responsif teks foto

Isnin, 29 Mac 2021

Pengalaman untuk seumur hidup


Banyak persoalan berfikiran di kepala. Saya bertanyakan kepada diri sendiri, walaupun jaminan sudah diberikan oleh Kerajaan, adakah vaksin ini halal atau haram. Adakah saya akan mengalami kesan sampingan ditambah bila melihat video dalam ‘you tube’ dari golongan anti vaksin. Untuk memberi semangat untuk divaksin saya mula mengkaji sendiri dengan menonton You Tube dari Ustaz-ustaz, Doktor-doktor yang berpengalaman dan dengan ilmu mereka maka dengan itu dengan sendiri kita berasa sangat yakin untuk divaksin.

Saya mula mendaftar dalam system imunisasi convid19 Pahang melalui Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) https://vaksin.pahang.gov.my/frmSemak.php . Setelah mengisi borang online bersetuju untuk disuntik vaksin19 pada tarikh yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dengan pendaftaran tersebut, Pada 7 Mac 2021 saya telah menerima suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech yang pertama di Pejabat Kesihatan Daerah Lipis dan dos ke-2 pula pada 28 Mac 2021.





Semasa menerima dos pertama kita perlu mengisi borang setuju dan tandatangan. Bagi penerima dos kedua, apabila sampai di Pusat Vaksinasi kita perlu menggunakan My Sejahtera untuk scan QR dan buka dibahagian di vaksin. Setelah menunggu nama kita dipanggil untuk mengisi borang kajiselidik Kesihatan, diperiksa BMI, Tekanan Darah dan Diabetes. Selepas itu kita diberi nombor bilik untuk di suntik vaksin.

Selepas menerima suntikan vaksin kita dipantau selama 15 minit untuk melihat sebarang reaksi alahan.

Selepas 24 jam di vaksin, bahu tangan kiri saya rasa sakit sedikit. Saya tidak demam, rasa seram sejuk atau sakit badan tidak ada. Saya juga tidak mengambil parasetamol. 

Nasihat kepada yang hendak di vaksin anda perlu tidur awal, sarapan sebelum ke Pusat Vaksinasi dan minum air putih kosong(Coway) secukupnya.

Rakyat Malaysia walaupun tidak dipaksa tapi digalak mendaftarkan diri melalui aplikasi My Sejahtera untuk mengambil vaksin Covid-19 sebagai usaha bersama dalam memerangi wabak mencekam kita semua.



    Booster Dose :  Pada 16 Nov 2021
Kenapa Dos Ketiga Diperlukan








Ahad, 28 Mac 2021

Gangguan Bekalan Air Berjadual PAIP Berhad Daerah Lipis.


Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) ingin memaklumkan bahawa pihak kontraktor PAIP akan melaksanakan kerja-kerja penyambungan paip dan pemasangan injap sluice di Persimpangan Batu 2 Jalan Lipis-Benta.

Kerja-kerja tersebut perlu dilakukan bagi menambah baik sistem operasi Loji Rawatan Air Sungai Jelai.

Sehubungan dengan itu, beberapa kawasan seperti berikut akan mengalami gangguan bekalan air :

Tarikh dan Masa Gangguan :

30 Mac 2021 (Selasa) jam 8.00 pagi sehingga jam 8.00 malam.

Kawasan-Kawasan Terlibat : 
Sebahagian kawasan lipitan Loji Rawatan Air Sungai Jelai meliputi Batu 2 Jalan Lipis-Benta, Taman Emas, Kg. Binjai, Kuarters Kerajaan Batu 3, Taman Muhibbah, Kg. Salang, Kg. Dusun Rendah, Kg. Simpang Panggung, Kg. Pagar, RPSB Penjom, Taman Penjom Indah, Kg. Baru Penjom, Penjom, SK Penjom, SJKC Penjom, Kg. Lalang, Taman Cheneras Jaya, Desa Kenari, Taman Permai Sejahtera, Taman Cheneras Indah, Taman Permai 1 & 2, Flat Tempoyang, Taman Tempoyang Gemilang, Jalan Bypass Tempoyang, Kg. Tempoyang, Taman Seri Tempoyang, Taman Tempoyang Sejahtera,Taman Tempoyang Damai, Taman Tempoyang Idaman, IPGTAA, SMK Sri Lipis, SK Tempoyang.

Jumlah Akaun Terlibat : 2422

Pengguna yang ada sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan, di talian 09-573 9999.

#MyCompanyMyBusiness

Dikeluarkan oleh :

Pengurus PAIP Daerah Lipis


Jumaat, 26 Mac 2021

Suka duka penghidupan Bekas Angkatan Tentera Malaysia.


Salam Hormat dan Selamat Sejahtera dari saya untuk Saudara saudari bekas anggota tentera (ATM). Saya mengambil kesempatan di atas peluang dan ruang yang ada bagi saya membariskan pandangan dan pendapat saya mengenai keadaan bekas anggota ATM. Dalam membariskan HIDUPAN atau KEHIDUPAN bekas anggota tentera boleh dibahagikan dalam dua keadaan. Keadaan pertama semasa dalam perkhidmatan tentera dan yang kedua selepas tamat perkhidmatan tentera (sebagai seorang awam).

Setiap anggota tentera akan menjalani latihan selama 6 bulan di pusat latihan. Ini setelah seseorang awam melepasi temuduga yang agak satu benda yang mendatangkan ‘shock’ dengan temuduga bertulis, peperiksaan bertulis dan pemeriksaan fizikal dan mental. Ramai yang ditolak kerana tidak mencukupi keupayaan dalam temuduga tersebut. Selepas itu bermulalah seorang awam yang tidak mengenali intipati dan ragam untuk mendapat taraf sebagai seorang amggota tentera yang terlatih.

Kesukaran kepayahan dan keperitan menjalani latihan lazimnya dianggap sebagai seorang yang didera. Perkara ini berlarutan dari hari pertama hingga keakhir tempoh latihan. Usahlah kita pergi jauh dengan cerita-cerita di pusat latihan kerana ini dilakukan pada setiap hari dalam hidup. Hidup sebagai seorang rekrut. Adalah kesukaran yang diterima oleh dua pihak. Pihak pelatih dan jurulatih. Dari seorang awam jurulatih-jurulatih terpaksa membentuk untuk melahir seorang yang telah menjadi seorang anggota tentera. Sezaman dengan saya dalam rekrut pada tahun 1967 pendapatan kami tidak seberapa. Keadaan pertama iaitu menjadi seorang anggota tentera yang terlatih selepas tamat latihan. Disini kami rasai bemula nasibnya seorang anggota tentera. Kita bukan mengharungi satu keadaan corak hidup yang berlainan. Kita menghadapi masa masa yang dijadualkan untuk melaksanakan satu satu tugasan khas. Setiap waktu nilaian dengan panggilan menggunakan bugler (dengan bunyian yang tersendiri). Kita mempelajari untuk memahami setiap panggilan. Ini berlarutan hinggalah hari kita menamatkan perkhidmatan. Hidup sebagai anggota tentera (disini mulanya keadaan pertama) kita melalui hidup sebagai seorang tentera. Soal gaji pendapatan bulanan sebanyak RM135.00 sebulan dibayar dalam 2 fasa. Saudara saudara kiralah berapa pendapatan kita. Setelah kita mula hidup dengan sebagai seorang anggota kita hidup dengan berpakaian tentera sebilang masa. Kesukaran hidup dalam tentera tak dapat disenaraikan hanya Allah dan mereka yang terlibat sahaja yang mengetahui. Adakah bahu kita menjerit, kaki kita melaung, nafas kita kehilangan ditengah jalan, kehausan kita tidak dipedulikan. Ini adalah perkara yang lumrah harian. Banyak lagi kesukaran yang kita alami dariapada segi perkhidmatan iaitu welfare dan pendapatan kita tak seimbang dengan keperluan hidup kita. Seseorang tentera lazimnya berjiwa besar dengan pendapat tak seberapa berkeinginan untuk memperuntukan sebahagian dari gajinya untuk ibubapa dan satu kemestian kepada isteri jika sudah berkahwin. Tatkala itu kenaikan gaji tahunan tidak melebih RM15.00. Bayangkanlah bagaimana kehidupan sebagai seorang prebet (tidak berpangkat-jika berpangkat dipanggil LLP dengan pangkat yang disandang).

