami Di Hina begini. Kamu himpun Kan Kami .. Janji bermacam2 tapi kamu tetap menipu Kami. Kamu dari parti nationalis Melayu.. tahukah kamu 90% dari 300 ribu Veteran itu juga Melayu? Kamu hidup senang lenang, lebih dari 50% Veteran hidup dalam said Dan meskin. Kami tak mahu Di tabur dengan dedak kamu, Kami mahu hak Kami Dan recognition Yang setimpal sebagai Pahlawan negara.

Isteri Kami juga adalah sebahagian dari Kami. Mereka juga berkorban demi negara.. tidak tidur malam megenang nasib Kami Sama ada pulang atau tidak. Menjaga anak2 Kami semasa Kami Di hutan atau Di lautan.

Kami bukan sahaja hutang kebaikan penyelarasan pencen Kami.. kamu juga hutang backdated Kami!!

Sekarang Kami mahu tuntut hak Kami!

HIDUP VETERAN!

Jangan lupa Tarikh : 17 Disember 2017 



Ahad, 12 November 2017

"Sudah Jatuh ditimpa Tangga..."

Firdaus, 12, dan adik bongsunya, Syafiqah, 3 tahun tinggal bersama adik beradiknya (7 orang adik beradik) yang lain di rumah peninggalan arwah ayah mereka di Kampung Tembeling, Berchang.
Dikala waktu ini, ibunya berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan difahamkan atas sebab masalah kencing manis dan jantung. Dikala waktu ini juga kakak sulung mereka berada di Hospital Kuala Lipis difahamkan juga atas sebab kencing manis.
Mereka hanya bergantung kepada bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 sebulan dan pendapatan kakak mereka (anak ke-2) yang bekerja di ladang timun Kampung Berchang. Kakak mereka ini (anak ke-2) telahpun berkahwin dan tinggal bersama mereka.
Adik beradik mereka yang lain (anak ke-3, 4 & 5) masing-masing masih bersekolah di tingkatan 3, 4 dan 6 di sekolah menengah dalam daerah Lipis dan hal ini menyebabkan Firdaus terpaksa berkorban untuk tidak ke sekolah (bermula selepas peperiksaan UPSR) demi menjaga adiknya di rumah.
Lawatan YB Dato' Mustapa Long, ADUN Padang Tengku dan rombongan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Lipis lewat tengah hari tadi sedikit sebanyak membantu memberi penyelesaian kepada mereka.
Mari kita sama-sama doakan agar keluarga ini dipermudahkan segala kesulitan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Aamiin.


Sabtu, 11 November 2017

Musang King vs ‘ASFA 50’

Siapa yang tidak kenal dengan durian 'Musang King' atau ‘Raja Kunyit D197’  berasal dari Tanah Merah Kelantan, Baka tersebut cukup popular di Malaysia sudah ditanam dengan banyaknya oleh pekebun durian cina di Daerah Raub, Bentong penanaman akan terus meluas hingga  ke Daerah Lipis disebabkan dengan adanya promosi dan galakan oleh pemimpin tempatan seperti wakil rakyat.  Dengan Harga disekitar RM 100 sekilo ianya cukup lumayan, kalau di negeri China  durian ini sudah setaraf dengan  i-Phone X.

Pada kali ini saya ingin menceritakan sedikit ada baka durian yang akan dapat mengalahkan ‘musang king’ iaitu ‘ASFA 50’ ianya mampu berbuah 2 kali setahun tempoh tanam tiga tahun. Anak pokoknya boleh didapati tetapi harga tinggi sedikit RM 150 sepokok tapi berbaloi. Sesiapa yang ingin mendapatkan baka tersebut boleh Wasaap terus0113384537. 

