responsif teks foto

Ahad, 29 November 2020

Kampung Dusun terpilih sebagai Kampung Desa Lestari 2020.



Coretan perjalanan Gerak Kerja Belia Kg Dusun Kuala Lipis 2020.

Penghujung 2017..

Mohon Geran Agropreneur Muda IKC MOA setelah mengikuti kursus fertigasi. cetusan idea oleh Dato Seri Abdul Rahman-Ahli Parlimen Lipis.

Gerak kerja oleh Dato Abu Jimi & Tok Penghulu Hafiz Mukim Telang.

Mei 2018

Seramai 14 org belia kampung dusun layak menerima geran IKC MOA.

Memulakan projek tanaman fertigasi. Beberapa kali kami jatuh. Namun atas sokongan, galakkan & nasihat berterusan dari Dato’Seri Abdul Rahman, Dato Abu Jimi, Tok Penghulu Hafiz Mukim Telang & Dato Mustapa Long, kami bangkit & teruskan apa yang kami usahakan kerana kami tekad, INILAH KERJA HAKIKI KAMI, SUMBER PENDAPATAN KAMI..PETANI MUDA

Awal tahun 2020 

Panel Penilai Desa Lastari 2020




Digalakkan & dicadang oleh Tok Penghulu Hafiz Mukim Telang untuk menyertai Desa Lestari 2020. Disokong penuh oleh Dato Sri Abdul Rahman, Dato Abu Jimi & Dato Mustapa Long. kami sepakat menyahut cabaran dan menghantar pencalonan Kg Dusun bagi sesi penilaian di peringkat daerah, negeri & kebangsaan. 

Pencalonan kami diterima.10 malam kami berkampung di Kompleks Penghulu Mukim Telang menyediakan kertas kerja bagi sesi temuduga & pembentangan Desa Lestari 2020..dgn bimbingan & tunjuk ajar tanpa jemu oleh Tok Hafiz Telang(pukul 3 pagi kite kupas durian ye tok

November 2020.

Berita yang kami nanti-nantikan tiba. Kampung Dusun terpilih sebagai Kampung Desa Lestari 2020.

Terima kasih kerana sentiasa ada bersama setiap kali susah & senang kami serta ucapan tahniah dari kami kepada:

1.Dato Sri Abdul Rahman Mohamad - Ahli Parlimen Lipis@Penaung Gerak Kerja Belia Kg Dusun

2.Dato Abu Jimi Samat(Ketua Gerak Kerja Belia Kg Dusun)

3.Dato Mustapa Long - Adun Pdg Tengku

4.Penghulu Hafiz Mukim Telang - Ketua Pasukan Penyediaan & pembentangan Kertas kerja IKC 2017 & Desa Lestari 2020 Kampung Dusun(Tahniah.Desa Lestari ketiga yang Tok usahakan di Lipis )

5.Pengerusi, SU & JKKK Kampung Dusun

6.Gerak kerja Belia Kg Dusun( Mohd Fadil, Sayuti Harun, Matt Luffy, mohd Ainuddin, Akmal Ibrahim, Shah Roy, Anjah Phg, Ibrahim aziz, Muhamad Hafiz.

7.Seluruh warga Kg Dusun

Alhamdulillah.Syukur. Kita berjaya.

Kampuag Desa Lestari Dusun 2020


Kredit  : FB Muhamad Hafiz


Bantuan Orang Tua RM 350


Tujuan


Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Isyarat Kelayakan

Warganegara & bermastautin di Malaysia

Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas

Pendapatan Isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan(PGK) Purata miskin isi rumah semasa atau PGK purata miskin perkapita semasa.

Warga emas yang bukan tinggal di
  • Institut kendalian JKM atau
  • Pusat jagaan harian/berkediaman yang member kemudahan perkhidmatan secara percuma;
  • atau
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangan dengan kelulusan KPKM

Cara Permohonan

Hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat atau memerusi surat telefon dan e-mel.

Maklumat tersebut boleh didapati di Laman Web JKM

Permohon boleh membawa dokumen sokongan seperti:
  • Salinan Kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika Ada)
  • Gambar berukuran passport
  • Dokumen sokongan lain ( jika ada) Contoh Bekas Tentera Buku Perkhidmatan ATM Kad Pesara ATM

Laman Web KKM





Sabtu, 28 November 2020

Isi minyak guna debit Kad


Sebagai skim kad debit kebangsaan, rakyat adalah keutamaan. MyDebit adalah satu-satunya skim kad di Malaysia yang tidak memegang RM200 di stesen minyak.

"Apabila rangkaian stesen minyak menerima bayaran MyDebit, pengguna boleh memilih jumlah minyak yang mereka mahu beli dan hanya jumlah tersebut yang akan dihaskan untuk mengisi minyak. Jika pengguna mengisi kurang daripada jumlah dipilih pada awal, semua baki berlebihan itu akan terus dikreditkan semula ke akaun bank dengan segera selepas minyak selesai diisi.

Sebelum ini, mana-mana pengguna yang menggunakan kad debit akan disekat RM200 dalam akaun bank mereka walaupun jumlah minyak yang diisi cuma RM2 (untuk penunggang motosikal). Terma tersebut dilihat sebagai tidak wajar dan membebankan.

Petron Malaysia dengan kerjasama Payment Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) telah melancarkan kempen 'FUEL-YoooH MyDebit Je dengan kad ATM anda!' yang membolehkan pelanggannya menggunakan kad bank ATM atau MyDebit tanpa sebarang cagaran di semua stesen minyak Petron seluruh Malaysia.




Jumaat, 27 November 2020

Kos Pembangunan Dan Kos Operasi Maahad Darul Quran

Maahad Darul Quran merupakan sebuah madrasah yang ditubuhkan hasil daripada perjuangan pelajar-pelajar Al-Azhar yang menginginkan pendidikan Islam terbela daripada sebarang anasir sekular. Salah seorang pelajar al-Azhar yang menjadi tonggak kepada penubuhan MDQ adalah ulama yang tidak asing lagi iaitu Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Penubuhannya bermula sebagai sebuah Masjid Rusila yang semakin mendapat tempat oleh masyarakat dengan pengisian kuliah agama. Kini MDQ telah dikenali dan kejayaannya dalam melahirkan produk graduan berkualiti.


RM 1 Juta Diperlukan Untuk Membantu Kos Pembangunan Dan Kos Operasi Maahad Darul Quran

Sumbangan :  Sumbangan Sekarang


Khamis, 26 November 2020

B40, M40 boleh mohon lanjutan moratorium




Pembayaran pinjaman bank diberi kepada golongan B40 dan peniaga kecil yang terjejas secara automatik, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Golongan B40 dapat lanjutan moratorium secara automatik. Golongan peniaga kecil dapat lanjutan secara automatik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi pergulungan perbahasan Belanjawan 2021, hari ini.