Keadaan kedua setelah melalui pelbagai bagai karenah dan kehendak aturan dan peraturan tentera kita telah menjalani satu tempoh perkhidmatan samaada 5 tahun, 7 tahun, 8 tahun, 10 tahun, 12 tahun, 15 tahun dan ke 21 tahun. Seseorang yang sampai tempoh perkhidmatannya mengikut kontrak yang ditandatangani atau yang dimohon akan berakhirlah perkhidmatan seseorang. Umur kemasukan ke perkhidmatan tentera seawal awalnya adalah 18 tahun. Kebiasaannya umur kemasukan adalah diantara 21 ke 23 bahawa seseorang baru merelakan dirinya untuk bersama sama anggota tentera. Dari mula perkhidmatan berapa banyak simpanan wang yang boleh dibuat dalam tempoh 5 tahun. Maka setiap anggota tentera bercita-cita untuk berkahwin. Bagaimana dengan keadaan persiapannya. Bayangkanlah. Perkahwinan satu keperluan dalam hidup dan setiap manusia bercita cita untuk mendirikan rumah tangga walaupun keupayaan dikira tidak mencukupi. Ini terpulang kepada kebijaksanaan pasangan yg mendirikan rumah tangga. Untuk menambahkan pendapatan dalam perkhidmatan tentera cara untuk menaikkan taraf hidup atau pendapatan dengan kenaikkan pangkat. Bermula dari satu tahap kenaikan akan berterusan atas perfomance dan kekosongan yang ada. Di zaman saya tidak dirasai erti kemewahan atau lebihan dalam pusingan pendapatan apa yang telah diperkatakan. Perkara ini berterusan menyebabkan anggota anggota menamatkan perkhidmatan tanpa menunggu tempoh persaraan ia ini setelah 21 tahun perkhidmatan baru berkelayakan menerima pencen.

Setelah bersara disini terletaknya kepahitan, kepayahan dan kejemuan dalam menghadapi kehidupan yang menunggu kecerahanan yang tak tau bila tibanya. Disini anak anggota tentera baru terlibat dengan alam persekolahan. Mereka yang menamatkan perkhidmatan dalam usia yang muda, betugas dalam tempoh 5 tahun terpaksa berusaha dengan cara yang mana sekalipun untuk mendapatkan pekerjaan. Tanpa mengira jaminan pekerjaan untuk membolehkan mereka menampung hidup dengan menggunakan wang ganjaran yang ada dalam simpanan. Ini adalah sebahagian daripada bekas bekas anggota ATM yang memilih pekerjaan makan gaji selebihnya balik ke kerja asal sebagai nelayan, penoreh getah, petani, pengusaha pengusaha kecil dan berbagai bagai pekerjaan yang halal. Hidup mereka yang menamatkan perkhidmatan lazimnya peratusan yang berjaya tidak melebihi 39% yang lain lain menghadapi kehidupan yg tidak memenuhi kejayaan.

Ramai diantara mereka melaungkan ketinggalan dan tersisih dalam usaha mereka untuk mencari pekerjaaan. Bezanya zaman saya hingga ke tahun 90an keadaan berubah. Peningkatan taraf hidup bekas bekas anggota ATM nampak ada kecerahan. Tatkala itu pihak bertanggungjawab terhadap pihak pihak tentera mengerakkan supaya jabatan veteran menjalankan tanggungjawab dan peranannya mengendalikan masalah masalah tentang kebajikan bekas bekas anggota tentera. Usaha usaha ini telah menampakan ada kesungguhan pihak veteran melaksana fungsi dan peranannya dihargai. Setiap orang mengharapkan dihormati dan diucapkan setiap kerja yang mereka jalankan walaupun kerja kerja tersebut dibayar gaji. Kesukaran dan ketinggalan dalam hidup amat dirasai oleh bekas tentera secara realitinya. Mereka terpaksa berhempas pulas melawan dengan arus ekonomi yang tidak menentu dan saban masa harga barang mengetuk pintu rumah tanpa memberi salam. Yang berkebun dan ke laut mengharapkan restu Allah SWT atas usaha dan doa mereka. Ini tidak dapat dielakkan secara nyata, rata rata mereka meminjam kemudahan membeli rumah seawal usianya 30 tahun. Ini bererti merak terus membayar pinjaman perumahan walaupun telah bersara. Ini bagi mereka yang meminjam dengan pihak kerajaan. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak berpencen meminjam membayar pinjaman mereka selepas tamat perkhidmatan. Kehidupan atau penghidupan bekas bekas anggota tentera agak sukar dan kritikal bagi setengah setengah anggota tentera yang mengalami kecacatan sama ada dalam aktif servis dan lain lain lain kecacatan yang dialami secara sementara ataupun kekal. Siapakah yang akan terus membantu mereka dalam menyara hidup sebuah keluarga. Jawapan pada masalah ini Jabatan Veteran mesti mengandakan usaha bagi menjawab semua masalah masalah bekas bekas anggota ATM. Kita tak mahu Veteran hanya bercakap dan tidak bergerak hanya menunggu sebiji buah durian yang tak tahu bila tempoh jatuhnya. Kita mesti harus menyokong Persatuan Bekas Perajurit untuk menaikan taraf hidup mereka ibarat melepaskan tali layang layang tanpa mengikat simpul di pangkalnya. Vateran dan menteri yg terlibat dengannya mesti berusaha sebaik mungkin untuk kesejahteraan bekas bekas perajurit. Veteran harus berterima kasih pada Menteri Pertahanan Kanan yg telah membawa sedikit kejayaan serta kecerahan atas untung nasib bekas bekas anggota tentera.

Pada lazimnya kita berterima kasih bekas bekas tentera walaupun dalam keadaan susah dan daif adalah tetap berpakaian kemas dan berdisiplin. Ini adalah satu satunya kelengkapan dan bahan bahan untuk keperluan pelayaran mereka kehujung tanjung yang begitu jauh. Samada bekalan cukup atau tidak mereka terpaksa berusaha dengan apa cara sekalipun tugas dan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga dan seorang lagi bersifat seorang perwira yang mungkin tidak ada penghargaan atau pengiktirafan sebagai seorang bekas tentera. Doa kami semoga bekas bekas anggota tentera ATM tidak lagi menetap di rumah rumah haram dan meneroka tanah tanah haran kerana ini akan mengecewakan mereka jika diusir oleh pihak berkuasa. Disini akan timbul tomahan dan tuduhan bahawa pihak kerajaan tidak bertanggungjawab atas jasa jasa mereka menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air.

Doa kami semoga Allah selamatkan bekas bekas tentera dan diletakkan di taraf sifar daif dan miskin pada mereka. Wassalam. Amin. Syukran Ya Allah Syukran Ya Allah Syukran Ya Allah.

Kredit FB Said Mohamed


Isnin, 22 Mac 2021

Gadis Korea Cuba Ikan Patin Tempoyak...!!!

 



Hai semua, video kali ini mizi cuba ikan patin tempoyak!! DURIAN CURRY FISH!

Jika anda follow mizi dari episode pertama,mizi sememangnya tidak gemar dengan durian dan baunya!

Harap anda semua terhibur dengan video kali ini!

Jumpa lagi di video akan datang!

Terima kasih menonton!

Bye-bye!

Lokasi : Kak Nik Patin House, KL

Kredit : You Tube Mizi Comel

Ahad, 21 Mac 2021

Pengajian Keilmuan Khazanah Pendita Melayu


Ada yang bertanya macam mana lepas je sertai KSSI dah boleh terus merawat, betul ke? Jawabannya mudah..

Pertama, Jin, Sihir dan Zat Jahat boleh je dinyahkan dan kita hanya menggunakan satu je alat dari beberapa jalan yang dapat digunakan untuk menyahkannya. Ye, pakai satu je alat iaitu rohani. Dengan memahami quwwah dan tabiat roh maka kita secara individu boleh memanfaatkan diri roh masing-masing dalam usaha pengubatan. Dari situ ia difahami sebagai suatu bidang ilmu perubatan yang terbangsa kerohanian (Ilmu Gerak).

Kedua, cara penggunaannya telah dikaedahkan dari 'a to z' berdasarkan keberhasilannya selama hampir 10 tahun PRAWIS mempraktikkannya dalam menangani masalah masyarakat yang terkait gangguan Jin, Sihir dan Zat Jahat berasaskan lebih 20 tahun pengalaman TAS memakainya.

Ketiga, para peserta dibukakan dengan pengetahuan tentang Jin, Sihir dan Zat Jahat pada sudut hakikatnya berpandukan Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW yang dari itu terdedahlah kelemahan masing-masing dan melalui kelemahan itulah ia dapat dinyahkan dengan cara kerohanian (Ilmu Gerak).

