responsif teks foto

Khamis, 22 Oktober 2020

Tarikh Bayar BPN 0.2



Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional N 2.0 mengikut Bank
  • BSN : 19 OKT - 22 OKT 2020
  • Bank Islam : 26 OKT 2020
  • Public Bnak : 26 OKT 2020
  • CIMB : 26 OKT 2020
  • Maybank : 26 OKT 2020
  • Arro Bank : 26 OKT 2020
  • Lain-lain : 26 OKT 2020
Bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM7 bilion akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima BPN sedia ada mengikut kategori isi rumah dan individu bujang, secara berperingkat bermula 26 Oktober ini.

Pecahan bayaran fasa pertama BPN 2.0 berjumlah RM4.8 bilion bagi kategori pertama penerima adalah isi rumah B40 yang akan menerima RM1,000 sementara RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang.

Manakala kumpulan ketiga adalah 1.4 juta isi rumah M40 akan menerima RM600 sementara 1.7 juta kumpulan M40 bujang akan menerima RM300.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung Oktober dan keduanya pada Januari 2021.

Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

"Pemohon baharu BPN 2.0 boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPN iaitu

https://bpn.hasil.gov.my








AddToAny