Dalam masa yang sama, Tengku Zafrul turut menjelaskan golongan M40 dan T20 yang terjejas dan ia boleh dimohon kepada bank masing-masing.

Katanya, golongan M40 dan T20 boleh memohon kepada bank masing-masing untuk mendapatkan kemudahan itu, namun mengingatkan ‘prinsip di sini tanggungjawab dan keadilan’.

“Adakah adil mereka kaya dan lebih mampu untuk bayar hutang diberikan moratorium,” katanya lagi.- Utusan Malaysia

Semua ahli KWSP boleh keluarkan Akaun 1



Kerajaan akhirnya bersetuju pengeluaran wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui program i-Sinar dibuka kepada semua lapan juta ahli yang menghadapi masalah kewangan.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz ketika menyampaikan ucapan penggulungan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

“Sekarang lapan juta ahli KWSP layak untuk mengeluarkan wang daripada Akaun 1 sama ada mereka dibuang kerja atau tidak, dikurangkan gaji atau tidak,” katanya.

Tambah Tengku Zafrul, bagi pencarum yang mempunyai baki Akaun 1 sebanyak RM90,000 dan ke bawah layak mengeluarkan wang sehingga maksimum RM10,000 berbanding RM9,000 yang diumumkan semasa Belanjawan 2021 pada 6 November lalu.

Katanya, ini akan melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM70 bilion.


Permohonan bermula pertengahan Disember 2020



Jangan Terpedaya Dengan Aplikasi Palsu!



KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran KWSP bagi pihak anda.

Buat masa ini tiada aplikasi yang telah dibangunkan untuk meminta maklumat ahli berkenaan permohonan i-Sinar.
Muat turun serta daftar aplikasi i-Akaun KWSP dan lakukan semakan serta transaksi secara dalam talian melaluinya.

Ahli disarankan untuk merujuk info yang sahih hanya dari media social dan laman web rasmi KWSP. Sekiranya anda menemui sebarang info atau aktiviti yang mencurigakan, anda boleh terus melaporkannya ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000





Rabu, 25 November 2020

Digital Yuan Mencipta Generasi Baru Pedagang Jutawan



Kajian terbaru mendedahkan bahawa Digital Yuan (China’s Central Bank Digital Currency/Bank Pusat Matawang Digital China) menghasilkan lebih daripada 7,600 pedagang sepenuh masa yang berhenti dari kerja tetap mereka untuk memperoleh pendapatan dalam talian.

Baru-baru ini ianya menjadi fantasi yang mustahil bagi ramai orang untuk menjadi pedagang harian yang menguntungkan, tetapi dengan terciptanya produk baru seperti Digital Yuan, banyak perniagaan telah gulung tikar.

Digital Yuan adalah matawang digital rasmi yang dikeluarkan oleh Negara China dan sedang mengikut landasan untuk digunakan di serata negara dalam masa setahun. Ia mendorong banyak spekulasi mengenai harganya yang melambung tinggi, dan bilangan pelabur dalam talian yang berani mencapai ribuan orang sehari. Di beberapa bandar, majikan berusaha keras untuk memastikan para pekerjanya terikat disebabkan penemuan minat baru dalam bidang perdagangan dan meraih pendapatan dalam talian.

Bagaimanakah ianya berbeza?

Matawang digital yang lain biasanya tidak berpusat sepenuhnya, dan nilainya turun naik tanpa sebarang perubahan dalam asasnya. Walau bagaimanapun, Digital Yuan disokong oleh salah satu daripada institusi kewangan terbesar di dunia.

Tambahan lagi, ia datang dengan sistem pembayaran yang diintegrasikan. China telah mengujinya dan mengiktiraf WeChat Pay dan AliPay. Sebarang bentuk dana boleh digunakan serta merta dengan sebarang peruncit di China, dengan demikian membentuk satu nilai yang kukuh bagi pengguna matawang tersebut.



Ribuan bertaruh padanya

Dengan pasaran tukaran saham yang hangat membara, China sedang menghasilkan seorang bilionair baru setiap minggu, dan ramai pelabur runcit mahu terlibat dengannya. Dengan akses yang terhad kepada pelabur asing, ia mungkin rumit untuk melabur di China secara langsung, tapi Digital Yuan memberikan peluang ini.

“Saya memang telah lama berminat dengan Gergasi Merah, tapi broker dan bank saya tidak menyokong tukaran saham Negara China. Saya rasa Digital Yuan seperti mimpi yang menjadi nyata. Saya memperolehi potensi keuntungan tanpa had seperti matawang digital yang lain dan kestabilan sebuah negara yang sangat besar”, – kata Adrian Martin, seorang pelabur berumur 32 tahun yang pernah bekerja di pejabat pos hanya sebulan yang lalu.

Yuan Pay Group/Kumpulan Yuan Pay menemuramah satu sampel terdiri daripada lebih 20,000 pelabur secara global dan mendapati bahawa lebih 7,000 orang telah meninggalkan pekerjaan tetap mereka untuk meneruskan minat dalam pelaburan dan perdagangan.




Mengapa China membangunnya?

Digital Yuan mungkin boleh memberikan penyelesaian kepada masalah hutang lapuk Negara China yang sudah terlalu lama. Negara tersebut kini mempunyai 2.4 trillion yuan ($341 bilion) yang telah dikenalpasti sebagai hutang lapuk disebabkan amalan yang tidak sah namun diamalkan secara meluas dalam mendapatkan pinjaman berbilang menggunakan perjanjian bercagar yang sama. Penerimaan meluas dalam ekonomi China terhadap Digital Yuan akan mendorong peningkatan nilainya menjadi lebih tinggi.

“Menggunakan kontrak pintar yang dibekalkan oleh matawang Digital Yuan, pemerintah China akan mampu untuk mengesan aset dan liabiliti dan memastikan pinjaman berbilang tidak diambil menggunakan cagaran yang sama,” kata seorang pengkaji blockchain senior J. Rogers.

Bagaimana orang biasa boleh melabur?

Untuk memastikan keselamatan, pelaburan dalam Digital Yuan hanya tersedia melalui broker bertauliah, yang anda boleh temui dengan mengklik disini. Hingga hujung minggu ini, syiling akan dikeluarkan dengan 50% diskaun kepada pelabur baru.

Selepas mendaftar, anda akan ditujukan semula ke portal broker, di mana anda boleh memulakan kerjaya perdagangan anda. Ambil perhatian untuk pelaburan eksklusif seperti Digital Yuan, verifikasi telefon adalah diperlukan, jadi pastikan anda mempunyai telefon pintar anda berhampiran.

Adrian Martin, bekas posmen bertukar pedagang berusia 32 tahun, memberi kepastian: “Ia mungkin sukar untuk mula melabur, tetapi dengan teknologi semasa, semuanya mungkin. Yang paling penting adalah untuk percaya pada diri sendiri dan percaya yang anda boleh merubah hidup anda menjadi lebih baik. Sekali anda lakukan penegasan itu dalam minda anda, anda boleh mencapai kejayaan dalam perdagangan atau apa-apa saja perkara lain.”