Durian Diraja Perlis ‘ASFA 50’


‘ASFA 50’

Wasaap terus 0113384537

3 tahun berbuah

Facebook




Ferri Anugerah Makmur

promosi!!!
Bantal mas @ asfa50
Harga PROMOSI 4 pokok RM100
Harga Borong Berniaga sila hubungi admin
Fig Farm
depan bomba simpang pulai
jln ipoh ke cameron
1km drpd exit tol simpang pulai.
like Fig Farm
Bantal mas @ asfa50


4 Tahun ASPA50


ASFA 50


Cukup 4 tahun Aspa50 mengeluarkan bunga, setahun lebih di kebelakangan ini saya rawat pokok dengan dolomite 3 bulan sekali selain pembajaan organik dan kimia. Tak ketinggalan baja semburan ke daun dan batang, PRS dari PDI. Dakwaan penjual benih Aspa hampir tepat. Pokok akan berbunga semuda 3.5 tahun. Alhamdulillah! - kredit : FB Mashud Samuri


Jumaat, 3 November 2017

Dr Mohamad Abdul Khalid

The Colours of Inequality 
Nama Dr.Muhammed Abdul Khalid tiba-tiba meniti di bibir ramai warga Malaysia selepas pandangan beliau dalam sebuah rancangan wawancara yang disiarkan di TV3 pada hujung Oktober lalu. Dengan loghat utara yang pekat, Dr.Muhammed Abdul Khalid menjawab soalan pertama panel dengan penerangan yang cukup mudah, sesuatu yang menjadi identiti beliau sekian lama.

 Walaupun bergelar seorang akademik yang mempunyai pengetahuan tinggi, kelebihan Dr.Muhammed Abdul Khalid yang dikagumi adalah keupayaan beliau menafsirkan sesuatu dalam cara yang mudah difahami tanpa memerlukan penggunaan perkataan bersifat 'mumbo-jumbo' yang kerap mengangkiti ramai cendekiawan di negara kita.

 Ramai pasti mengenali beliau sebagai penulis dan penyelidik kepada buku 'The Colours of Inequality : Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia.' Buku tersebut secara konsisten terletak dalam senarai buku terlaris penjual-penjual buku dan kandungan buku tersebut ditulis sama seperti bagaimana Dr.Muhammed Abdul Khalid menerangkan tentang sesuatu perkara.

 Anak kelahiran Pulau Pinang, Dr.Muhammed Abdul Khalid adalah seorang ahli ekonomi Melayu yang boleh dikatakan muda. Belajar di Universiti of Southern California dalam jurusan kewangan, beliau melanjutkan pengajian peirngkat sarjana di Universiti Malaya dalam bidang ekonomi.

 Selepas itu, beliau menambah koleksi kelulusan sarjana beliau dengan melanjutkan pengajian di Paris Institute of Political Studies dalam bidang Hubungan Awam sebelum bergelar Doktor Falsafah melalui Institusi yang sama pada tahun 2010.

 Kajian beliau sejak dulu dapat disimpulkan dalam 3 isu besar yang menyebabkan ketidak seimbangan ekonomi di Malaysia.

 Berpengalaman luas dalam bidang ekonomi, Dr. Muhammed Abdul Khalid mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris dan Perancis dengan lancar. Kini beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan dan Ahli Ekonomi kepada DM Analytics, sebuah badan yang bertanggungjawab mengkaji realiti sebenar kesan dasar ekonomi pada golongan peringkat bawahan. Turut bersama beliau adalah dua orang lagi ahli ekonomi terkenal Malaysia, Tan Sri Professor Kamal Salih dan Dr. Muhammad Ikmal Mohd. Said.

Pengalaman yang beliau perolehi juga bukan calang-calang. Beliau pernah berkhidmat sebagai Juruanalisis bersama Institut of Strategic and International Studies (ISIS) kemudian berhijrah ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai Pengarah Ekonomi. Kejayaan beliau di situ membolehkan beliau dipancing oleh Khazanah Research Institute sebagai Pengarah Penyelidikan sebelum mengasaskan DM Analytics ketika ini.

 Dr. Muhammed Abdul Khalid banyak memberikan ceramah dan pandangan yang membuatkan banyak pihak tidak senang duduk, bukan sekadar pihak pemerintah, malahan kepada kumpulan individu dan peniaga yang kerap mengambil kesempatan ke atas ketidak seimbangan ekonomi ini. 

