responsif teks foto

Isnin, 28 Disember 2020

Video CNA Berkenaan Kenaikan Sewaan Tanah Di Cameron Highlanda Tidak Tepat.

 

 1.  Baru-baru ini CNA (Channel News Asia) sebuah agensi berita yang berpusat di Singapura telah mengeluarkan satu video berkenaan kenaikan sewaan tanah pertanian di Cameron Highlands. 

 2.  Video yang memaparkan beberapa petani dan pemimpin pembangkang ini seolah-olah menunjukkan Kerajaan Negeri Pahang tidak prihatin dengan keadaan semasa para pekebun di Cameron Higlands dengan kononnya menaikkan kadar sewa secara mendadak. 

 4.  Perkara yang dinyatakan di dalam video tersebut tidak benar kerana sebelum kita membuat keputusan ini terdapat banyak faktor yang telah dikaji terlebih dahulu untuk memastikan kadar sewaan pada ketika ini sesuai dengan keadaan semasa. 

 5.  Nilai RM900.00 seekar/setahun yang disebutkan di dalam video tersebut adalah kadar T.O.L. dan tidak termasuk cukai dan pembayaran lain. Manakala, nilai RM4,500.00 seekar/setahun adalah pembayaran keseluruhan yang terangkum. 

 6.  Nilai RM4,500.00 setahun (RM375 sebulan) ini adalah lebih rendah berbanding berbanding dengan kadar sewaan tanah persendirian sebanyak RM12,000 hingga RM14,000 seekar/setahun.

 7.  Bayaran yang dikenakan ini boleh dibuat secara ansuran kepada Pahang Corp selama empat (4) kali dalam setahun. 



 8.  Bayaran RM4,500.00 ini akan digunakan oleh kerajaan negeri untuk pembangunan negeri, terutamanya dalam usaha untuk memulihkan semula alam sekitar yang telahpun terkesan teruk akibat aktiviti pertanian yang dijalankan selama ini. 

 9.  Kaedah penyewaan 3 + 2 yang diperkenalkan ini turut juga diambilkira dari rungutan para pekebun yang mengadu bahawa kaedah penyewaan T.O.L sebelum ini sukar kerana mereka terpaksa memperbaharui lesen menduduki tanah tersebut setiap tahun. 

10.  Tidak timbul isu kesukaran untuk mendapat pembiayaan dari pihak bank kerana kita sudah mendapat maklum institusi perbankan seperti AgroBank, Maybank dan lain-lain telah pun bersetuju dengan syarat kaedah penyewaan terbaharu ini. 

11.  Tidak timbul isu kenaikan harga produk pertanian dari Cameron Highlands kerana nilai RM4,500.00 yang dibayar setahun ini tidak memberikan kesan besar kepada keuntungan petani dan peraih. 

12.  Kerajaan Negeri Pahang terbuka kepada sebarang kritikan dari mana-mana pihak, namun begitu, sebarang pendapat dan kritikan yang diberikan haruslah bersandarkan fakta.

#SayangiCameronHighlands #MajuTerusPahang #Pahang1st

kredit FB : Wan Rosdy bin Wan Ismail



Raub dilanda Banjir Kilat


Selepas lebih 30 tahun tidak pernah dilanda banjir kilat akhirnya hujan lebat luar biasa semalam menyebabkan seluruh bandar Raub dinaiki air.

Hujan yang direkodkan antara pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam semalam adalah kira-kira 280 milimeter iaitu yang tertinggi untuk satu jam dalam tempoh  40 tahun.

Difahamkan juga hujan lebat luar biasa seperti ini akan berlaku lagi dalam tempoh 37 tahun.


Pegawai Daerah, Datuk Mohammad Shahid Ismail berkata, banjir yang berlaku dalam tempoh 30 tahun itu disebabkan hujan luar biasa dan bukannya akibat masalah longkang tersumbat.

"Longkang di kawasan bandar berfungsi sepenuhnya dan tidak tersumbat,  air boleh lalu cuma hujan dua kali ganda lebat.

"Bagaimanapun kita telah meminta pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) supaya melihat balik longkang sedia ada dan kalau perlu menaiktaraf berdasarkan keputusan JPS kita akan mohon peruntukan,"katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Shahid  longkang tidak dapat menampung jumlah air terlalu banyak akibat hujan   lebat ditambah jarak aliran ke Sungai Sempalit agak jauh.

kredit FB : PahangStory



Ahad, 27 Disember 2020

Infaq membeli kain kafan



Peluang infaq membeli kain kafan untuk mengangkat kewajipan Fardhu Kifayah pengurusan jenazah‼️

Bantu kami di Amal Team @ Amal Valley untuk menguruskan jenazah secara PERCUMA..