Keempat, dan inilah yang paling utama iaitu dibimbing secara berterusan oleh TAS sehingga pandai merawat dan menjadi perawat profesional. Hal ini bukan omong kosong bahkan telah terbujti ada dikalangan ALUMNI KSSI yang telah pun merawat secara solo dengan jayanya dan membuka pusat rawatan masing-masing.

Pengajian Ilmu Gerak Khazanah Pendita Melayu diwujudkan semata-mata sebagai pelengkap ilmu perubatan kerohanian berlandaskan syari'ah islamiah bagi anda yang mahu menceburkan diri ke dalam bidang perubatan secara profesional.

Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut dan menyertai kursus. BONUS ISTIMEWA tersedia buat peserta KURSUS SEHARI SEGUDANG ILMU.

DAFTAR SEKARANG!

Klick : >>>> https://www.tasprawis.com

-Gerak Bersendi Syarak-

Kredit FB : Pusat Rawatan Ikhtiar Assofa - Prawis


Sabtu, 20 Mac 2021

Anak Bapak Filem 1968

Anak Bapak edisi Warna

Mengisahkan Harun seorang pengurus ladang yang suka berfoya-foya sehingga menyebabkan dia banyak berhutang antaranya Norma seorang penyanyi kelab malam yang tamakkan duit Harun. 

Apabila menyedari yang duit simpanannya semakin habis, Harun telah menipu bapanya Dato' Mahfiz mengatakan dia ingin berkahwin dan memerlukan wang. Dato' Mahfiz yang tinggal berjauhan dengan Harun tanpa sebarang ragu mengirim wang berjumlah 5,000 ringgit. Selain membayar segala hutangnya Harun juga menggunakan wang pemberian bapanya itu untuk membantu pekerja ladangnya yang menghadapi masalah kewangan. 

Konflik timbul apabila Dato' Mahfiz datang melawat Harun dan 'isteri' sedangkan Harun masih belum berkahwin. Lantas isteri Salleh pemandunya jadi pinjaman untuk sementara. Norma yang tahu cerita sebenar mengugut akan membocorkan rahsia ini kepada Dato' Mahfiz dan meminta sejumlah bayaran. Harun dengan segera memberikan cek tanpa Norma ketahui merupakan cek tendang. 

Dalam masa yang sama Harun telah menaruh hati kepada jururawat yang menjaga bapanya iaitu Halimah. Mereka saling bercinta dan telah berkahwin secara senyap tanpa diketahui oleh bapanya. Tembelang mereka pecah apabila Norma datang berjumpa dengan Dato' Mahfiz mengadu tentang cek tendang yang diberikan oleh Harun konon untuk menutup mulutnya. Akhir cerita Harun didapati tak bersalah dan yang bersalah dalam hal ni ialah Norma kerana ingin memburuk-burukkan keluarga Harun. Oleh itu dia dihukum berkahwin dengan Dato' Mahfiz.


Trip Memancing Ulu Tembeling (Jeram Perahu)












3 HARI 2 MALAM

HARI PERTAMA :

Pagi : Bergerak dari Lokasi Masing-masing

11 AM-12.30 PM : Tiba di kampung Pagi Ulu Tembeling & Makan Tengahari

12.30 PM- 2 PM : Perjalanan Ke Jeti.

2.30 PM : Naik bot ke lokasi Tapak Perkemahan

6 PM-7 PM : Tiba di Tapak.

Perkhemahan, Pasang Khemah Mandi & Berehat.

7 PM - 8 PM : Solat & Makan Malam

8 PM - PAGI : Aktiviti Bebas. (Memancing) & Berrehat




HARI KEDUA :

8.00 AM : Sarapan Pagi

9.30 AM : Bergerak dari Lokasi Perkhemahan ke lokasi lain-lain Lokasi.

(Port Menarik)

2.00 PM : Makan Tengahhari & Solat

3 PM - 7 PM : Sambung Aktiviti.

Memacing atau Pulang & ke tapak Perkhemahan

8.00 PM - PAGI : Mandi, Solat & Aktiviti.

HARI KETIGA :

8.00 AM : Sarapan Pagi.

9.00 AM-1.00 PM : Memancing disekitar tapak Perkhemahan

1.00 PM - 2.00 PM : Persiapan untuk Pulang & Makan Tengahari

2.00 PM : Pulang Ke Jeti

AKTIVITI TAMAT

Bebas Santai (Membakar ikan & makan malam sambil memancing) & Berehat.


TEMPAHAN & PERTANYAAN :

AZLAN SHAH : 019-433 9970

HAD UMUR : 18 Tahun - 55 Tahun

Maklumat Trip

1 Bot 3 Orang
Minimum : 2 Bot
Maksimum : 5 Bot

HAD ORANG :

  • Peralatan khemah & peralatan memasak
  • Sarapan 2x, Makan Tengahari 3x & Makan Malam 2x
  • Perjalanan Bot + jaket keselamatan
  • Umpan sawit
  • Istimewa lubuk memancing
  • 2 box ais sepanjang trip & plastik sampah
  • Hasil tangkapan di benarkan bawa pulang


HARGA PAKEJ : RM 500/seorang


Khamis, 18 Mac 2021

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM



PERMOHONAN


Permohonan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pemohon dimestikan memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan. Permohonan hendaklah disertakan dengan Resume / CV, maklumat penuh peribadi, gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan sijil akademik.

Permohonan hendaklah dihantar mengikut cara yang dinyatakan di iklan / mohon online (SILA RUJUK IKLAN). Bagi permohonan online kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.





Iklan Kekosongan

Klick : Sistem Permohonan Jawatan Online FRIM

Warganegara Malaysia yang berkelayakan boleh memohon bagi mengisi jawatan kosong sebagaimana di bawah:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 : Klick

2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19 : Klick

3. OPERATOR LOGI H11 : Klick

4. PEMBANTU OPERASI N11 : Klick

5. PEGAWAI PENYELIDIK Q41 : Klick





Jawatan Kosong Negeri Pahang



75 kekosongan Perkhidmatan Awam Negeri Pahang untuk diisi. Jawatan-jawatan kosong tersebut merangkumi untuk lepasan SPM, DIPLOMA dan IJAZAH.

Tarikh Tutup Permohonan Pada atau sebelum 31 Mac 2021 

Bagi yang berminat anda boleh memohon secara online melalui link dibawah.





Isnin, 15 Mac 2021

PAS Lipis sudah sedia hadapi PRU-15





PAS LIPIS SEDIA MENGHADAPI PRU-15 PADA BILA-BILA MASA

PAS sedia menghadapi PRU-15 jika diadakan dalam masa terdekat. Demikian kata Pengarah Jentera Pilihanraya PAS (JPrP) Parlimen Lipis, Tuan Haji Rosli Bin Nabor.

Ditanya media adakah PAS akan bertanding di mana-mana kerusi dalam parlimen Lipis, beliau menegaskan bahawa penentuan kerusi adalah keputusan pucuk pimpinan di atas namun kerja-kerja parti dalam bentuk politik, kebajikan dan dakwah tetap perlu digerakkan.

Beliau menyatakan demikian ketika di sidang media majlis taklimat dan pelancaran jentera PAS peringkat DUN Cheka sebentar tadi.

Turut bersama ketika sidang media iaitu Ust Mohamad Omar Pengarah Jentera Pilihanraya DUN Cheka dan Sdr Yusri Abd Molok Setiausaha JPrP.

Untuk rekod sebanyak hampir 74% pengundi DUN Cheka adalah Melayu manakala Cina 22% dan bakinya 4% adalah india.

Majlis dihadiri kira-kira 70 orang peserta mewakili Unit Daerah Mengundi (UDM) masing-masing. -14 Mac 2021

Kredit : FB PAS Kawasan Parlimen LIPIS

#GenggamCheka
#pertahankanperikatannasional
#perkukuhkanmuafakatnasional
#santunicheka
#DemiIslam

Ahad, 14 Mac 2021

Pendapatan Musang King 1 ekar.


Ramai yang bertanya, berapa potensi pendapatan tanam durian MUSANG KING untuk 1 ekar atau 0.404686 hektar.

Ini satu soalan yang bagus. At lease anda tahu berapa bajet yang perlu di keluarkan dan KEUNTUNGAN yang ingin anda ingin CAPAI.

Tapi jika tiada sebarang tindakan untuk BERMULA, semuanya tinggal angan-angan mat jenin. Jika anda mahu jadi petani berjaya, kenalah SET goal atau MATLAMAT untuk jangka masa tertentu.

Contohnya, jika anda mahu dapatkan INCOME sebulan sebanyak RM105k semusim dengan menjual durian MUSANG KING, anda kena mula tanam dari hari ini.