Digital Yuan adalah matawang digital rasmi yang dikeluarkan oleh Negara China


Media contact
Yuan Pay Group LLC
Julia, Media Representative
info@yuanpaygroup.com
https://yuanpaygroup.com/
(Syndicated press content is neither written, edited or endorsed by ED Times)



Selasa, 24 November 2020

Berita Pahang dari 16 November hingga 22 November 2020.

 


1. KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG KURNIA SUMBANGAN, SANTUNI 11 MANGSA BENCANA

2. YAB MENTERI BESAR BENTANG BELANJAWAN 2021 NEGERI PAHANG

3. DEWAN NEGERI PAHANG LULUS CADANGAN WUJUDKAN LIMA AHLI DEWAN NEGERI SECARA LANTIKAN

4. PROGRAM CAKNA TOK WAN: PRIHATIN RAKYAT MEMERLUKAN

5. BELANJAWAN 2021 NEGERI PAHANG: BANTUAN KHAS RM1,000 KEPADA PENJAWAT AWAM PAHANG

6. PAHANG ADAKAN HARI MENDAKI PAHANG 23 JANUARI INI

7. SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: 2,855 EKAR TANAH PERTANIAN DIAGIH KEPADA PEKEBUN CAMERON HIGHLANDS

8. SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN NEGERI WUJUD DATA KEMISKINAN NEGERI PAHANG.

9. SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: 85,929 PREMIS DIPERIKSA SEJAK PKP DILAKSANAKAN.

10. KERAJAAN NEGERI PERTINGKAT AKSES INTERNET LUAR BANDAR.

Kredit :  (UKOMP

Isnin, 23 November 2020

Bantuan Moratorium Bank Muamalat


Pengumuman




BANTUAN MORATORIUM – Bantuan Bayaran Pasca Moratorium

A) Penambahbaikan Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar

Penambahbaikan bantuan bayaran pembiayaan bersasar kepada kumpulan B40, M40 dan Perusahaan Mikro ini sejajar dengan pengumuman Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November 2020. Langkah ini juga bertepatan dengan hasrat Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) bagi terus membantu dan mengurangkan bebanan kewangan pelanggan yang terkesan oleh penularan wabak COVID-19.

Kesemua penambahbaikan ini merupakan tambahan kepada bantuan sedia ada yang diumumkan sebelum ini untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, serta untuk individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang pendapatan mereka terjejas akibat pandemik.

Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

1. Soalan : Siapakah kumpulan sasar yang layak bagi bantuan penambahbaikan bayaran secara bersasar bagi kumpulan B40 ini?

Jawapan : Program penambahbaikan bantuan bayaran secara bersasar ini terbuka kepada individu / isi rumah dari kumpulan B40 yang berdaftar dalam pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH).

Kategori yang layak adalah seperti berikut:

Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000.00 dan ke bawah;

Pendapatan bulanan individu (bujang) RM2,000.00 dan ke bawah.

Pelanggan boleh membuat semakan status melalui portal rasmi BSH Semakan Status

Butiran perincian:

Bagi pasangan yang telah berkahwin, suami dan isteri adalah layak memohon jika mereka mempunyai pembiayaan dengan pihak Bank Muamalat;

Pelanggan yang sebelum ini telah memilih untuk tidak menyertai program moratorium juga layak memohon;

Pelanggan yang sedang menyertai bantuan bayaran sedia ada juga layak memohon sekiranya memerlukan.

2. Soalan : Siapakah kumpulan sasar yang layak bagi penambahbaikan bantuan bayaran secara bersasar bagi kumpulan M40 ini?

Jawapan : Program bantuan bayaran secara bersasar ini terbuka kepada individu / isi rumah dari kumpulan M40 yang berdaftar dalam pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Kategori yang layak seperti berikut:

Pendapatan bulanan isi rumah berjumlah RM4,001.00 ke RM8,000.00;

Pendapatan bulanan individu (bujang) berjumlah RM2,001.00 ke RM4,000.00

Pelanggan boleh membuat semakan status melalui portal rasmi BPN Semakan Status BPN

Bagi permohonan baru, pelanggan hanya perlu mengemukakan surat pengisytiharan diri (self-declaration) mengenai pengurangan jumlah pendapatan isi rumah/ individu disebabkan pandemik.

Sebarang dokumentasi lanjut yang diperlukan oleh pihak bank (jika berkenaan) hanya akan dilakukan kemudian bagi tujuan pengesahan.

3. Soalan : Adakah kumpulan Perusahaan Mikro juga layak memohon?

Jawapan : Ya, bagi kemudahan Perusahaan Mikro dengan pembiayaan berjumlah sehingga RM150,000.00 adalah layak dengan syarat berikut:

Perolehan jualan kurang daripada RM300,000; atau

Mempunyai kurang daripada 5 orang pekerja sepenuh masa;

Nota: Hanya surat pengisytiharan diri (self-declaration) diperlukan dan tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan.

4. Soalan : Jika saya memenuhi kriteria kumpulan sasar di atas, apakah syarat untuk menyertai penambahbaikan bantuan bayaran secara bersasar ini?

Jawapan : Semua pelanggan pembiayaan yang tidak mempunyai baki tunggakan melebihi 90 hari (pada tarikh permohonan) atau pembiayaan baharu yang diluluskan pada atau sebelum 30 September 2020.

5. Soalan : Apakah ciri dan bentuk bantuan bayaran secara bersasar tambahan yang tersedia?

Jawapan : Bank menawarkan bantuan bayaran secara bersasar tambahan seperti yang berikut:

Penangguhan ansuran bulanan selama 3 bulan; atau

Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.

Kemudahan yang layak adalah Pembiayaan Perumahan, Pembiayaan Peribadi & Pembiayaan Kenderaan.

Ianya adalah tertakluk kepada sebarang perubahan jumlah keseluruhan bayaran dan dokumentasi tambahan jika berkenaan.

6. Soalan : Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan?

Jawapan : Sekiranya anda memenuhi kriteria dan syarat kelayakan, anda hanya perlu mengisi borang permohonan “Bantuan Bayaran Bersasar Tambahan” secara atas talian yang boleh didapati di laman sesawang Bank Muamalat (pautan ke “Penambahbaikan Bantuan Bayaran”) mulai 23 November 2020.

Pelanggan juga boleh mengunjungi cawangan Bank Muamalat terdekat bagi permohonan bantuan bayaran tersebut.

7. Soalan : Bilakah tempoh sah untuk membuat permohonan?

Jawapan : Tempoh sah untuk permohonan bagi pelanggan yang layak adalah mulai 23 November 2020 hingga 30 Jun 2021.