1 kayu inshaAllah boleh digunapakai untuk pengurusan 5 jenazah.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Barangsiapa menguruskan jenazah orang muslim kerana iman dan ikhlas, turut solat jenazah bersama-sama dan menyelenggarakan pemakamannya sampai selesai, maka orang itu pulang membawa pahala dua qirat; satu qirat kira-kira sebesar Bukit Uhud. Dan siapa yang mengikut solat jenazah saja, kemudian dia pulang sebelum dimakamkan, maka orang itu pulang membawa pahala satu qirat."

Amal Valley Organization
(PPM-016-10-25032020)

MAYBANK : 562263553821

(ref:kain kafan)

Dana Kain Kafan & Peralatan Mandi Jenazah







Tiada nilai minimum utk wakaf, kami menerima sebarang bantuan atas dasar Fastabikul Khairat (berlumba-lumba melakukan kebaikkan) unyuk melaksanakanan tuntutan Fardhu Kifayah.

InshaAllah dana ini akan dimanfaatkan di semua base Amal Team @ Amal Valley di seluruh Malaysia.

Bismillah.. Kita infak bersama-sama..

#sedekahjumaat
#sedekahsubuh
#fastabiqulhairat
#fardhukifayah
#ertihiduppadamemberi
#amalteam
#AmalValleyOrganization

Pinjaman RM 2.335 bilion Negeri Pahang Dihapuskira Kerajaan Persekutuan.



 1.  Kerajaan Negeri Pahang sentiasa memastikan perhubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia terus terjalin demi manfaat seluruh rakyat negeri ini. 

 2. Dari aspek pembangunan negeri, hubungan baik ini bukan sahaja membantu untuk merencana aktiviti pembangunan akan datang, tetapi juga menyelesaikan perkara-perkara yang tertangguh melalui rundingan kedua-dua pihak.

 3. Atas rundingan yang dijalankan berterusan ini, Kerajaan Persekutuan Malaysia telah bersetuju untuk menghapuskira pinjaman bernilai RM2.047 bilion melalui Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Pahang yang termeterai pada Rabu, 23 Disember 2020. 

 4. Kerajaan Negeri Pahang juga telah menubuhkan pasukan khas yang diselia di bawah Bahagian Kawal Selia Air (BKSA) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, bagi memastikan penstrukturan ini berjalan dengan lancar.

 5. Selain itu, Kerajaan Persekutuan Malaysia juga telah menghapuskira pinjaman sebanyak RM205.724 juta bagi penganjuran SUKMA Pahang 2012. 

 6.  Ini ditambah lagi dengan menghapuskira kos pengurusan bencana/bantuan mangsa banjir bagi tahun 2014/2015 yang bernilai sebanyak RM54.874juta. 

 7. Secara keseluruhannya nilai pinjaman Negeri Pahang yang telah dihapuskira oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia kini adalah sebanyak RM2.335 bilion. 

 8.  Kerajaan Negeri Pahang masih lagi mengadakan usaha berterusan bagi berunding dengan kerajaan persekutuan bagi menstruktur semula beberapa lagi pinjaman yang sedia ada. 

 9.  Perkara ini adalah penting bagi memastikan pengurusan kewangan negeri berada pada keadaan sihat dan Kerajaan Negeri Pahang pada ketika ini boleh memberi fokus kepada inisiatif-inisiatif baharu yang dapat membantu rakyat secara terus. 

 10.  Kerajaan Negeri Pahang akan terus komited untuk menjalankan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia, bagi memastikan lebih banyak rundingan diadakan untuk manfaat bersama anak-anak Negeri Pahang Darul Makmur.

kredit FB  : Wan Rosdy bin Wan Ismail




Jumaat, 25 Disember 2020

200 Km sanggup diredah dengan Motosikal


Seorang isteri nekad menunggang motosikal seorang diri lebih dari 200 kilometer dari Kampung Kemahang, Benta ke Hospital (HTAA) Kuantan pada Rabu untuk melihat suaminya yang kini terlantar akibat penyakit kanser perut dan otak yang kini telah tahap empat.

Setelah mendapat panggilan dari pihak hospital yang memaklumkan suami akan menjalani imbasan (MRI). Saya nekad menunggang motosikal seorang diri kerana tak mahu susahkan sesiapa.

Walaupun ada terdetik perasaan takut sepanjang perjalanan itu, namun menguatkan semangat untuk sampai ke sana dan bertemu suaminya.

"Sepanjang perjalanan saya hanya berhenti seketika di Jerantut untuk mengalas perut kerana seharian tak menjamah makanan," katanya.