1 EKAR TANAH BOLEH JANA RM105K SEMUSIM. BEGINI KIRAANNYA

1 ekar tanah BUKIT boleh tanam 50 pokok Musang King

Andaikan 1 pokok berbuah 30 biji durian

1 biji durian mempunyai berat purata 2kg

50 pokok x 30 biji = 1500 biji

1500 biji x 2 kg = 3000 kilogram

3000 kilogram x rm35 = RM105,000 pendapatan semusim (belum tolak kos membaja, benih dan lain-lain)

ini baru 1 ekar, bayangkan jika anda tanam 10 ekar atau 20 ekar. Kiralah sendiri.

Tidak hairanlah pengusaha-pengusaha durian di Raub contonya, meraih JUTAAN ringgit semusim dan hanya seorang PETANI.

Tapi, nak jadi petani BERJAYA kena ada ILMU. bukan main hentam sahaja. Kecuali tanam untuk suka-suka dan makan sendiri.

Kredit pic Dusun Tok Bak/Harian Metro


Ladang Durian untuk di Jual.

Ladang durian di mukim Tembeling,Jerantut,Pahang.
Tanah pajakan 99 tahun (21 Jun 2119).
Keluasan 250 ekar.
(110 ekar sudah ditanam pokok Musang King )
1 ekar 38 pokok durian.
Tanaman pokok durian umur 1-1.5 tahun
Owner sekarang Chinese
Open price Rm26k/ ekar
Harga RM25K/ekar.
zulkifli 01128005252

Kredit FB Zulkifli Ahmad.


Jumaat, 12 Mac 2021

Veteran ATM mengharapkan bantuan



Pesara tentera, Staf Sarjan (SSjn) Bersara Nor Hisham Sapie hanya mengharapkan bantuan untuk meneruskan kehidupan beliau sekeluarga kerana terlantar akibat penyakit yang misteri.

Penyakit tersebut menyebabkan beliau lumpuh separuh badan dan tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga mencari rezeki.

Keadaan ini menyebabkan pesara tentera itu terlantar di katil sejak 9 Februari lalu.

Menurut beliau, segalanya bermula dari ketumbuhan yang dialami pada bahagian leher.

“Saya semakin pulih selepas jalani pembedahan buang ketumbuhan di Hospital Besar Temerloh,

“Namun keadaan kesihatan semakin merosot sebulan kemudian,” kata Nor Hisham kepada Air Times sewaktu ditemui di rumahnya di Kampung Durian Tawar, Kuala Triang, Bera, Pahang.

Menurutnya, beliau menderita apabila ketumbuhan yang dialami berlaku sekali lagi dan menyebabkan sakit di bahagian belakang.






Tambah Nor Hisham, pihak hospital masih gagal untuk mengesan penyakit yang dialaminya.

“Untuk mengenalpasti penyakit yang dialami, pihak hospital pernah mencadangkan agar saya merujuk ke hospital swasta dengan menggunakan duit sendiri,

“Saya buat Magnetic Resonance Imaging (MRI) di Pahang Medical Centre pun masih tidak dapat keputusan yang sebenar,” ujarnya lagi.

Buat masa ini Nor Hisham menghadapi kekangan apabila dirinya sudah tidak mampu bergerak tanpa bantuan isteri dan anak-anak di sisi. Ini terutamanya apabila beliau perlu berulang-alik ke Hospital Besar Temerloh bagi mendapatkan rawatan.

“Saya amat berharap agar diberikan peluang untuk jalani rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan,

“Mungkin rawatan di situ dapat memulihkan kembali keadaan saya dan boleh menyara keluarga,” ujarnya.

Keadaan Nor Hisham yang lumpuh separuh badan kini diuruskan oleh isterinya Norehan Mohd Rashid dan dua anaknya.

Menurut Norehan, suaminya mula mengadu mengalami sesak nafas dan pihak hospital mengesyaki berkemungkinan terdapat permasalahan di bahagian jantung. Namun setelah pemeriksaan dilakukan oleh pihak hospital, tiada simptom berkaitan jantung dikesan.

Selain mengharapkan wang pencen suami, anak lelakinya turut membantu menampung perbelanjaan harian dengan melakukan kerja-kerja di kampung. Seorang lagi anaknya sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka.

“Baru-baru ini saya menemani beliau di hospital selama dua minggu dan rawatan MRI di Hospital Kuantan,

“Saya tidak bekerja, hanya mengambil upah mengasuh dua anak jiran sementara ibu bapa mereka keluar bekerja,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Norehan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana sudi datang melawat dan memberikan sedikit sumbangan untuk meringankan beban beliau sekeluarga.

Terdahulu Menteri Kanan Pertahanan melancarkan Program Jiwa Murni di Kuala Triang, Bera sempena Hari Tentera Darat ke-88 yang disambut pada 1 Mac lalu. – 

Kredit : airtimes.my

Khamis, 11 Mac 2021

Bayaran ‘one-off’ RM1,000



KENYATAAN MEDIA MENTERI BESAR PAHANG

Bayaran ‘one-off’ RM1,000 kepada Pengerusi JKKK/JKKB dan Timbalan Pengerusi JKKR

Kerajaan Negeri bersetuju agar bayaran ‘one-off’ RM1,000 diberikan kepada Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung Baharu (JKKB), serta Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Rancangan (JKKR).

Program di bawah Bantuan Prihatin Pahang (BPP) ini merupakan tambahan RM750 kepada asal RM250 seorang sepertimana saya umumkan dalam ucapan Belanjawan Negeri 2021 yang saya bentangkan pada 16 November 2020.

Mereka yang terlibat ialah seramai 675 orang meliputi 543 orang Pengerusi JKKK, 62 orang Pengerusi JKKB dan 70 orang Timbalan Pengerusi JKKR. Nilai peruntukan keseluruhan ialah RM675,000.

Pembayaran akan dibuat bermula minggu depan.

Adalah diharapkan, para penerima bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri, seterusnya meningkatkan lagi khidmat-bakti lebih berkesan demi kemajuan dan kemakmuran kampung dan rancangan tanah yang diwakili.


DATO’ SRI WAN ROSDY WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang

11 Mac 2021



Segera...Kerja Kosong di Lipis.


Alam Flora

Kekosongan jawatan sebagai pekerja am ( 8 kekosongan) di Alam Flora Kuala Lipis.
  • Kriteria - Pekerja Am:
  • Lelaki & Perempuan
  • Umur tidak melebihi 35thn
  • Sihat tubuh badan
  • Boleh bekerja berkumpulan
  • Boleh bekerja lebih masa
  • Tiada alahan/masalah kesihatan

Jika anda memenuhi cirri-ciri di atas dan berminat, boleh datang ke Pejabat Alam Flora Kuala Lipis untuk mengisi borang permohonan jawatan.

Sila bawa bersama salinan ic, gambar passport dan salinan lesen.

Tarikh tutup pemohonan 18 Mac 2021.


 Majlis Daerah Lipis

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Lipis
Lokasi Kekosongan: Pahang

Tarikh Tutup: 23 March 2021

Jawatan :
1. Pembantu Penguatkuasa – Gred KP19
2. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa – Gred JA29

Untuk lihat syarat kelayakan dan cara memohon, klik IKLAN JAWATAN di link 


Join telegram kerja kosong 🔽
https://t.me/KerjaKosongDanTempatPraktikal
Belum ada resume untuk apply kerja? Dapatkan resumekreatif siap design. Klik link:
bit.ly/resumekreatifwh



Rabu, 10 Mac 2021

Mengerau di Sungai Tembeling



Mengerau ialah menangkap Ikan menggunakan jala dan jermai. Proses mengerau terbahagi kepada berapa bahagian. Pertama menebang pokok bemban atau buluh. Buluh atau bemban dibelah untuk pacak di dasar sungai yang cetek. Proses memacak bemban atau buluh dipanggil mencacar. Mencacar kebiasaannya dibuat di bahagian sungai yang cetek. Pemilihan lokasi yang strategik sangat penting agar aktiviti mengerau atau mengambat ikan ini berjaya.

Mengerau ikan ini memerlukan dua pasukan. Pasukan mengejar atau dan pasukan menangkap. Pasukan menangkap ikan terlebih dahulu pergi ke lokasi untuk menyiapkan kerja di bahagian mereka manakala pasukan mengejar memulakan tugas mereka apabila mendapat lampu hijau dari pasukan menangkap.

Pasukan mengejar terdiri daripada penyelam penyelam dan pemukul air. Penyelam penyelam berada di bahagian hadapan manakala pemukul air berada di belakang. Penyelam dan pemukul air mengempur ikan ikan supaya bergerak menuju ke jermai dan terperangkan di sana.