8. Soalan : Apakah dokumen – dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan?

Jawapan : Pelanggan hanya perlu mengisi borang yang telah disediakan secara atas talian dan tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan (jika berkenaan).

9. Soalan : Apakah kesan jika saya memilih untuk menyertai penambahbaikan bantuan bayaran secara bersasar ini?

Jawapan : Sila ambil maklum bahawa:




Ansuran bulanan, kadar keuntungan bank atau tempoh pembiayaan anda mungkin akan berubah;

Perjanjian baharu perlu ditandatangani selaras dengan keperluan undang-undang dan pematuhan syariah;

Jumlah keseluruhan bayaran sehingga akhir tempoh pembiayaan akan bertambah/ berubah berbanding perjanjian asal.

10. Soalan : Adakah permohonan bantuan bayaran bagi kategori B40/M40 boleh dibuat sekiranya saya tidak berdaftar dalam pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH)/ Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Jawapan : Boleh. Jika tidak memenuhi kriteria, permohonan masih boleh dibuat tetapi ianya akan diproses mengikut proses permohonan bantuan bayaran sedia ada (pautan ke laman sesawang bank Muamalat “bantuan bayaran pasca moratorium”) di mana pelanggan perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti slip gaji dan dokumen lain (jika berkenaan).

Kegagalan mengemukakan maklumat yang diperlukan boleh menyebabkan kelewatan pemprosesan/ permohonan ditolak.

11. Soalan : Adakah perlindungan Takaful Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (MRTT)/Takaful Kredit Berkumpulan (GCT) masih dilindungi untuk tempoh yang dilanjutkan (jika ada)?

Jawapan : Tidak. Perlindungan takaful MRTT/GCT sedia ada hanyalah sehingga tarikh matang dalam perjanjian asal.

12. Soalan : Untuk pertanyaan lebih lanjut, siapa yang harus saya hubungi?

Jawapan : Sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami di talian 03-2600 5500 atau kunjungi cawangan terdekat kami atau e-mel ke feedback@muamalat.com.my

Untuk permohonan sila tekan butang di bawah:

Permohonan B40, M40 & Perusahaan Mikro

B) Bantuan Bayaran Pasca Moratorium Bank Muamalat Malaysia Berhad

Tempoh moratorium akan berakhir pada 30 September 2020, kami memahami akan kekangan kewangan yang mungkin anda hadapi. Kami mengambil berat tentang anda dan sedia membantu sekiranya anda menjangkakan kesukaran untuk meneruskan bayaran pembiayaan selepas tempoh moratorium berakhir.

Bantuan bayaran bersasar ini sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri baru-baru ini mengenai inisiatif bantuan COVID-19 yang diperluas oleh kerajaan. Program Bantuan Bayaran Pasca Moratorium yang disediakan adalah penyusunan semula bayaran ansuran pembiayaan. Langkah ini sejajar dengan hasrat Bank Muamalat bagi mengurangkan bebanan kewangan pelanggan pada waktu ini yang terkesan oleh penularan wabak COVID-19.

Walau bagaimanapun, meneruskan bayaran ansuran pembiayaan anda seperti sediakala adalah pilihan yang terbaik.

Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

1. Soalan : Adakah program moratorium automatik akan dilanjutkan?

Jawapan : Tiada lanjutan diberikan bagi program moratorium automatik dan ianya akan berakhir pada 30 September 2020.

Walau bagaimanapun, lanjutan moratorium selama 3 bulan hanya akan diberikan kepada pelanggan yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 dan masih belum mendapat pekerjaan baharu, bermula 1 Oktober 2020.

Pelanggan perlu membuat permohonan lanjutan moratorium tersebut kepada pihak bank.

2. Soalan : Apakah bentuk bantuan bayaran yang disediakan oleh Bank Muamalat selepas tempoh moratorium berakhir?

Jawapan : Bank Muamalat menyediakan penyusunan semula bayaran ansuran pembiayaan.

3. Soalan : Apakah kriteria kelayakan yang diperlukan untuk mendapatkan bantuan bayaran tersebut?

Jawapan : Semua pelanggan Bank Muamalat yang telah menyertai moratorium automatik atau penangguhan bayaran pembiayaan adalah layak memohon.

Walau bagaimanapun, program ini juga terbuka kepada mereka yang telah terkesan oleh pandemik Covid-19 seperti Kehilangan Pekerjaan, Pengurangan Gaji & Diberikan Cuti Tanpa Gaji oleh Majikan.

Sehubungan itu, bagi pelanggan yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan, bantuan bayaran adalah berbentuk bayaran ansuran yang dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pembiayaan, untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada keadaan gaji semasa pelanggan berkenaan, bermula 1 Oktober 2020.

Disamping itu, pihak bank adalah komited untuk membantu semua Pelanggan termasuk PKS, baik peniaga, penjaja atau mereka yang bekerja sendiri yang turut terkesan akibat COVID-19. Bergantung kepada situasi pelanggan tersebut, antara bantuan yang ditawarkan termasuk:

Membayar keuntungan (profit) sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan; atau

Melanjutkan tempoh pembiayaan bagi mengurangkan bayaran ansuran bulanan; atau

Memberi pelepasan lain (jika berkenaan) sehingga pelanggan mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil.

Bagi pelanggan Pembiayaan Kenderaan pula, pihak bank akan turut menawarkan pilihan penyusunan semula bayaran ansuran yang bersesuaian tertakluk kepada Akta Sewa Beli (jika berkenaan).

Notifikasi umum telah dihebahkan melalui laman sesawang dan media sosial rasmi Bank Muamalat serta SMS telah dihantar pada pelanggan yang layak.

4. Soalan : Bagaimana untuk memohon bantuan bayaran pasca moratorium? Adakah saya perlu menghubungi pihak Bank?

Jawapan : Ya, sila hubungi Bank Muamalat di talian +603-2600 5500 atau mengisi borang permohonan Bantuan Bayaran Pasca Moratorium yang boleh didapati di laman sesawang Bank Muamalat dan e-mel ke endmora.assistance@muamalat.com.my bersama dokumen yang berkaitan selewat – lewatnya pada 30 Jun 2021.

Pelanggan juga boleh mengunjungi cawangan Bank Muamalat terdekat bagi permohonan bantuan bayaran tersebut.

5. Soalan : Apakah dokumen – dokumen yang diperlukan untuk permohonan bantuan bayaran?

Jawapan : Sila kemukakan dokumen berikut:

  • Slip Gaji;
  • Dokumen Sokongan; seperti Surat Pemberhentian kerja/Pemotongan Gaji/ Cuti Tanpa Gaji;
  • Lain – lain dokumen (jika berkenaan).

Kegagalan mengemukakan maklumat yang diperlukan boleh menyebabkan kelewatan pemprosesan/ permohonan ditolak.