Menceritakan penyakit yang dihadapi suaminya itu, ibu kepada dua cahaya mata yang berusia 7 dan tiga 3 itu berkata, penyakit yang dihidapi suaminya itu hanya diketahui selepas mendapatkan rawatan di hospital kerana sering mengadu sakit perut.

Suami yang bekerja kontrak sebagai tukang rumah itu telah menanggung penyakit tersebut sejak 7 tahun lalu, namun enggan mendapatkan rawatan di hospital sebaliknya hanya bergantung kepada ubat tahan sakit sejak sekian lama.

"Buat masa ini anak2 saya dijaga oleh adik ipar dan saya tak tahu sampai bila saya akan berada di hospital untuk menemani suami.

"Walaupun memikirkan tentang anak di kampung, namun saya perlu kuat untuk memberi semangat kepada suami agar dia dapat melawan penyakit yang dihadapinya itu, " katanya.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan dan meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank (162012858359) atas nama Rohaizan Binti Rozama atau menghubunginya di talian 017-9622679.

Kredit : Sinar Harian

Khamis, 24 Disember 2020

Kebakaran Kg. Beramah Teluk Gunung Lipis





Salam semua warga komuniti lipis. Kejadian pagi har ini. Rumah terbakar lokasi Kampung. Beramah Teluk Gunung. Kepada sesiapa yang mengenali keluarga mangsa bolehlah dtg ziarah dan mnghulurkan sumbangan apa2 barang keperluan kepada keluarga mangsa.Rumah Mak Cik Esah sekeluarga. Semoga sumbangan anda yang sedikit ini amat besar ganjarannya di sisi Allah s.w.t. Kepada yang nak menyumbang terus ke akaun saya atau

 wasap  www.wasap.my/+60129619389/bantuankebakaran



Maybank
156114211720
(Mohd Zamri Abdul Ghani)

CIMB
8602796474
(Zamry Enterprise)

Rabu, 23 Disember 2020

Bayaran pertama KWSP akan dibuat pada 11 Januari 2021



Semua permohonan pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sama ada secara digital atau fizikal berjalan lancar, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Permohonan pengeluaran wang dari Akaun 1 dibuka pada 21 Disember 2020

Menurutnya, bagi mereka yang layak, maklumat tersedia di dalam pangkalan data KWSP.

Sistem ini akan memberi kelulusan secara automatik dan keputusan pertama akan diketahui pada 
4 Januari 2021.

Sehubungan itu, beliau meminta pemohon bersabarlah sementara KWSP memproses permohonan yang diterima.

“InsyaAllah, bayaran pertama akan dibuat pada 11 Januari 2021,” katanya.

Sumber - MalaysiaGazette



Isu Tanah Haram Raub




ISU TANAH HARAM RAUB- TERIMA KASIH JABATAN PEGUAM NEGARA & MAHKAMAH, TAHNIAH MB SERTA KERAJAAN NEGERI

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang hari ini menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah atas keputusan Mahkamah yang menolak permohonan semakan penghakiman oleh sekumpulan penceroboh tanah haram di Raub terhadap notis pengusiran yang telah dikeluarkan Kerajaan Negeri sebelum ini.

Di kesempatan ini, pemuda negeri juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Peguam Kanan Persekutuan Puan Noor Fadzilla Ishak,selaku peguam yang mewakili Kerajaan Negeri serta lima yang lain selaku responden atas kejayaan mengenepikan semua hujahan yang dibuat oleh pihak penceroboh.

Sejak kes ini bermula, kami yakin bahawa keputusan akan memihak kepada Kerajaan Negeri Pahang memandangkan ianya merupakan satu ‘ straight foward case’, sepertimana ketika kerajaan mengambil tindakan terhadap peneroka tanah haram di Sungai Ichat Cameron Highlands setahun sebelum itu.

Walaubagaimanapun, apabila kes dibawa ke mahkamah, kami berpandangan adalah wajar proses undang-undang dihormati agar keputusan yang adil dicapai.

Pemuda Pahang juga menzahirkan ucapan Tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang, khususnya YAB Menteri Besar Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail atas keputusan ini.


Sejak tindakan dimulakan bagi menuntut hak kerajaan negeri ke atas tanah-tanah tersebut, beliau dan kerajaan pimpinannya diserang, ditohmah dan difitnah bertalu-talu oleh beberapa pihak dengan gambaran yang diberi seolah-olah Kerajaan Negeri takut dan berlembut dengan peneroka tanah haram terbabit.

Serangan, tohmahan dan fitnah ini hanya bersandarkan tajuk berita di media samaada media massa atau sosial, yang diputar belit dari kenyataan rasmi Kerajaan Negeri mahupun Menteri Besar.

FAKTA bahawa KERAJAAN NEGERI PAHANG sendiri yang MEMULAKAN PROSES MENGAMBIL SEMULA hak negeri langsung tidak diperkatakan.