Pasukan menangkap terdiri dari penjaga jermai dan penjala penjala ikan. Penjaga jermai memastikan ikan yang menerjah jermai ditangkap dan dimatikan. Manakala penebar penebar jala bertindak apabila akan berpatah balik.

Hasil tangkap dibahagi sama rata bagi dewasa dan kanak kanak mendapat lebih sedikit. Tujuan mengerau dibuatkan bagi mengeratkan silaturrahim antara penduduk penduduk kampung. Ia juga dapat merehatkan minda dan mengembalikan mood positif kepada masyarakat setempat.

Acara mengerau akan dijadikan acara tahunan bagi Kampung Bantal pada masa akan datang. Walaubagaimanapun acara ini dikaji dari setiap aspek sebelum penganjuran dijalankan.

Kredit FB : Kampung Bantal Media

Isnin, 8 Mac 2021

Sumbangan mangsa banjir di Dun Padang Tengku

Dato’ Sri  Hj Abdul Rahman Mohamad beri sumbangan


Kehadiran mangsa banjir di Dataran Tok Linggi

YB Dato’ Sri  Hj Abdul Rahman Mohamad Timbalan .Menteri 1 Kementerin Pembangunan Luar Bandar/Ahli Parlimen Lipis/MKT/Ketua UMNO Bhg Lipis Bersama YB Dato Mustapa Long Adun Padang Tengku/Naib Ketua UMNO Bhg Lipis Menyampaikan Sumbangan Wang Ihsan Kerajaan Negeri Pahang Kepada Mangsa Banjir di Dun Padang Tengku, Semoga dengan bantuan Ini sedikit sebanyak dapat menambah baik  keperluan selepas banjir. Bertempat di dataran Tok Linggi pada 8 Mac 2021, 11.00 pagi. 

Kredit FB AmirMarwan Cch


Ahad, 7 Mac 2021

Cara Mohon Rumah PPR Dan PR1MA 2020 Online Untuk Golongan B40

 


Tahukah anda bahawa Perumahan Program Rakyat PPR boleh dimohon secar online? Manakala permohonan secara online ini boleh dipohon melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN).

Untuk pengetahuan anda, PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah dan dikendalikan oleh Jabatan Perumahan Negara.

2 Kategori Projek PPR

Terdapat 2 jenis kategori Projek PPR iaitu :

  • PPR Disewa : Bertujuan untuk diberi sewa kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan
  • PPR  Dimiliki : Bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Rumah-rumah PPR dimiliki dijual pada harga RM35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42000 seunit di Sabah dan Sarawak

Ciri-ciri Rumah PPR

Rumah yang dibina menggunakan spesifikasi perancangan dan reka bentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS3:2005)

 Ciri-ciri PPR

Jika PPR berada di kawasan bandar-bandar besar :
Jenis rumah bertingkat antara 5 hinhga 18 tingkat

Jika PPR berada di kawasan pinggir bandar : Jenis rumah teres.
Keluasan : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi.

  • Binaan - 3 Bilik Tidur , 1 Ruang Tamu, Ruang Dapur, 2 Bilik Air.
  • Pihak KPKT juga menyediakan kemudahan asas kepada penghuni seperti :
  • Dewan Komuniti / Ruang Orang Ramai
  • Surau / Ruang Solat
  • Gerai Makan / Ruang Niaga
  • Tadika
  • Keumdahan OKU
  • Taman Permainan / Kawasan Lapang
  • Rumah Sampah

Syarat Permohonan Rumah PPR Disewa & Dimiliki

Berikut adalah syarat untuk memohon rumah PPR Disewa dan Dimiliki :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 Tahun Ke Atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000.00 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri
  • Senarai Semak Projek PPR


Anda boleh membuat semakan projek PPR di pautan berikut :

SENARAI SEMAK PROJEK DIMILIKI PPR

SENARAI SEMAK PROJEK DISEWA PPR

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan melalui SPRN, klik pautan dibawah :

Mohon Rumah PPR



Isikan Maklumat yang diperlukan dan klik daftar

Anda akan mendapat emel untuk verifikasi dan klik pautan yang diberikan.



Masukkan kata laluan seperti yang diminta

Login seperti biasa akaun anda

Anda akan lihat paparan seperti dibawah


Pilih skim yang anda mahukan.



Pilih YA setelah siap mengisi maklumat anda.

Kemudian anda akan dibawa ke bahagian maklumat projek, dokumen sokongan dan pengesahan.

Klik disini untuk PANDUAN PERMOHONAN RUMAH PPR yang lebih lengkap.

Maklumat Lanjut Mengenai Rumah PPR

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan rumah PPR , anda boleh klik pautan berikut :

Portal Rasmi : TEDUH

Emel : TEDUH KPKT

Helpdesk : TEDUH ADUAN / MAKLUM BALAS

Kad Pesara dan Kod-kod Berkaitan

contoh kad Perasa ATM


TAHUKAH ANDA?

Berikut merupakan maksud kod-kod bagi jenis perkhidmatan seperti yang tertera di Kad Pesara Kerajaan Malaysia

PERTAMA

AP : Pesara Awam
Persekutuan

AN: Pesara Awam Negeri

AB: Pesara Awam Badan
Berkanun

AK: Pesara Awam Pihak
Berkuasa Tempatan

AX: Pesara Awam Kesihatan
Persekutuan

AY: Pesara Awam Kesihatan
Badan Berkanun

AZ: Pesara Kesihatan
Tentera

AT: Pesara Angkatan
Tentera

AS: Pesara Polis

AW: Pesara Awam

Kesihatan Pihak

Berkuasa Tempatan

KEDUA

Balu/Duda (Penerima Pencen Terbitan - setelah kematian pesara)

BP : Pasangan Pesara
Awam Persekutuan

BN: Pasangan Pesara Awam
Negeri

BB: Pasangan Pesara Awam
Badan Berkanun

BK: Pasangan Pesara Awam
Kuasa Tempatan

BX: Pasangan Pesara Awam
Kesihatan Persekutuan

BY: Pasangan Pesara Awam
Kesihatan Badan

Berkanun

BZ: Pasangan Pesara
Kesihatan Tentera

BT: Pasangan Pesara
Angkatan Tentera

BS: Pasangan Pesara Polis

BW: Pasangan Pesara

Kesihatan PBT

* kad atas kiri atas ialah contoh kad penerima pencen terbitan akibat kematian anggota awam / pesara

* nama isteri yang telah meninggal dunia akan dikeluarkan daripada Kad Pesara seperti Kad atas kanan (pesara masih hidup)

* hanya nama pasangan yang dikahwini semasa masih dalam perkhidmatan sahaja yang akan tertera di atas Kad Pesara (pesara dan pasangan masih hidup)

* bagi pasangan yang dikahwini selepas bersara, surat jaminan akan dikeluarkan untuk membolehkan pasangan tersebut menggunakan kemudahan perubatan

KELAYAKAN WAD
(Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010)

JUSA ke atas:
Kelas 1A (bilik Seorang)

Gred 45-54:
Kelas 1A (bilik seorang)

Gred 31-44:
Kelas 1B (Bilik Berdua)

Gred 21-30:
Kelas 1C (Bilik Bertiga)

Gred 1-20:
Kelas 2 (bilik berempat)

Siapa yang layak menikmati kemudahan perubatan ini?
  • pesara
  • pasangan
  • anak-anak bawah umur 18 tahun, jika sambung belajar di IPT, sehingga 21 tahun
  • ibu bapa (untuk perubatan dan dialisis sahaja)
Siapa yang akan membiayai perubatan pesara?

Pesara Awam Persekutuan:
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, KWAP & JPA

Pesara/Veteran ATM Berpencen:
JABATAN HAL EHWAL VETERAN (JHEV)

Pesara Awam Negeri:
PEJABAT KEWANGAN NEGERI, PEJABAT SUK NEGERI MASING-MASING

Pesara Awam Badan Berkanun:
BAHAGIAN KEWANGAN/SUMBER MANUSIA DI BADAN BERKANUN TERSEBUT

Pesara Awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
BAHAGIAN KEWANGAN/SUMBER MANUSIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERSEBUT

Bagaimana kalau ada kesilapan di Kad Pesara anda?

Sekiranya terdapat kesilapan nama, nombor kad pengenalan, kod pesara dan kelayakan wad di Kad Pesara anda, sila maklumkan kepada pihak kami di talian 03-88878777 atau emailkan nama dan nombor mykad anda ke 

mypesara@kwap.gov.my

Sekian dimaklumkan.

Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA


Sabtu, 6 Mac 2021

Sejarah Kesultanan Pahang dari Dinasti Bendahara.