6. Soalan : Bagaimana untuk mengetahui keputusan permohonan bantuan bayaran pasca moratorium?

Jawapan : Pihak bank akan menghubungi pelanggan yang Berjaya/ lulus bagi tujuan dokumentasi Bantuan Bayaran Pasca Moratorium.

7. Soalan : Berapa jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar setelah tempoh moratorium berakhir?

Jawapan : Jumlah ansuran bulanan adalah tidak berubah dan seperti sediakala. Tetapi, perubahan hanya berlaku jika permohonan Bantuan Bayaran Pasca Moratorium anda berjaya/ lulus.

8. Soalan : Adakah bayaran ansuran bulanan saya selepas moratorium berakhir dikira untuk mengurangkan jumlah amaun tertunggak?

Jawapan : Bayaran ansuran bulanan anda akan menjelaskan keuntungan terakru, keuntungan dan seterusnya jumlah prinsipal/ pokok yang tertunggak.

9. Soalan : Adakah rekod CCRIS saya akan terjejas dengan menyertai Bantuan Bayaran Pasca Moratorium?

Jawapan : Penyertaan Bantuan Bayaran Pasca Moratorium tidak akan menjejaskan rekod CCRIS.

Nota: Soalan lazim ini akan dikemaskini sekiranya terdapat perkembangan baharu. Sila rujuk laman sesawang www.muamalat.com.my bagi soalan lazim terkini.

Untuk permohonan sila tekan butang di bawah:

Ahad, 22 November 2020

Salah Faham berkenaan hak pusaka anak tiri.


Rumah Peneroka Felda

SALAH FAHAM BERKENAAN HAK PUSAKA DAN HAK ANAK TIRI PENEROKA FELDA
 
Saya ada menerima pesanan mesej meminta saya mengulas berkenaan perkara ini. Ramai generasi kedua dan ketiga Felda tersalah faham berkenaan hak pusaka berkaitan anak tiri peneroka felda hasil perkahwinan peneroka dengan ibu tunggal yang mempunyai anak dari perkahwinannya terdahulu.

S: Adakah anak tiri ini berhak mewarisi harta Felda?
J: Anak tiri ini berhak mewarisi harta felda tetapi terhad kepada bahagian faraid ibunya sahaja setelah ibunya meninggal dunia.

S: Saya tak faham tuan. Boleh jelaskan lagi?
J: Anak tiri ini adalah anak dari hasil perkahwinan ibu dan bapanya yang bukan peneroka felda kemudian ibunya berkahwin dengan peneroka felda. Anak ini tiada sebarang hak untuk mewarisi harta felda. Sekiranya ibunya mendapat faraid setelah kematian peneroka felda, anak itu tetap tidak mewarisi harta felda. Beliau hanya boleh mewarisi setelah ibunya meninggal dunia tetapi terhad hanya untuk faraid bahagian ibunya sahaja. Contohnya ibunya menerima faraid sebagai isteri sebanyak 1/8, maka anak tiri ini tadi hanya berhak mewarisi bahagian faraid dari 1/8 sahaja. bukan keseluruhan harta.

S: Saya ada abang tiri. Abang tiri ini adalah anak dari hasil perkahwinan terdahulu emak saya. Kemudian, setelah ayahnya meninggal dunia, emak saya telah berkahwin dengan ayah saya peneroka Felda dan lahirlah saya. Kami sama-sama dibesarkan di Felda. Persoalan saya sekarang, adakah abang saya tadi berhak mewarisi harta felda milik ayah?
J: Tidak, beliau tidak boleh mewarisi harta ayah tuan. Beliau hanya boleh mewarisi harta tersebut setelah kematian emak tuan. Itu pun terhad kepada bahagian 1/8 bahagian emak sahaja.


S: Masalah saya tuan, abang saya ini duduk di rumah pusaka peninggalan ayah bersama emak saya sekarang di tanah rancangan dan banyak duitnya telah dibelanjakan untuk membaiki rumah pusaka itu sebab beliau sangka rumah itu rumah emak. Adakah boleh dia tuntut rumah itu nanti?
J: Jika nama emak ada di dalam geran felda sebagai salah seorang pemilik bersama dengan arwah ayah. Berkemungkinan benar dakwaan beliau bahawa rumah itu juga milik bersama emak tuan. Tetapi jika tiada nama emak, maka dari segi undang-undang, rumah itu adalah milik arwah ayah dan setelah kematian ayah, rumah itu menjadi faraid kepada emak dan tuan sebagai anak kandung ayah.

S: Jadi boleh ke beliau menuntut?
J: Untuk menuntut pemilikan rumah adalah tidak boleh, tetapi abang ini tadi boleh menuntut kos pembaikian rumah dari tuan dan emak seolah-olah seperti beliau mendahulukan wangnya kepada waris ayah iaitu emak dan tuan. Sebaiknya usahakan untuk membayar semula wangnya itu.

S: Emak saya pernah berpesan dengan saya sekiranya beliau meninggal, emak mahu semua harta arwah ayah dibahagikan sama rata dengan abang lain ayah saya ini...adakah betul wasiat/ pesanan emak saya itu?
J: Sekiranya pada waktu emak berpesan itu, emak adalah pemilik berdaftar harta felda setelah kematian ayah, pesanan itu dianggap satu wasiat yang tidak bertulis. Sebaiknya buat secara bertulis dan sahkan terus di Mahkamah Tinggi Syariah. Sebaliknya, sekiranya emak pada waktu berpesan itu hanya menerima 1/8 dari harta ayah sebagai isteri, wasiat itu tidak terpakai kerana harta felda bukan milik mutlak emak. Ia adalah milik tuan juga sebagai anak lelaki ayah.

S: Emak saya sekarang merajuk dengan saya kerana saya tidak bersetuju dengan permintaannya untuk saya berkongsi harta felda ayah saya dengan abang tiri saya. Adakah saya salah tuan?
J: Ini adalah soal hak dan ihsan. Emak meminta tuan untuk tuan berkongsi harta ayah tuan dengan anak dari perkahwinannya terdahulu, iaitu abang tiri. Dari segi hukum, itu adalah hak tuan dan terpulang pada tuan samada untuk menuruti permintaan emak itu atau tidak. Itu hak mutlak tuan. Tiada siapa boleh paksa tuan untuk berkongsi sekiranya tuan tidak mahu berkongsi. tetapi jika berkongsi itu dapat menambahkan rasa kasih sayang dan mengeratkan hubungan antara tuan dan abang, apa salahnya berkongsi..

ZAHARI AFFENDI & RAKAN RAKAN
PENASIHAT & SOLICITOR
Mengkhususkan diri dalam Penyelesaian Pertikaian & Litigasi,
Komersial, Korporat & Harta Intelek

Sabtu, 21 November 2020

Tokoh/selebriti yang baru meninggalkan kita bulan ini : Al Fatihah

Daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata, “Rasulullah SAW bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”

Al-Fatihah



Tan Sri Zaleha Ismail 84
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Zaleha Ismail, meninggal dunia di Hospital Tawakal, di sini, kira-kira jam 8.15, 14 Nov 2020 malam tadi.