Bagi mereka yang berminat untuk mendalami pandangan Dr. Muhammed Abdul Khalid dengan lebih halus, selain daripada buku karangan beliau, anda juga boleh memuat turun dua tesis beliau yang bertajuk 'Discrimination of high degrees: race and graduate hiring in Malaysia' yang telah diterbitkan dalam Journal of Asia Pacific Economic pada tahun 2016 dan 'Household wealth in Malaysia:

Composition and inequality among ethnic groups' yang terbit dalam Jurnal Ekonomi Malaysia pada tahun 2011. Kami kongsikan pautan di bawah.

 Untuk yang berminat membaca lebih lanjut selepas khatam buku 'The Colours of Inequality : Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia', kami mencadangkan kepada anda untuk mencari buku 'Income Inequality and Poverty in Malaysia' karya Shireen Mardziah Hashim yang membawakan isu sama yang diperjuangkan Dr. Muhammed Abdul Khalid dalam bentuk lebih berat.

Sebab apa Sebab apa harga barang naik...?
 Tahun lepas baget pendidikan dan kesihatan dipotong
 Perbelanjaan pembangunan kita hutang

Apa itu B40 dan M40…? Ramai juga yang bertanya, apa maksud kedua istilah tersebut? Kumpulan B40 sebagai isi rumah dengan pendapatan bulanan sehingga RM3,855, manakala Kumpulan M40 (kumpulan berpendapatan 40 peratus sederhana) berpendapatan antara RM3,860 dan RM8,319. Rujuk Bajet 2016

Khamis, 19 Oktober 2017

Jual Air Untung RM7k Sebulan...!

Air Balang
Siapa sangka? Hanya dengan jual air buah sahaja, brader ni boleh untung sehingga RM7k sebulan!

Lebih menarik lagi, dia cuma jual di satu tempat sahaja! Bukannya ada cawangan atau stall di banyak tempat!

Lagi pelik.. dia cuma jual 3 balang air je!

Pelik tak pelik!?

Mesti ada teknik & strategi rahsia macam mana dia boleh untung sebegitu banyak dengan hanya menjual 3 balang air di satu tempat sahaja!

Berita menariknya! Selain berniaga air.. brader ni juga rajin menulis!
Jadi, dia dah tulis sebuah ebook yang menceritakan pengalaman dia berniaga air selama 10 tahun!

Macam-macam dia cerita dalam ebook tu... dari start cara nak mohon tapak niaga! cara nak pilih lokasi niaga! cara nak buat air yang sedap! cara nak tarik pelanggan!  Semuanya dia cerita..

Kalau anda berminat nak tahu cerita serta pengalaman brader ni!....


Anda boleh lawati website dibawah...  klik je link dibawah ni!


Isnin, 9 Oktober 2017

Kenangan bersama 10 Bgd Para : Pengalaman Kursus APT Siri 2/ 01

PADA mulanya saya berkhidmat di dalam Angkatan Tentera di penempatan Pejabat Perisikan Tentera (PPT) Kedah/Perlis seterusnya ke PPT Pahang selama 10 tahun. Pada 2001 saya telah ditukar ke Markas 10 Briged Para. Sebelum berkhidmat ke pasukan ini saya tidak pernah menjalani latihan yang lasak. Penempatan PPT disetiap negeri hanya ditugaskan membuat pemantauan dan mengikuti perkembangan ancaman semasa dalam negeri, yang mana tidak memerlukan tenaga fizikal yang banyak. Pengalaman untuk menghadiri kursus Payung Terjun memang tidak dijangka apatah lagi untuk memakai beret merun yang dianggap gah oleh lain-lain pasukan.