Pemerintahan Bendahara di negeri Pahang bermula dengan keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid dan berakhir apabila Bendahara Tun (Wan) Ahmad ibni Almarhum Bendahara Wan Ali diisytihar sebagai Sultan. Keturunan Bendahara berjaya menjadi Sultan akhirnya adalah akibat daripada pepecahan semasa pemerintahan Bendahara Ali, di mana kerajaan Johor-Pahang mulai berpecah antara Orang Besar Melayu dan Orang Besar Bugis serta kewujudan kuasa Inggeris-Belanda di Kepulauan Melayu. Justeru kerana itu, Bendahara Ali menguatkan kedudukannya di Pahang sebagai pemerintah pada tahun 1819 dan Temenggong pula berkuasa di Johor.

Kaitan-salasilah :  kesultanan Melaka Johor Pahang 

Bendahara Tun (Wan) Ali yang menggantikan ayahandanya Marhum Koris dalam tahun 1806, telah mangkat dalam tahun 1857 di Kampung Lamir, Pahang Tua. Puteranya Tun Ahmad bersemayam di Pulau Maulana. Tidak berapa lama selepas itu berlakulah perbalahan antara Tun Ahmad dengan Tun Mutakhir, kekandanya. Perang itu dikenali sebagai 'Perang Saudara'. Tun Ahmad akhirnya berjaya menewaskan kekandanya apabila hulubalang-hulubalangnya di bawah pimpinan Panglima Kakap Bahaman telah menewaskan kubu Tun Mutakhir. 

Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah.
Tun Ahmad diisytihar sebagai Bendahara dan berpindah dari Pulau Maulana ke Kuala Sungai Parit yang kini dikenali dengan nama Kampung Padang Polo.





Pada tahun 1881, jurutulis kepada Bendahara Ahmad, Encik Abdullah bin Hassan yang dikenali sebagai Encik Dollah Tulis dengan persetujuan Bendahara, telah meminda cap iaitu daripada 'Bendahara' kepada 'Sultan'. Atas sebab itu, pada 6 Ogos 1882, Tun Ahmad diisytihar sebagai Sultan Ahmad. Manakala pada 12 Disember 1884, Sultan Ahmad telah ditabalkan sebagai Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah. Dari tarikh itu juga anakanda-anakanda baginda dinaiktaraf kepada Tengku manakala isteri baginda, Cik Puan Bongsu kepada Tengku Ampuan.

Apabila Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah mangkat pada 9 Mei 1914, Yang Mulia Tengku Besar diisytiharkan sebagai Sultan Mahmud. Baginda pula mangkat di Rumah Rehat Kuala Pahang pada malam Selasa 19 Jun 1917. Tempat baginda diganti oleh adinda baginda, Yang Mulia Tengku Abdullah yang kemudiannya ditabal dengan gelaran Al-Mu’tasim Billah Al-Sultan Abdullah.

Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah
Baginda Sultan Abdullah dikurniakan beberapa orang putera dan puteri. Antaranya ialah Yang Mulia Tengku Abu Bakar. Dalam tahun 1925, Tengku Abu Bakar dikahwinkan dengan Raja Fatimah, puteri kepada Sultan Alang Iskandar Shah, Perak. Tidak berapa lama selepas perkahwinan Diraja itu dilangsungkan, Sultan Alang Iskandar Shah telah berunding dengan Sultan Abdullah untuk mendapatkan persetujuan kerajaan Inggeris supaya Sultan Abu Bakar dilantik sebagai ‘ganti raja’ menggantikan keputusan yang diambil semasa Yang Mulia Tengku Mahmud diisytiharkan sebagai Tengku Besar .

Setelah beberapa lama, dengan sokongan Pesuruhjaya Tinggi Sir Hugh Clifford, kerajaan Inggeris telah bersetuju supaya Putera Sulung Sultan yang memerintah dilantik sebagai Pengganti Raja, dengan gelaran Tengku Mahkota. Maka pada 10 Jun 1930, Yang Mulia Tengku Abu Bakar telah ditabal sebagai Tengku Mahkota Pahang yang pertama. Dengan usaha Pesuruhjaya Tinggi C. Clement, kerajaan Inggeris telah bersetuju agar putera Sultan yang kedua dilantik sebagai ‘Tengku Arif Bendahara’ dan putera ketiga sebagai ‘Tengku Arif Temenggong’.




Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
Baginda Sultan Abdullah mangkat pada pukul 8.25 malam Rabu. 22 Jun 1932. Sebelum jenazah Almarhum meninggalkan Istana Kuning, Yang Teramat Mulia Tengku Abu Bakar telah diisytihar sebagai Sultan Pahang. Baginda ditabal dengan gelaran Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu'adzam Shah pada hari Ahad, 28 Mei 1933. Baginda Sultan Abu Bakar mangkat pada pukul 12.45 pagi, Ahad 5 Mei, 1974 setelah 42 tahun berada di atas takhta kerajaan negeri Pahang.



Sultan Haji Ahmad Shah Al‑Musta’in Billah
Maka dengan itu, Yang Teramat Mulia Tengku Haji Ahmad Shah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar telah diisytiharkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada 7hb Mei 1974.

Pada 1944, ketika berusia 14 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang. Apabila peperangan tamat, baginda meneruskan pembelajaran baginda di Sekolah Clifford Kuala Lipis dan tinggal bersama orang kebanyakan di asrama sekolah. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu.

Pada 1948, Sultan Haji Ahmad Shah meneruskan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam di Worcester College, Oxford. Baginda turut masuk ke University College, Exeter, Devon bagi kursus Pentadbiran Tempatan. Ketika menduduki kursus tersebut, baginda menjalani latihan di Majlis Daerah Perbandaran di Sidmouth untuk tiga tahun.

Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Baginda menyerahkan takhta kepada paduka putera baginda, Tengku Abdullah, selepas memerintah negeri ini hampir 45 tahun bagi membenarkan paduka putera baginda layak menjadi Yang di-Pertuan Agong yang baharu berikutan Sultan Muhammad V turun takhta

Pada 22 Mei 2019, Istana Pahang melaporkan Paduka Ayahanda telah kembali ke rahmatullah tepat jam 8:50 pagi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur setelah gering sekian lama. Baginda dimakamkan bersebelahan pusara isteri Baginda, Tengku Ampuan Afzan di Makam Diraja Pahang, berdekatan dengan Masjid Abu Bakar di Pekan, Pahang.

Tengku Abdullah diputra pada 30 Julai 1959 di Pekan, Pahang. Al-Sultan Abdullah menaiki takhta sebagai Sultan Pahang pada 15 Januari 2019, kemudian dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 oleh Majlis Raja-raja pada 24 Januari 2019. Baginda sebelum ini menyandang jawatan Tengku Mahkota Pahang hampir 44 tahun. Pada tahun 2016, baginda telah dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja Pahang setelah mendapat perkenan oleh Sultan Pahang.

Tengku Abdullah berkahwin dengan puteri ketiga Sultan Johor, Sultan Mahmud Iskandar, iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 6 Mac 1986 di Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor. Baginda mempunyai enam cahaya mata bersama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah; empat putera dan dua puteri.


Baginda berkahwin buat kali kedua dengan Julia Rais yang merupakan bekas pelakon Malaysia dan mempunyai tiga cahaya mata; kesemuanya puteri.

Yang di-Pertuan Agong ke-16
Pada 24 Januari 2019, Majlis Raja-raja dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-251 telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16. Baginda telah mengangkat sumpah jawatan bagi memulakan pemerintahan baginda di tampuk Persekutuan di Istana Negara pada 31 Januari 2019.

Sumber: Malaysia Ku Dulu Dulu 
               wikipedia.org



Jumaat, 5 Mac 2021

Sokongan anda sebagai pekerja Ladang FTP


Jumlah Pekerja Ladang FTP 2020

Peneroka : 285
Penerokawati : 19
Generasi Ke-2 : 1,187
Pekerja Kontraktor : 194
Jumlah Keseluruhan 1,685

"Saya ambil keputusan pulang ke kampung untuk menjaga kedua orang tua saya.

"Apabila mengetahui FTPSB memerlukan pekerja ladang, saya terus memohon dan alhamdulillah seronok dapat bekerja di sini."

Admin kagum dengan semangat ditunjukkan seorang pekerja tempatan yang merupakan anak peneroka sebuah rancangan di selatan tanah air ketika admin temui baru-baru ini.
  • Keputusannya untuk berbakti di kampung halaman adalah tepat.
  • Admin melihat ada 4 perkara utama :-
  •  Kos sara hidup lebih murah
  • Dekat dengan orang tua untuk menjaga sakit pening mereka.
  • Lebih seronok kerana bekerja di kampung sendiri.
  • Lebih seronok bekerja di lot kebun sendiri.
  • Ikatan ukhwah bersama penduduk kampung lebih erat.
  • Mendapat dua pendapatan, hasil ladang dan upah kerja.