Peristiwa pemenjaraan peneroka tanah haram di negeri lain yang tiada kena mengena dengan Negeri Pahang pula dilaungkan. Satu cubaan mempamerkan imej kerajaan negeri yang seolah berat sebelah serta zalim terhadap sesuatu kumpulan tetapi berlembut dengan kumpulan yang lain, sedangkan di Pahang kebanyakkan kes hanyalah melibatkan denda dan sitaan tanpa mengira bangsa dan warna kulit penceroboh. Manakala kes-kes mahkamah yang dibawa mereka semuanya berakhir dengan kekalahan.

Hari ini kebenaran telah terbukti, proses undang-undang walaupun tidak disenangi dan disangsikan ramai pihak dipatuhi, serta yang paling penting kerajaan tidak berlaku zalim kepada sesiapa.

Pemuda Negeri juga berharap agar tiada pihak dituduh sewenang-wenang dan difitnah dalam isu ini, rundingan dan proses perundangan telah lama dilaksanakan dan pimpinan hari ini memuktamadkan segalanya.

Akan ada lagi tindakan seperti ini bakal menyusul di beberapa lokasi di Negeri Pahang pada masa akan datang, Pemuda UMNO Negeri menyeru supaya Rakyat Pahang terus memberikan sokongan dan memberi kepercayaan penuh kepada pimpinan negeri untuk mengambil tindakan.

Terima kasih jua mahkamah atas keputusan hari ini.


MOHD FARID MOHD NOR
Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang


kredit : FB Farid Nor


Selasa, 22 Disember 2020

Kemalangan Jalan Raya jalan Tersang- Raub.

 

Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sg. Koyan bersama sebuah jentera LFRT tiba di lokasi berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dengan sebuah kereta jenis Perodua Alza. Terdapat tiga orang mangsa  dari kereta Alza cedera telah berjaya dikeluarkan oleh orang ramai. Manakala dua  mangsa lagi telah tersepit didalam kereta Perodua Myvi dan telah meninggal dunia.

Pasukan Bomba bertindak memulakan operasi dengan menggunakan peralatan menyelamat dan mangsa berjaya dikeluarkan dan diserah kepada pihak polis. - 21.12.2020

Kredit : FB BBP Sg Koyan

Isnin, 21 Disember 2020

Berita Pahang pada 14 Dis hingga 20 Dis 2020





1. KDYMM Agong berkenan kurnia sumbangan kepada petugas Barisan Hadapan di SUKPA

2. GLC Pahang trut menyumbang kejayaan capai sasaran kutupan hasil tahun ini.

3. Barisan kepimpinan Pahang beri penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah.

4. RM 1.49 Juta diperuntukan untuk bantu 77 Agrooreneur Muda di Pahang ini.

5. Covid-19 di Pahang terkawal.

6. Pahang juga mahu Pampasan jaga tadahan air.

7. Kerajaan Pahang sumbang RM 100,000 kepada GPSK dan dapur Infaq.

8. 662 Calon SPM DUN Teruntum terima sumbangan Insentif RM 33,100.

9.Kerajaan Pahang akan bina 8,000 unit Rumah Makmur di seluruh Pahang.

10 Covid-19 tiada PKPB di Daerah Kuantan.


Kredit : UKOMP

Ahad, 20 Disember 2020

Boleh mohon SEKARANG i-sinar KWSP

 





Pastikan untuk kelancaran permohonan
  • Tentukan anda mendaftar dengan i-Akaun
  • Pastikan Nombor telefon bimbit anda dikemaskini di kios atau cawangan KWSP
  • Pastikan akaun Bank milik anda AKTIF 


Bila dan bagaimanakah saya boleh memohon i-Sinar?

1. Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, 
anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.

2. Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, 
permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.

Permohonan SEKARANG i-Sinar  secara online di laman web dibawah :


>>>>Member Login<<<<






Berwaspadalah dengan sebarang aktiviti yang mencurigakan

Laporkan sebarang info yang mencurigakan dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03 8922 6000


Pokok Tumbang Jalan Bukit Fraser Raub.

Dihempap 😠 pokok tumbang

Kerja-kerja pembersihan

Sebuah kereta yang dalam perjalanan ke arah Bukit Fraser dihempap sebatang pokok yang tumbang di Jalan Tranum-Bukit Fraser di sini hari ini.

Bagaimanapun pemandu kereta berkenaan yang berumur 27 tahun terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

Malah mangsa bernasib baik apabila batu besar tidak terjatuh akibat terhalang oleh batang pokok yang tumbang.