Kusus Asas Payung Terjun siri 1/2001
Dalam pesawat  Hercules  C130
Latihan selama 2 minggu telah diadakan di 8 RRD Para sebagai latihan pemanasan bagi mempersiapakan diri sebelum berangkat ke tempat kursus sebenar. Saya telah ditunjuk ajar oleh jurulatih dari 8 RRD Para yang berpengalaman dan menpunyai kursus jurulatih payung terjun. Selama 2 minggu kami hanya membuat persediaan fizikal dengan lari 2.5 kilometer setiap 7 pagi, dan 3 petang disamping aktiviti-aktiviti yang lain-lain.

Pada 10 Februari 2001 merupakan hari yang mendebarkan. Saya telah bertolak ke Pusat Latihan Peperangan khas (PULPAK) di Kem Kamondo Sungai Udang, Melaka. Berbagai cerita yang didengar dari mereka yang pernah mengikuti latihan di kem ini seperti di ‘rangging’(Buli). Apabila kami sampai sahaja di pintu masuk sudah terpampang kata-kata yang menyambut kami “KEDATANGAN ANDA TIDAK DIUNDANG ,JIKA RAGU SILA PULANG”. Hati saya berkumcuk dan mula rasa menyesal tetapi cepat saya kuatkan hati semula semangat terutama apabila mengenangkan ada seorang kawan saya mencabar saya semasa di PULARIS.

Sampai sahaja di kem tersebut kami telah diasingkan tempat tinggal dimana `senior rank` dikehendaki menetap di Wisma Bintara. Setibanya di wisma saya telah disambut oleh PMC Wisma Bintara dari Rejimen Gerak Khas dengan baik dan kami diajar bagaimana untuk mengunakan kemudahan yang terdapat disitu. Saya juga dapat berkenalan dengan ‘senior rank’ yang datang dari pasukan lain yang turut hadir untuk mengahadiri kursus tesebut.

Keesokan harinya kami memulakan latihan bersama dengan 133 anggota dari PASKAL, Pasukan Udara Tentera Darat malahan dari Rejimen Gerak Khas sendiri. Pada hari pertama kami telah diperkenalkan dahulu kepada jurulatih dan ditunjukkan peralatan asas yang perlu ada pada setiap kali dikehendaki untuk membuat penerjunan. Kami dibahagikan kepada kumpulan dimana seorang pegawai dikehendaki menjaga satu rangkai yang menpunyai jumlah anggota seramai 11 orang anggota lain-lain pangakat. Saya tugaskan menjadi penolong ketua rangkai ke 10 dari kumpulan A.

Sepanjang 3 minggu tersebut kami telah diberikan pelbagai latihan yang berkaitan dengan cara-cara penerjunan yang baik. Dua minggu pertama kami diajar dengan perkara seperti teknik mendarat dan terjun yang betul, tindakan yang perlu dilakukan jika payung berada dalam keadaan yang tidak diingini, teknik membuka payung kedua (cadangan), tatatertib ketika berada dalam pesawat, tindakan yang perlu dibuat setelah mendarat saperti jika terseret oleh angin atau lain-lain dan juga cara mengemas payung setelah mendarat. Setiap hari Jumaat diadakan satu ujian pra-syarat untuk melayayakkan kami menerima sayap penerjunan di mana kami kami mesti melepasi tahap masa 16 minit ke bawah dalam larian 3.2 km, memanjat setinggi 6 meter, mendagu sebanyak 8 kali, tekan tubi sebanyak 35 kali dalam masa 1 minit, sit-up juga dalam jumlah yang sama dan bawa rakan mendukung sejauh 100 meter.