Ada pendapat yang admin sangat setuju ...

"Kebun ini kalau orang kita yang bekerja, akan kurang kos berbanding pekerja asing"

Paling penting kenyataan....

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali, negara masih berdepan kekurangan lebih 500,000 pekerja sektor perladangan komoditi.

Bayangkan, bagaimana keadaan lot kebun peneroka diuruskan oleh pekerja tempatan, anak-anak peneroka.

Tentu saja ini sangat baik. Betul?

Selain gaji dan insentif yang ditawarkan lebih menarik, generasi yang kehilangan kerja atau masih mencari kerja berpeluang menyertainya.

Peluang pekerjaan sentiasa ada.

FTPSB akan mengadakan kempen Briged Operasi Ladang pada 17 Mac 2020 di Wilayah Raja Alias.

Admin galakkan anak-anak tempatan untuk hadir dan terus daftar sebagai pekerja tempatan.




Sumber :  FB Felda Technoplant Sdn Bhd Official



Sebarang maklum balas boleh singgah di sini.

Laman sesawang
http://www.feldatechnoplant.com.my

Telegram
https://t.me/AduanPenerokaFTPSB

Instagram
https://www.instagram.com/Technoplant2020

Linkendin
https://www.linkedin.com/company/felda-technoplant-sdn-bhd

Twitter
https://twitter.com/home?lang=en

whatsapp di link
https://maklumbalastechnoplant.wasap.my/

Jom Subscribed YouTube FELDA TECHNOPLANT

https://www.youtube.com/channel/UC7kZRKRfQuKG6zBkJ6jWtAQ/

FTP!


Khamis, 4 Mac 2021

MAKLUMAT VAKSIN COVID-19




1 MAKLUMAT VAKSIN COVID-19 COMIRNATY (KELUARAN SYARIKAT PFIZER-BIONTECH) BAGI PENERIMA VAKSIN


APA ITU COVID-19?

Penyakit COVID-19 disebabkan oleh coronavirus yang disebut SARS-CoV-2. Gejala mungkin
muncul 2 hingga 14 hari selepas terdedah kepada virus. Gejala yang mungkin dialami adalah:

• demam atau menggigil;
• batuk;
• sesak nafas;
• keletihan;
• sakit otot atau badan;
• sakit kepala;
• kehilangan deria rasa atau bau;
• sakit tekak;
• kesesakan atau hidung berair;
• loya atau muntah; atau
• cirit-birit.

SIAPAKAH GOLONGAN BERISIKO TINGGI UNTUK MENDAPAT JANGKITAN COVID19?

Golongan berisiko adalah:

• Kanak-kanak
• Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas
• Pesakit dengan penyakit kronik
• Pesakit dengan daya ketahanan badan yang rendah
• Wanita hamil

APAKAH KEPENTINGAN MENGAMBIL VAKSIN COVID 19?

Vaksin COVID-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID-19. Apabila semakin
ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan
seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk.
Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima
vaksinasi.



APAKAH JENIS VAKSIN YANG AKAN DIGUNAKAN DI MALAYSIA?

Terdapat beberapa jenis yang akan digunakan di Malaysia iaitu:

• Vaksin Covid-19 mRNA keluaran Pfizer-BioNtech
• Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Astra Zeneka
• Vaksin Covid-19 inactivated keluaran Sinovac
• Vaksin Covid-19 recombinant viral vector keluaran CanSino
• Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Gamaleya

SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA VAKSIN COVID-19 COMIRNATY (PFIZERBIONTECH)?

Semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas layak menerima vaksin COVID-19
COMIRNATY (Pfizer-BioNTech). Keutamaan diberikan kepada petugas barisan hadapan,
mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 seperti warga emas, pesakit
dengan masalah perubatan seperti pesakit jantung, kencing manis, darah tinggi, asthma,
kanser dan sebagainya.

SIAPA YANG TIDAK LAYAK MENERIMA VAKSIN COVID-19 COMIRNATY (PFIZERBIONTECH)?

Anda tidak layak menerima vaksin COVID-19 COMIRNATY (Pfizer-BioNTech) sekiranya
anda mempunyai:

Sejarah reaksi alahan teruk atau sejarah anafilaksis selepas menerima dos pertama
vaksin mRNA seperti vaksin COVID-19 COMIRNATY (Pfizer-BioNTech);
Nota: Reaksi alahan dianggap teruk sekiranya individu tersebut perlu diberi rawatan
di hospital

Reaksi alahan kepada sebarang kandungan vaksin mRNA COVID-19 walaupun tidak
teruk (reaksi alahan yang berlaku dalam tempoh 4 jam selepas menerima suntikan
vaksin mRNA COVID-19). Individu yang mengalami reaksi ini setelah menerima dos
pertama vaksin mRNA COVID-19, tidak akan diberikan dos kedua; atau

Sejarah reaksi alahan teruk atau sejarah anafilaksis setelah mengambil sebarang
ubat atau makanan atau kepada bahan yang tidak diketahui.

APAKAH HUKUM PENGAMBILAN VAKSIN COVID-19?

Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama
Islam yang bersidang pada 3 Disember 2020 mengambil ketetapan bahawa hukum
penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan
oleh Kerajaan.

ADAKAH SAYA DIBERI PILIHAN UNTUK MEMILIH JENIS VAKSIN COVID-19?

Tidak. Penerima vaksin tidak dibenarkan untuk memilih jenis vaksin COVID-19 yang akan
diterima. Ianya bergantung kepada bekalan stok sedia ada di pusat vaksinasi.

ADAKAH VAKSIN COVID-19 COMIRNATY (PFIZER-BIONTECH) SELAMAT
PENGGUNAANNYA DI MALAYSIA?

Ya, vaksin ini selamat digunakan kerana ia telah berdaftar dan telah diluluskan oleh Bahagian
Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 8 Januari 2021 untuk penggunaannya di Malaysia.

Pihak Food and Drug Administration (FDA) telah membenarkan penggunaan Vaksin COVID19 COMIRNATY (Pfizer-BioNTech) sebagai langkah kecemasan untuk mencegah COVID-19
dalam kalangan individu berumur 16 tahun dan ke atas di bawah Penggunaan Kecemasan

Kebenaran (EUA).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memperakui bahawa vaksin COVID-19
COMIRNATY (Pfizer-BioNTech) boleh digunakan bagi tujuan kecemasan pada 31 Disember
2020.

Ia juga telah diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan di USA, UK, negara-negara Eropah,
Israel dan Singapura. Malah sebanyak 48 negara telah memperakui penggunaan vaksin ini.


APAKAH YANG PERLU SAYA MAKLUMKAN KEPADA PETUGAS KESIHATAN
SEBELUM MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 COMIRNATY (PFIZERBIONTECH)?




Maklumkan kepada petugas kesihatan sekiranya anda:

• mempunyai sejarah alahan yang teruk;
• mengalami masalah pendarahan (bleeding disorder) seperti Haemophilia, Idiopathic
Thrombocytopenic Purpura (ITP) dan sebagainya;
• sedang dalam rawatan ubatan pencair darah;
• sedang mendapat rawatan yang merendahkan sistem imun badan;
• sedang mengandung atau merancang untuk hamil;
• sedang menyusukan bayi; atau
• telah menerima vaksin COVID-19 daripada jenama yang lain

Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor pakar terlebih dahulu untuk menentukan
kesesuaian untuk menerima vaksin COVID-19.

APAKAH PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS MENERIMA SUNTIKAN
VAKSIN COVID-19?

Setelah menerima suntikan vaksin COVID-19, penerima vaksin perlu:

1. Berada di ruang pemerhatian yang ditetapkan sekurang-kurangnya selama 15 minit.

2. Anda mesti memaklumkan kepada petugas kesihatan atau mendapatkan rawatan segera
sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut selepas menerima vaksin COVID-19:

• Kesukaran bernafas
• Pembengkakan muka, bibir dan tekak
• Denyutan jantung yang sangat cepat
• Ruam teruk timbul di seluruh badan
• Merasa pening dan lemah tubuh badan

3. Penerima vaksin perlu sentiasa mengamalkan norma baharu dan mengikuti langkah
pencegahan penyakit COVID-19.

4. Anda perlu menyimpan kad vaksinasi yang diberi oleh anggota kesihatan. Apabila anda
mendapat dos pertama, anda akan diberi kad vaksinasi untuk menunjukkan bila anda
perlu mendapatkan dos kedua Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech.