Ketua Polis daerah, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, tiada kecederaan dilaporkan dan kereta berkenaan berjaya dialihkan pada pukul 10.45 pagi 19 Dis 2020



"Kedua-dua arah jalan terhalang dimana hanya pengguna jalan raya yang mahu ke Bukit Fraser melalui jalan dari Kuala Kubu sahaja yang boleh lalu.

"Bagi pengguna jalan raya yang mahu ke Bukit Fraser atau ke Kuala Kubu dari arah Raub serta yang mahu ke Raub dari Kuala Kubu adalah terhalang,"katanya di sini, hari ini.

Menurutnya pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi disusuli pihak bomba pada pukul 8.50 pagi.

Sementara itu, Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Shahrul Nizam Nasir berkata, ketika tujuh anggota sampai ke tempat kejadian tiada mangsa di dalam kereta berkenaan.

"Pihak bomba tidak memotong pokok berkenaan kerana pokok dan batu dari atas bukit akan jatuh bersama dan operasi diserahkan kepada pihak Roadcare untuk tindakan lanjut,"ujarnya.

Foto:JBPM

Kredit: FB PahangStory



Sabtu, 19 Disember 2020

Raub adalah tempat Askar Melayu Bertempur.

Kapt (B) Abdul Latif bin Mohd Nor

Tahukah anda?

Raub merupakan 'kawasan hitam' satu ketika dahulu apabila menjadi sarang dan kubu kuat komunis yang telah mencetuskan huru-hara kepada negara.

Kawasan Kampung Sungai Chalit dan Sungai Ruan merupakan tempat bertempurnya askar-askar Melayu dengan askar komunis ketika itu. Ramai antara mereka yang masih hidup dan ramai juga yang sudah mati.

Hari ini, kawasan yang sama. Tapak yang sama. Diceroboh oleh 'pekebun-pekebun' haram yang menanam Durian Musang King, di mana mereka mendapat untung jutaan ringgit setiap tahun di atas tanah bukan milik mereka dan mengakibatkan kerajaan negeri Pahang rugi lebih RM30 juta termasuk hasil hutan dan cukai yang sepatutnya dimanfaatkan kepada rakyat melalui belanjawan dan sebagainya.




Bayangkan kita berada di tempat para veteran tentera yang bertempur dahulu di Raub menentang komunis. Mereka bergadai nyawa, ada yang cacat anggota seumur hidup dan ada yang masih trauma diseksa komunis. Malah, ramai antara mereka hidup dalam serba kemiskinan. Apatahlagi memiliki tanah untuk diusahakan atau untuk diwarisi kepada anak cucu.

Apalah perasaan mereka melihat tanah di mana tumpahnya darah mereka dan darah sahabat-sahabat perjuangan mereka dahulu terlepas begitu sahaja dengan kompromi terhadap pencerobohan tanah yang mungkin akan diberikan hak secara rasmi.

Perjuangan Raub ini bukan sekadar perjuangan tanah. Tetapi ini manifestasi bagi membela nasib veteran tentera kita. Malah, membela maruah seluruh anggota tentera negara.

Fikir-fikirkanlah.


Sumbangan Anda  : PEMBELA  INFAQ

Sumber : FB PEMBELA 


Jumaat, 18 Disember 2020

Tun Rahah meninggal dunia : Al-fatihah


Tun Rahah Mohamed Noah


Tun Rahah Mohamed Noah, 87, isteri kepada bekas Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur jam 4.30 petang( jumaat)  18 Dis 2020.

Perkara itu disahkan anak Allahyarham yang juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di akaun Facebook miliknya.

Innalillahwainnailaihirojiun, bonda saya sudah tiada, kami sekeluarga di hospital.

"Kesedihan dan air mata mengalir, tiada kata-kata untuk kehilangan ini," tulisnya.

Semalam Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar menziarahi Tun Rahah.

Selain Seri Paduka Baginda, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan menziarahi balu bekas Perdana Menteri kedua itu.

Sebelum itu, beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin lain turut menziarahi Allahyarham - Metro

Tun Toh Puan Rahah Mohd Noh Dalam Kenangan.

1.Semasa suaminya Almarhum Tun Razak Hussein meninggal dunia di tahun 1976, Saya menyambut jenazah di AirPort Subang dan kemudian sehingga pagi saya berada di Sri Taman.

2. Kini salepas 44 tahun kemudian kematiannya suami beliau mengikuti. Jika berdasar sakitnya tidak begitu kritikal sehingga menyebabkan beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

3. Tetapi bagi seorang Isteri yang soleha yang suaminya meninggal dunia selalu merindui akan suaminya dan ada antaranya berdoa mahu mengikut jejak suaminya di alam baqa.

4. Entahlah.. dalan kesakitan yang dihadapi dia meminta kepada Allah untuk dia pergi. Semoga dapat bertemu dengan suami yang tersayang. Maka pergilah dia dalam usia 87 tahun.