Pada minggu ketiga pula kami dilatih dengagan latihan yang lebih mencabar lagi seperti terjun menara kipas iaitu terjun dengan ketinggian 32 kaki ke bawah, terjun menara ‘exit’ yang mengayatkan itu, ini adalah latihan sebelum penerjunan sebenar dan memikul beg seberat 40kg selama 45 minit didalam model pesawat yang sangat panas dan sempit. Minggu keempat kami bertolak ke Gong Kedak Pasir Putih Kelantan untuk menjalani penerjunan sebenar. Sepanjang perjalanan hati saya sentiasa berdebar- debar. Kami dibahagikan kepada dua trip iaitu satu trip iaitu satu trip iaitu satu trip kumpulan B bergerak dengan menaiki trak tentera 3 tan dan satu kumpulan lagi iaitu kumpulan A bergerak dengan menaiki pesawat Hercules C130 dan secara tidak langsung saya dihendaki menaiki pesawat tersebut dan kami berlepas melalui Lapangan terbang Gong Kedak. Keesokkan harinya adalah merupakan hari yang paling di tunggu-tunggu iaitu hari untuk terjun dari kapal terbang. Saya dipilih untuk mengetuai kumpulan pertama membuat penerjunan. Setelah semua kelengkapan siap dipakai dan diperiksa dengan teliti,maka kami pun dibenarkan menaiki pesawat terbuka ketakutan kami makin terselah dan bayangkan dalam pesawat yang berhawa dingin tetapa kami masih berpeluh. Setelah itu seorang demi seorang dilepas untuk melakukan penerjunan. Ketika hampir untuk saya

10 Bgd Para
persiapan untuk membuat penerjunan
membuat persiapan penerjunan, saya rasakan segala yang diajar ketika di waktu latihan dahulu hilanfg dan jadi kelam kabut akibat ketakutan yang tidak dapat dibendung lagi. Segala ayat suci yang saya ingat macam- macamsaya baca. Selepas itu, tanpa banyak cerita terus terjun dan ketika itu terus terang saya katakan saya hilang ingatan seketika. Kewarasan saya kembali ketika payung payung tersebut menyentapsaya keatas dan mengembang dengan sempurna dan selepas itulah barulah saya lakukanapa yang perlu saya buat sebelum payung tersebut kembang. Ketika berada terapung di udara, saya rasa kagum dan rasa macam satu keajaiban yang saya berpelungan melakukannya. Ketika saya mendarat saya telah tersilap membaca arah angin dan kakisaya terseliuhdan bengkak tetapi denagan semangat yang kental saya tahan kesakitan tersebut. Begitulah pada hari-hari yang berikut dimana saya kehendaki membuat penerjunan sebanyak 7 kali termasuk 2 kali dengan alatan berat termasuk senjata. Selepas penerjunan kali pertama, saya dapat mengawal fikiran dan tindakan saya. Waktu inilah saya dapat lihat pelbagai pengalaman termasuk melihat dengan depan mata sendiri.

“Hari ini sudah tahun 2017 sedar tak sedar, sudah 6 tahun aku meninggalkan perkhidmatan ATM kami dikenali sebagai veteran atau pesara, kenangan bersamanya tidak dapat aku lupakan hingga akhir hayat, pegawai yang dulu bersama aku berpangkat Mejor sekarang sudah pun Mejor Jeneral, moga masa-masa yang mendatang ATM akan terus maju dengan jayanya...Selamat menyambut ulang tahun ke-23  10 Bgd Para esok... ”


C130H 
92 ATCK dan 10 Bgd Para

Dua buah buku kenangan selama 22 tahun berkhidmat dalam dua unit besar ATM semoga menjadi rujukan bagi generasi  akan datang.

Nan Zul
Dataran Para




PEGASUS


'Video Klip' ini adalah hasil kreatifviti Lt Jen Dato’ Masood Hj Zainal Abidin
 Mantan Panglima 10 Bgd Para 

10 BGD PARA

Kenangan Penubuhan 10 Bgd Para




Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad (PM Ke 4)(sekarang Tun) merasmikan penubuhan Briged Infantri ke-10 Malaysia sebagai Briged ke-10 Payung Terjun (10 Briged Para) yang berstatus Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) di Langkawi, Kedah. Pada 10 Oktober 1994



Kenangan Hari Keluarga Mk 10 Bgd Para 2004 



TIADA MISI TERLALU SUKAR, TIADA PENGORBANAN TERLALU BESAR.

........'TUGAS DIUTAMAKAN'


AddToAny