APAKAH BAHAN-BAHAN YANG TERKANDUNG DALAM VAKSIN COVID-19
COMIRNATY (PFIZER-BIONTECH)?


Vaksin COVID-19 COMIRNATY (Pfizer-BioNTech) adalah jenis mRNA di mana bahan utama
adalah mRNA, lipid, gula, garam. Perincian kandungan vaksin adalah seperti berikut: mRNA, lipids ((4-
hydroxybutyl)azanediyl)bis(hexane-6,1-diyl)bis(2-hexyldecanoate), 2 [(polyethylene glycol)-
2000]-N,N-ditetradecylacetamide, 1,2-Distearoyl-sn-glycero-3-phosphocholine, and
cholesterol), potassium chloride, monobasic potassium phosphate, sodium chloride, dibasic
sodium phosphate dihydrate, and sucrose.

BAGAIMANA VAKSIN COVID-19 COMIRNATY (PFIZER-BIONTECH) DIBERIKAN?

Vaksin COVID-19 COMIRNATY (Pfizer-BioNTech) akan diberikan secara suntikan ke dalam
otot seperti di otot bahu. Anda akan menerima sebanyak dua (2) dos vaksin dalam selang
masa tiga (3) minggu (21 hari). Anda hendaklah menerima kedua-dua dos bagi memastikan
perlindungan optima. Bagaimanapun, vaksin ini tidak memberi jaminan untuk melindungi
semua orang daripada jangkitan COVID-19.

ADAKAH SAYA AKAN DILINDUNGI SEPENUHNYA SELEPAS MENERIMA VAKSIN
COVID-19 COMIRNATY (PFIZER-BIONTECH)?







Vaksin akan mula menunjukkan keberkesanan melalui peningkatan antibodi dalam badan
bermula dari hari ke-12 selepas dos pertama diberikan. Pembentukan antibodi akan
meningkat secara mendadak selepas pemberian dos kedua. Ini bermakna, seseorang akan
dilindungi secara optima selepas menerima kedua-dua dos untuk mengurangkan
kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang serius. Walaupun seseorang itu telah
menerima dos lengkap vaksin, beliau masih perlu mengamalkan langkah pencegahan seperti
mengamalkan 3W iaitu Wash, Wear, Warn dan mengelakkan 3C iaitu mengelakkan Confined
space (Sempit), Crowded Place (Sesak) dan Close conversation (Sembang dekat). Walau
bagaimanapun, pada masa ini, tempoh perlindungan jangka panjang terhadap COVID-19
masih belum diketahui.

APAKAH KESAN SAMPINGAN VAKSIN COVID-19 COMIRNATY (PFIZER-BIONTECH)?

Vaksin ini adalah selamat dan kesan sampingan yang telah dilaporkan adalah ringan dan
bersifat sementara. Kesan sampingan ringan yang kerap dilaporkan adalah seperti berikut:

• sakit di tempat suntikan;
• penat (tiredness);
• sakit kepala;
• sakit otot;
• menggigil;
• sakit sendi;
• demam;
• pembengkakan di tempat suntikan;
• kemerahan di tempat suntikan;
• loya;
• merasa tidak sihat;
• pembengkakan kelenjar limfa; dan
• kesan-kesan sampingan yang

mungkin akan dilaporkan dari semasa ke semasa.
Walaupun sangat jarang berlaku, ada kemungkinan Vaksin COVID-19 (Pfizer-BioNTech)
boleh menyebabkan reaksi alahan yang teruk. Gejala alahan yang teruk biasanya berlaku
dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam setelah menerima Vaksin COVID-19
COMIRNATY (Pfizer-BioNTech).

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA SAYA MENGALAMI KESAN
SAMPINGAN SELEPAS SUNTIKAN?


Sekiranya anda mengalami kesan sampingan selain yang telah dinyatakan di atas, sila lapor
ke klinik kesihatan terdekat dan dapatkan rawatan dengan segera. Terdapat kemungkinan
kesan sampingan yang lain yang belum dilaporkan boleh berlaku.

BOLEHKAH SAYA MENOLAK UNTUK MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19
COMIRNATY (PFIZER-BIONTECH)?


Anda boleh memilih untuk tidak menerima vaksin kerana penerimaan vaksin COVID-19 ini
adalah secara sukarela. Sekiranya anda adalah petugas barisan hadapan, mempunyai
penyakit kronik dan warga emas, penerimaan vaksin ini boleh mengurangkan risiko keterukan
penyakit apabila anda dijangkiti.

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT BERKAITAN
VAKSIN?

• Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila bertanya kepada petugas
kesihatan berhampiran
• Anda juga boleh melayari laman sesawang yang mengandungi maklumat yang lebih tepat
dan dipercayai seperti:

Terima Kasih Kerajaan Malaysia, RELA, KKM kerana memasukan nama saya dalam Fasa Pertama pada 7 Mac 2021.mengunakan Vaksin Covid-19 mRNA keluaran Pfizer-BioNtech.


Permohonan Biasiswa sekolah Menengah Tingkatan 1 & 4 : Yayasan Pahang



Yayasan Pahang telah membuka permohonan bagi pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 1 dan 4 di negeri tersebut untuk memohon Biasiswa Sekolah Menengah (BSM).

Tarikh Permohonan : 1 Mac - 30 April 2021

Untuk makluman, Kerajaan Negeri Pahang telah memperkenalkan BSM sejak tahun 1983 yang diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di Sekolah Menengah.

BSM diberikan kepada isi rumah di Negeri Pahang yang mempunyai tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin atau ibubapa uzur atau ibu tunggal atau peserta Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Walau bagaimanapun, sejak tahun 2003 BSM juga turut ditawarkan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Permohonan bagi BSM Tingkatan 1 dan 4 telah dibuka mulai 1 Mac sehingga 30 April 2021.

Kadar Biasiswa

Sebelum tahun 2003, pemohon yang layak akan menerima BSM sebanyak RM500 setahun.

Namun selepas tahun 2003, kadar BSM telah dinaikkan kepada RM600 setahun.

Syarat Kelayakan : Pemohon yang ingin memohon BSM perlu memenuhi syarat-syarat yang diperlukan iaitu:
  • Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa pemohon ialah warganegara Malaysia.
  • Pemohon/ibu/bapa lahir di Negeri Pahang.
  • Jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Pahang, mereka mestilah bermastautin di Pahang lebih daripada 10 tahun.
  • Pemohon mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan yang lain.
  • Keutamaan permohonan diberikan kepada pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.


  • Pemohon adalah murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum di sekolah.
  • Pemohon adalah murid Tingkatan 1 atau 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.
  • Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) keluarga pemohon tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  • Pemohon yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula di Tingkatan 4 jika berkelakuan baik.

Cara Memohon

  • Cara memohon BSM boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut di bawah:
  • Dapatkan borang permohonan BSM di sekolah atau pejabat Ahli Dewan Undangan (ADUN) masing-masing.
  • Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  • Hantar borang permohonan yang lengkap ke sekolah semula.
  • Borang permohonan yang diterima oleh pihak sekolah tidak perlu dihantar kepada Yayasan Pahang.
  • Sebaliknya pihak sekolah perlu membuat permohonan secara atas talian di

Soalan Lazim
Berapakah jumlah yang akan diterima sekiranya permohonan BSM saya berjaya?
Pemohon yang berjaya akan menerima jumlah BSM sebanyak RM600 setahun.

Adakah saya boleh memohon untuk anak saya yang kini bersekolah di Tingkatan 3?
Buat masa ini, permohonan BSM hanya dibuka bagi Tingkatan 1 dan 4 sahaja. Sebarang perubahan akan dimaklumkan.

Bolehkah saya menghantar sendiri borang permohonan BSM ke Yayasan Pahang?
Tidak boleh. Borang permohonan BSM hanya perlu dihantar ke pihak sekolah dan pihak sekolah akan menguruskan permohonan tersebut ke Yayasan Pahang.

Jika saya bukan lahir di Pahang tetapi telah menetap lebih daripada 12 tahun, bolehkah saya memohon BSM?
Boleh. Pemohon yang telah menetap di Negeri Pahang lebih 10 tahun layak untuk memohon BSM.

Jika anak saya bersekolah di Sekolah Menengah persendirian, adakah anak saya layak untuk memohon BSM?
Tidak. Pemohon yang ingin memohon BSM perlu sedang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Yayasan Pahang di talian 09-5181800 atau melayari laman web http://www.yp.org.my/.


AddToAny