5. Satu masa saya pernah pergi ke pejabat karib dan penyokong setianya Tun Razak Hussein bernama Tan Sri Macherl Chen seorang peguam dan juga bekas Menteri di pejabat firmanya di Bangunan Bangkok Bank. Yang saya kenal di tahun 70an juga.





6. Saya suka bertanya dengannya, dia pula suka bercerita. Antara cerita yang di ceritakan ialah kisah dia ikut sama pergi shoping di kedai berprestij di Oxford Street, London.

7. Kata Micheal Chen., Tun Razak Hussein hanya window shoping sahaja.. dia hanya sekadar meneman isteri Toh Puan Rahah.

8. Dalam meninjau barangan di jual, sampailah keruang menjual beg tangan jenama. Maka sebagai perempuan Toh Puan Rahah memegang dan menggayakan satu beg tangan. Satelah di gayakan baru di tengok harganya. Dengan tiba2 Toh Puan Rahah meletakan beg itu. Dari wajah Toh Puan Rahah nampak macam berkenan dengan beg itu, tetapi di tegur oleh Tun Razak hanya berkata ‘mahal harga beg itu’.

9. Satu sikap Tun Razak Hussein dia tidak suka akan sesiapa membayar apa dia makan dan beli. Beliau akan membayarnya sendiri walau pun makan bersama kawan-kawannya. Akan di bayar semua walaupun dengan Menterinya atau pegawai-pegawainya.

10. Michael Chen meneruskan cerita. Saya meminta isteri saya pergi kedai itu semula salepas kami balik bersama Tun Razak ke hotel. Saya minta isteri saya pergi beli beg itu tetapi bukan warna yang digayakan oleh Toh Puan Rahah.

11. Saya tidak beri terus beg tangan itu kepada Toh Puan Rahah kerana saya tahu dia tidak akan terima kerana takut di marah oleh Tun Razak, saya bawa balik ke Kuala Lumpur sambung Micheal Chen lagi.

12. Saya sudah lupa ada satu majlis..Samada majlis ulang tahun perkahwinan Tun Razak atau hari jadi Toh Puan Rahah. Saya suruh isteri saya bungkus beg tangan itu dengan kertas biasa. Dan jadikan sebagai hadiah tanpa menulis apa-apa ucapan dan juga nama saya atau isteri saya.

13. Satelah beg tangan itu di sampaikan. Saya ada berjumpa dengan Toh Puan Rahah bila dia bersama Tun Razak Hussein dalam majlis rasmi, sepatah pun dia tidak cakap terima kasih dengan saya atau isteri. Saya merasa gembira kerana dia tidak tahu, beg yang dia minat melihatnya tetapi tidak dibenarkan dibeli oleh Tun Razak siapa pemberinya sehingga sekarang (masa dia bercerita dikawal tahun 2000)

14. Seperkara lagi kata Michael Chen..Sepanjang ingatan saya beg itu tidak pernah di pakai Toh Puan Rahah jika bersama Tun Razak Hussein. Hanya saya ada melihat dalam surat khabar gambar Toh Puan Rahah dengan beg tangan itu tanpa kehadiran Tun Razak Hussein.

Ini antara cerita yang diceritakan oleh Micheal Chen akan kisah Toh Puan Rahah sebagai seorang isteri kepada Perdana Menteri. Begitu akur dan setia sebagai seorang isteri kepada suami. Sesungguhnya Almarhum Toh Puan Rahah ada contoh Isteri Sakinah dan menjadi contoh teladan kepada isteri-isteri pembesar yang lain. - Al Fatihah.

Dato’ Zaharin Mohd Yasin(Sang Kelembai) 
19 Disember 2020
Kuala Lumpur.

  



Khamis, 17 Disember 2020

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021

Tentera Kita

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021 akan dibayar kepada semua anggota tentera di Gred 56 setaraf dan ke bawah sebanyak RM 600.00. Pembayaran akan dilaksanakan oleh Jabatan Arah UGAT mengikut tarikh yang telah ditetapkan pada 25 Jan 2021 dengan menggunakan peruntukan sedia ada. Perakaunan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021 ke dalam penyata gaji akan dibuat pada penyata gaji bulan Jan 2021

Bagi Veteran yang berpencen dan tidak berpencen akan dibayar sebanyak RM 300.00 oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran.

Anggota yang tidak layak Bantuan Khas Kewangan adalah anggota yang dikenakan hukuman tatatertib atau anggota yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam atau anggota yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Jan 2021.