Dato' Hasbullah Osman 63
Ahli Parlimen Gerik Hasbullah Osman dari Umno meninggal dunia akibat daripada serangan jantung hari ini 16 Nov 2020. Pegawai khas kepada Hasbullah, memberitahu Media ahli Parlimen Gerik itu meninggal dunia di Raub, Pahang. 



YB Manis Muka Mohd Darah, 65
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Manis Muka Mohd Darah, 65 tahun dilaporkan meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu, pada Selasa 17 Nov 2020

Dato' Mokhtar Hashim 78
Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan 1981-1983 Dato' Mokhtar Hashim meninggal dunia awal hari ini 18 Nov 2020. . Perkara itu disahkan oleh anak saudaranya, Ahmad Hafiz Abdul Raffar menerusi satu hantaran Facebook. Menurut Ahmad Hafiz, allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 3.10 pagi.




A. Ali, 71 
Penyanyi dan pemain gitar kumpulan Kembara, A. Ali, 71, atau nama sebenarnya Hamdan Atan disahkan meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Semenyih. Anak ketiganya, Nur Huda Hamdan, 34, ketika dihubungi berkata, ibunya, Latifah Khamis menyedari bapanya meninggal dunia selepas jasad kaku sekitar pukul 8 pagi 21 Nov 2020. 

Pak Lah Cecupak 53. 
Pelakon Senior Pak Lah Cecupak atau nama sebenar Noor Affendi Nurdin, meninggal dunia akibat kanser usus pada pagi sabtu 21 Nov 2020. di Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu.


Rabu, 18 November 2020

Syarat-syarat kelayakan untuk Pingat Jasa Malaysia.


Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia adalah kepada anggota ATM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung mulai 1 Jan 1969 hingga Okt 1989 yang terlibat menentang Komunis, dengan syarat tidak diberhentikan atas tindakan tatatertib seperti yang terdapat di Para 49 (1).

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk Pingat Jasa Malaysia:-

1. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau fomasi ATM bagi tempoh dari 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM) atau

2. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara tidak langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) atau

3. Telah terbunuh, cedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh tugas menentang Pengganas Komunis Malaya (PKM) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 atau Pengganas Komunis Kalimantan (PKKU) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990.

Permohonan juga terbuka untuk veteran yang telah

meninggal dunia, di mana waris boleh membuat permohonan.

Borang boleh dimuat turun melalui laman : 


Permohonan boleh dihantar melalui JHEV ATM Cawangan negeri yang berhampiran atau ke;

Cawangan Pingat dan Memorial,
Tingkat 3,301 Medan Tuanku,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50802 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2050 8030





Penelitian elaun Kenangan Pingat Jasa Malaysia (PJM)



1. Kementerian Pertahanan Malaysia telah selesai kajian-kajian dalaman di peringkat Kementerian dalam usaha membolehkan pemberian Elaun Kenangan Kepada Penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) dilaksanakan. Kini hanya tunggu pertimbangan dan kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia.

2. MINDEF telah majukan cadangan kepada Kementerian Kewangan untuk luluskan kenaikan jumlah Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Veteran ATM tidak berpencen di bawah Kategori B40 daripada RM300 sebulan kepada RM400 sebulan.

Saya sendiri akan terus berhubung dengan YB Menteri Kewangan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bagi memastikan harapan kita ini dapat dipenuhi.

YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Selasa, 17 November 2020

Penyakit luruhan daun Getah (Pestalotiopsis)


Penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis Pada Pokok Getah

Serangan penyakit luruhan daun Pestalotiopsis telah mula dikesan pada November 2017 di Kampung Pancajaya Segamat Johor. Sehingga kini, serangan penyakit ini telah dilaporkan dikesan di semua negeri termasuk juga Indonesia kecuali Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Faktor perebakan penyakit ini adalah disebabkan oleh faktor persekitaran yang sesuai, mudah terkena pokok getah dan virulen kulat Pestalotiopsis tersebut. 

Sebab perebakan Serangan Kulat Pestalotiopsis 
  • Taburan hujan yang tinggi
  • Kelembapkan udara yang tinggi
  • Pembajaan berjadual tidak diamalkan.
  • Pengawalan rumpai tidak teratur.
  • Pengawalan penyakit tidak diamalkan.
  • Pertumbuhan kulat yang optima disebabkan faktor persekitaran yang sesuai.
Kulat ini menjangkiti daun, tangkai, dahan dan buah pokok getah di mana jangkitan serangan lebih tertumpu pada bahagian daun berbanding bahagian yang lain. Serangan yang ringan dan sederhana boleh menyebabkan keguguran daun sehingga 50 peratus. Sementara itu jangkitan parah dan berulang akan menyebabkan keguguran daun getah matang sehingga 90 – 100 peratus

Pengecaman Penyakit Luruhan Daun Pesta/otiopsis

Daun luruh bukan pada waktunya.

Gambarajah di atas adalah simptom yang biasanya kelihatan apabila daun pokok getah matang yang diserang oleh kulat Pestalotiopsis. Simptom serangan pada daun getah adalah dalam pelbagai bentuk dan saiz seperti dalam dalam Gambarajah 2. Kesan serius serangan akan mengakibatkan luruhan daun seperti dalam Gambarajah 3.

Pencegahan peringkat awal jangkitan serangan penyakit daun Pestalotiopsis.

Amalan pertanian yang baik ini adalah disyorkan untuk memastikan tanaman pokok getah dalam keadaan yang kuat dan sihat.

Amalan tersebut ialah:

Pembajaan mengikut jadual

Pembajaan pokok getah mengikut pengesyoran. Kawalan rumpai mengikut pengesyoran.
Kawalan penyakit mengikut pengesyoran. Kawalan makhluk perosak mengikut pengesyoran.

Pengawalan serangan penyakit.

Rawatan bagi serangan penyakit daun ini boleh dilakukan dengan penyemburan racun kulat dengan menggunakan peralatan seperti Gambarajah 4. Penyemburan ini bertujuan untuk mengurangkan dan 

Menghapuskan jangkitan kulat

Pada daun yang baharu. Kajian mendapati racun-racun kulat yang tertera di Jadual di bawah boleh menghalang pertumbuhan dan membunuh kulat Pestalotiopsis. Kadar dan kekerapan penyemburan racun-racun tersebut boleh dirujuk pada Jadual di bawah:


Anggaran kos penyemburan per hektar.

Bagi tujuan pengawalan penyakit luruhan daun Pestaloptiopsis, kebun kecil boleh memilih salah satu dari racun-racun yang disenaraikan dalam Jadual di bawah:

 

Bahan Aktif

Contoh Nama Dagangan

Kepekatan

Pengesoran kadar racun

Kepekatan bahan kimia %

1

Propiconazole

Tilt

25.2

4.0ml/liter

0.10 %

2

Benomyl

Benlate

50.0

4.0 g/liter

0.20%

3

Chlorothalonil

Daconil 2787

50.0

4.0g/liter

0.2%

4

Mancozeb

Dithane M45

80.0

3.2g/liter

0.26%

S

Propineb

Anthracol

70.0

2.0g/liter

0.16%


Bagi kawalan penyakit ini di lapangan, penyemburan perlulah dilakukan pada:

Daun yang gugur di atas tanah dengan menggunakan penyembur galas (knapsack sprayer).
Kanopi daun pada pokok getah dengan menggunakan  penyembur semburan kabus (mist blower sprayer atau Cannon sprayer). Contoh penyembur semburan kabus yang disandang adalah seperti di Video di atas.

Bagi memastikan kawalan yang lebih berkesan, penyemburan racun kulat tidak boleh dilakukan pada waktu hujan lebat dan disyorkan dilakukan pada awal pagi atau lewat petang.



Mengunakan pam racun enjin Stihl..."







Isnin, 16 November 2020

"Akhirnya KWSP setuju pengeluaran akaun 1 RM 10k.."



i-SINAR MEMBOLEHKAN 2 JUTA AHLI TERKESAN MENGAKSES AKAUN 1

Pendahuluan maksimum pertama antara RM4,000 hingga RM10,000

KUALA LUMPUR, 16 November 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar.

Setelah meneliti dan menilai keadaan semasa, KWSP telah mengambil langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan. i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli yang layak.

Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000. 

Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.


Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat

16 November 2020

Ringkasan Syarat Permohonan i-Sinar

Permohon mulai 1 Disember 2020 melalui portal i-Sinar(Online – Tidak ada borang)
Semua permohonan secara Online melalui Telefon atau Komputer pribadi.

Syarat-Syarat.
  1. Berumur 55 Tahun dan ke bawah.
  2. Ahli atau pencarum yang diberhentikan kerja atau ditangguh bayaran gaji.
  3. Ahli aktif KWSP : Mempunyai sekurang-kurang 1 bulan caruman mulai Mac 2019 sehingga Feb 2020
  4. Tiada caruman dalam tempoh 2 bulan semasa permohonan.

“Bagi tetap bagi, sikit banyak cerita lain”…MB Pahang.



Kerajaan negeri Pahang bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan RM1,000 kepada kesemua kakitangan kerajaan tanpa pengecualian gred membabitkan peruntukan RM8 juta.

Seramai 8,000 penjawat awam menerima manfaat tersebut dan pembayaran dibuat sebelum 16 Januari 2021.

Kerajaan negeri juga bersetuju memberikan bantuan khas kewangan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa).

Sebanyak RM300 bayaran secara ‘one-off’ diberikan kepada 2,978 guru yang terlibat

Kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2021 dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

“Jumlah peruntukan bantuan khas kewangan tersebut sebanyak RM893,400,”

Kredit – Utusan Online 

Faedah Perubatan JHEV ATM



Pusat Dialisis di Seri Kembangan, Batu Caves dan Bukit Sentosa.


Faedah perubatan adalah faedah yang dinikmati secara percuma oleh veteran/waris semasa menerima rawatan/ubatan di hospital tentera dan juga hospital kerajaan. Untuk makluman, Jabatan Hal Ehwal Veteren telah membuat perjanjian dengan Syarikat OratisRX Sdn Bhd di mana mulai 1 Apr 2016, semua urusan berkaitan ubat dan peralatan pesakit diuruskan oleh syarikat tersebut.

Sehingga kini lebih 100 farmasi komuniti di seluruh Malaysia telah mendaftar dengan Syarikat OratisRX Sdn Bhd. Kemudahan ini membolehkan veteran ATM tidak perlu membuat sebarang pembayaran. Mulai 1 Julai 2016, tuntutan balik perubatan (pay and claim) tidak dibenarkan lagi.

Orang yang layak menerima faedah perubatan ini adalah seperti berikut :
  1. Veteran ATM.
  2. Isteri/Suami yang dikahwini secara sah dan berdaftar semasa dalam perkhidmatan dan namanya tercatat di dalam Buku Pengakuan Perkhidmatan dan KBT/KV.
  3. Isteri/suami yang dikahwini selepas persaraan hanya layak menerima kemudahan perubatan selagi Veteran ATM masih hidup atau sekiranya Veteran ATM tersebut telah meninggal dunia, tempoh kelayakan dikira 20 tahun daripada tarikh persaraan Veteran ATM tersebut.
  4. Anak-anak yang dikira tanggungan ialah anak Veteran ATM sendiri dan termasuklah anak angkat, anak tiri dan juga anak tidak sah taraf yang dipelihara sepenuhnya oleh Veteran ATM yang tertakluk had umur berikut:
Berumur di bawah 18 tahun

Di bawah 21 tahun jika masih belajar.

Tiada had umur bagi anak yang cacat/dhaif/terencat akal (anak istimewa). Sekiranya anak yang dilahirkan normal tetapi telah mengalami kecacatan/kerencatan kemudiannya (yang disebabkan oleh demam, kemalangan dan sebagainya) sebelum mencapai umur 18 tahun, Veteran ATM perlu mendapatkan dokumen sokongan iaitu Pendaftaran atau pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pengesahan doktor kerajaan bahawa kecacatan/kerencatan adalah kekal.

Rawatan Jantung di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd (IJNSB). Syarat-syarat untuk menerima kemudahan perubatan ini adalah seperti berikut :






1. Veteran ATM yang datang untuk mendapatkan rawatan di IJNSB mestilah telah diperiksa dan dirujuk oleh Pakar Perubatan Umum (Physician/Pakar Kardiologi) hospital kerajaan atau tentera.

2. Veteran ATM yang datang terus ke IJNSB tanpa dirujuk oleh doktor pakar hospital kerajaan/tentera tidak akan diberi kemudahan percuma walaupun mereka mengemukakan KBT/KV. IJNSB boleh mengenakan caj rawatan kepada mereka sepertimana yang dikenakan kepada pesakit persendirian.

3. Mereka hendaklah menanggung sendiri segala kos berkaitan selaras dengan Perintah Am 4 Bab F (Perubatan).

4. Dalam keadaan kecemasan IJNSB akan menerima dan memberi perkhidmatan perubatan serta rawatan kepada pesakit/bekas tentera yang datang tanpa rujukan oleh hospital kerajaan.

5. Pesakit/waris dikehendaki menyerahkan surat pengesahan daripada JHEV kepada IJNSB dalam tempoh 24 jam.

6. Bagi Veteran/pesakit yang dirujuk oleh pengamal perubatan swasta terus ke IJNSB dalam “keadaan kecemasan”, mereka hendaklah membayar segala caj yang dikenakan oleh IJNSB.