Bagi maksud Hukuman Tatatertib adalah hukuman yang melalui saluran perundangan dan diisytiharkan dalam PERBAH II pasukan seperti yang tertakluk dalam Seksyen 89 dan 90, Akta Angkatan Tentera Malaysia 1972. Walaubagaimanapun, bagi kes potongan debit adalah tidak dikira sebagai hukuman tatatertib dan adalah layak Bantuan Khas Kewangan.

Program Upskilling dan Reskiling Veteren ATM



PROGRAM UPSKILLING DAN RESKILLING VETERAN (PRU-V) ATM 2021 - PERHEBAT PAHANG

Program ini mensasarkan Veteran ATM. Inisiatif kerajaan ini dalam memberi latihan khusus kepada mereka yang bersara tanpa berpencen dalam meningkat taraf ekonomi mereka samada menceburi bidang perniagaan atau pekerjaan.

Sehubungan itu, dalam Fasa Pertama ini, PERHEBAT perlu mengenalpasti Veteran ATM yang akan mengikuti program ini terutamanya kepada veteran yang tidak berpencen dan tidak berkerja/diberhentikan kerja/terjejas semasa PANDEMIC COVID-19 ini.

SEKSYEN 1 : PERLU DILENGKAPKAN

SEKSYEN 2 : PERLU DILENGKAPKAN

SEKSYEN 3 : PERLU DILENGKAPKAN

SEKSYEN 4 : JIKA SEDANG BEKERJA (MAKAN GAJI)

SEKSYEN 5 : JIKA BERNIAGA / USAHAWAN

SEKSYEN 6 : JIKA BEKERJA SENDIRI

SEKSYEN 7 : JIKA TIDAK BEKERJA

Klick Borang Sekarang: 


Semoga kita bersama mendapat manafaat dan setidak-tidaknya dapat membantu sahabat kita yang sedang bergelut dengan suasana ekonomi yang suram saat ini.


Rabu, 16 Disember 2020

Program Ziarah Makam Pahlawan



Allahyarham 27598 Saad bin Pandak


Kampung Balok Hikir Lanchang - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Mejar Khairul Ashinar bin Azid TUDM bersama staf telah dijemput bagi satu program Ziarah Makam Pahlawan yang gugur di dalam pertempuran menentang pengganas komunis. 

Program ajuran PVATM Cawangan Temerloh ini juga turut dihadiri bersama Ahli Undangan Negeri Lanchang, YB. Dato' Sri Haji Mohd Shakar bin Haji Shamsudin, ahli PVATM Temerloh dan PVATM LANCHANG serta Srikandi.

Perajurit tersebut adalah Allahyarham 27598 Saad bin Pandak daripada Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Di Raja. Beliau gugur di medan pertempuran pada 10 Mac 1979 di kawasan operasi Keroh, Perak. Ketika itu Allayarham meninggalkan seorang balu dan sepasang cahayamata yang masih kecil.

Program ini juga diisi dengan Tahlil di rumah Allahyarham. YB. ADUN Lanchang juga turut berbesar hati menyumbangkan saguhati kepada balu Allahyarham. JHEV ATM 13 Dis 2020.

Selasa, 15 Disember 2020

Tokoh yang meninggal Pada tahun 2020 - Al Fatihah

TAHUN 2020

Datuk Seri Dr. Omar Othman 70
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang, Datuk Seri Dr Omar Othman meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 10 Feb 2020 jam 6.52 pagi tadi akibat komplikasi kanser.



Abam Bocey, 32
Pelawak popular Abam Bocey, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, Selangor pada 10 Feb 2020 lebih kurang jam 8.30 pagi hari ini dipercayai akibat demam panas.

Ashraf Sinclair 40
Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Sinclair, meninggal dunia pagi jam 4.00 pagi 18 Feb 2020 akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Datuk Abdul Jalil Long
Usahawan pengasas kicap jenama Jalen, Datuk Abdul Jalil Long meninggal dunia di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru jam 3.55 petang, 18 Feb 2020.

Shafie Ahmad, 54
Pencipta dan penyanyi lagu ‘Selagi Ada Rindu’, Shafie Ahmad, 54, atau lebih dikenali sebagai Pak Long meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani pada 1 Mac 2020 jam 6.50



Maya Matahari 44
Penyanyi Maya Matahari atau Myanaliza Rusle yang disahkan meninggal dunia hari ini 18 Mac 2020 akibat kanser. Beliau meninggal dunia semasa menjalani rawatan di China. 

Farit Ismeth Emir 66
Pembaca warta berita RTM telah menghembuskan nafas terakhirnya baru sebentar tadi 20 April 2020 di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor Al- Fatihah. 

Dato Ismail Kamus 72
Tuan Guru Dato' Ismail Kamus di lahir pada 1948 telah kembali ke rahmatullah Jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang. 