7. Walau bagaimanapun mereka boleh memohon kepada JHEV (bagi Veteran yang layak) untuk pertimbangan bayaran balik.

8. Bayaran Cagaran Wad. Veteran ATM/pesakit yang dimasukkan ke wad perlu mengemukakan sendiri wang cagaran tersebut.

Rawatan Kepakaran di hospital swasta dalam negeri

1. Pesakit mendaftar di hospital kerajaan/tentera dan disahkan oleh Pakar Perubatan hospital bahawa beliau memerlukan rawatan khas yang mana tidak boleh diperolehi di hospital kerajaan/tentera.

2. Ketua Pengarah BPK akan mengesahkan rawatan sedemikian tidak ada di hospital Kerajaan/tentera.

3. Pesakit mestilah mendapat kelulusan JHEV sebelum memulakan rawatan di hospital swasta dalam negeri.

Permohonan Bayaran Balik Bagi Perbelanjaan Rawatan, Ubat atau Alatan Pesakit

Rawatan Kecemasan - Perbelanjaan bagi rawatan kecemasan di hospital swasta dalam negeri boleh dipertimbangkan dengan syarat;

1. Tempat kejadian kecemasan berhampiran dengan hospital swasta berbanding dengan hospital kerajaan.

2. Rawatan berkenaan adalah kes yang benar-benar memerlukan rawatan serta merta untuk menyelamatkan nyawa pesakit dan status kecemasan berkenaan disahkan oleh Pegawai Perubatan hospital swasta itu.

3. Perbelanjaan yang dipertimbangkan meliputi perbelanjaan rawatan bagi tempoh kecemasan sehingga pesakit boleh dipindahkan ke hospital Kerajaan, tetapi pesakit dikehendaki menanggung bayaran wad mengikut kadar kelayakannya di hospital kerajaan.

4. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kecemasan hendaklah disertakan laporan klinikal terperinci mengenai tindakan harian yang diambil ke atas pesakit daripada pakar perubatan hospital / klinik swasta yang merawat pesakit. Laporan perlu bertaip.



 Syarikat OratisRX Sdn Bhd 



Ubat - Pengambilan ubat di Farmasi yang mendaftar dengan Syarikat OratisRX Sdn Bhd boleh dipertimbangkan sekiranya;

1. Ubat itu diperakukan (prescribe) oleh Pegawai Perubatan Kerajaan/tentera, terdapat dalam senarai ubat-ubat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/ hospital universiti berkenaan tetapi disahkan tidak dapat dibekalkan oleh hospital Kerajaan.

2. Perbelanjaan bagi pembelian ubat yang tiada dalam senarai ubat-ubat tersebut dapat dipertimbangkan sekiranya tiada altenatif bagi ubat berkenaan dan diluluskan oleh Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM (bagi rawatan di hospital KKM) atau Pengarah Hospital Universiti (bagi rawatan hospital Universiti).

3. Keperluan penggunaan ubat bagi suatu tempoh yang berpanjangan dibenarkan tetapi tertakluk kepada had perbelanjaan bagi pembekalan ubat untuk keperluan tempoh tiga bulan sahaja bagi setiap permohonan.

4. Tidak termasuk makanan tambahan [food supplements] dan ubat alternatif [alternative medicine] kecuali susu yang diperlukan oleh pesakit bagi meneruskan kelangsungan hidup dan beliau tidak boleh mengambil sebarang makanan lain selain dari susu.

Pembekalan Alat Ortopedik / Anggota Palsu - Pembekalan alat ortopedik dan anggota palsu (artifical limbs) serta alat yang perlu dipasang (implant) dalam tubuh pesakit untuk menyelamatkan nyawanya (seperti pacemaker), Alat Bantu Pendengaran, Alat Rawatan Jantung, Alat Bantu Pernafasan, Koklea Implan, Colostomy Bag, Urine Bag dan Intraocular Lens boleh dipertimbangkan oleh Syarikat OratisRX Sdn Bhd sekiranya;





1. Diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan/tentera dan disahkan tidak dapat dibekalkan oleh hospital kerajaan/tentera.

2. Perbelanjaan bagi membaik pulih atau menggantikan anggota palsu (tetapi bukan kerana kecuaian atau semata-mata untuk kecantikan) boleh juga dipertimbangkan sekiranya diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan/tentera dan disahkan tidak dapat dibekalkan oleh hospital kerajaan/tentera.

3. Penggantian bateri alat bantu pendengaran tidak di tanggung oleh kerajaan/tentera.

4. Alat pakai buang tidak ditanggung oleh kerajaan/tentera.

5. Perkhidmatan Perubatan

6. Perkhidmatan perubatan seperti CT Scan dan Magnetic Resonance Imaging (MRI) boleh dipertimbangkan sekiranya diperakukan keperluannya oleh Pegawai Perubatan Kerajaan/tentera dan disahkan tidak dapat disediakan oleh hospital Kerajaan/tentera.

Rawatan Penyakit Buah Pinggang - Perbelanjaaan bagi mendapatkan rawatan berkaitan dengan penyakit kegagalan buah pinggang (End Stage Renal Failure), seperti haemodialysis dan ubat, suntikan eprex/recormin serta alat pakai buang (disposables) bagi Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) boleh dipertimbangkan sekiranya;

1. Pakar Nefrologi hospital Kerajaan memperakukan keperluannya dan disahkan tidak dapat disediakan oleh hospital kerajaan/tentera.

2. Perbelanjaan untuk haemodialysis adalah berasaskan kos rawatan sebenar, terhad kepada maksima RM200 setiap rawatan dialisis (terhad kepada 3 kali rawatan seminggu). Ubat atau ujian yang diperoleh dari pusat rawatan swasta tidak boleh dipertimbangkan sekiranya ia boleh diperoleh daripada hospital kerajaan.

3. Perbelanjaan Arterio-Venous Fistula (AVF)/Internal Jugular Catheters (IJC).

4. Permohonan perbelanjaan pembedahan AVF/IJC di hospital swasta boleh dipertimbangkan sekiranya Pakar Nefrologi Kerajaan merujuk pesakit menjalani pembedahan AVF tertakluk kepada syarat berikut;

5. Kelewatan menunggu giliran pembedahan AVF/IJC yang keterlaluan di hospital kerajaan.

6. Pembedahan AVF/IJC pertama gagal.

7. Tiada Pakar Vascular di hospital kerajaan/tentera.

8. Pemberian Erythropoietin/ Recormon kepada pesakit boleh ditanggung oleh Kerajaan (terhad kepada 2 kali seminggu) sekiranya pesakit memerlukan Eprex/recormon melebihi had yang ditetapkan.

9. Perlu mendapat surat justifikasi dari Pakar Nefrologi


Kunjungi Laman Web JHEV sekarang.

https://www.jhev.gov.my/bantuan-untuk-veteran-atm/apabila-anda-sakit  

AddToAny