Poe Rampa 64
Kartunis dan penyanyi Poe atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Ahmad, 64, meninggal dunia pada tengah hari Jumaat 12 Jun 2020 kerana komplikasi jantung, buah pinggang dan hati. 





Ahmad Subky Abdul Latif
Pengasas akhbar lidah rasmi PAS, Harakah dan bekas wartawan, Ahmad Subky Abdul Latif meninggal dunia kira-kira jam 11.05 pagi 23 Jun 2020, kerana sakit sindrom myelodyplastic (MDS) iaitu kanser darah.

Md Izuddin Ali 
Profesor Madya Md Izuddin Ali atau lebih dikenali sebagai Prof. Izzi Hj Ali yang telah disahkan telah kembali ke rahmatullah Pada 12.45 tengahari 25 Jun 2020. Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akibat menghidap strok.

Datuk Khusairi Abdul Talib 69
Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Slim  BN, Datuk Khusairi Abdul Talib dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi di Bentong Pahang kerana serangan jantung 15 Julai 2020.

Yusof Kelana 66
Pengarah filem Tragedi Oktober, Yusof Kelana meninggal dunia di kediamannya di Taman Melawati, Hulu Klang jam 9.30 pagi, hari ini.15 Ogos 2020


Abu Bakar Juah, 72
Pelakon veteran, Abu Bakar Juah,, meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam jam 6.35 petang, pada 15 Ogos 2020  akibat kanser hati.

Kumin, 49
Bekas anggota kumpulan KU2, Kumin, 49, atau nama sebenarnya Khuzami Ismail  meninggal dunia di rumahnya di Taman Lembah Maju, Pandan Indah, Kuala Lumpur, hari ini 3 Sept 2020.

Datuk Zukifli Zain
Pelakon Datuk Zukifli Zain meninggal dunia kira-kira pada pukul 8.30 malam ini 5 Sept 2020 Allahyarham menghembuskan nafas terakhir disamping isteri, Datin Normala Omar dan lima orang anaknya di rumah beliau di UK Perdana

Idris Mat Diah 61
Pelakon veteran, Idris Mat Diah yang membawa watak Pak Andak dalam drama '7 Hari Mencintaiku' meninggal dunia awal pagi tadi. 14 Sept 2020.


Datuk (Sarjan) Awang Rawing 104
Awang Rawing berusia 104 tahun  penerima pingat George Cross disahkan meninggal dunia sebentar tadi 18 Sept 2010. Beliau merupakan Iban Tracker yang datang ke Tanah Melayu sekitar Disember 1950 sebelum diserap masuk ke dalam Rejimen Worcestershire yang berpangkalan di Kluang untuk menentang komunis.
Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad 88
Bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad meninggal dunia jam 6.20 pagi 21 Sept 2020 tadi di Prince Court Medical Centre (PCMC) selepas dimasukkan ke situ Sabtu lalu akibat masalah jantung.

Datuk Paimuzi Yahya
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada jam 1 petang 8 Okt 2020.

Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, 82
Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, 82 tahun, meninggal dunia malam tadi jam 11.52 malam  16 Okt 2020



Tan Sri Zaleha Ismail 84
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Zaleha Ismail, meninggal dunia di Hospital Tawakal, di sini, kira-kira jam 8.15 14 Nov 2020 malam tadi.

Dato' Hasbullah Osman 63
Ahli Parlimen Gerik Hasbullah Osman dari Umno meninggal dunia akibat daripada serangan jantung hari ini 16 Nov 2020.  Pegawai khas kepada Hasbullah, memberitahu Media ahli Parlimen Gerik itu meninggal dunia di Raub, Pahang.

YB Manis Muka Mohd Darah, 65 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Manis Muka Mohd Darah, 65 tahun dilaporkan meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu, pada Selasa 17 Nov 2020

Dato' Mokhtar Hashim 78
Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan 1981-1983 Dato' Mokhtar Hashim meninggal dunia awal hari ini 18 Nov  2020. . Perkara itu disahkan oleh anak saudaranya, Ahmad Hafiz Abdul Raffar menerusi satu hantaran Facebook. Menurut Ahmad Hafiz, allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 3.10 pagi.



 
A. Ali, 71
Penyanyi dan pemain gitar kumpulan Kembara, A. Ali, 71, atau nama sebenarnya Hamdan Atan disahkan meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Semenyih.  Anak ketiganya, Nur Huda Hamdan, 34, ketika dihubungi berkata, ibunya, Latifah Khamis menyedari bapanya meninggal dunia selepas jasad kaku sekitar pukul 8 pagi 21 Nov 2020.

Pak Lah Cecupak 53. 
Pelakon Senior Pak Lah Cecupak atau nama sebenar Noor Affendi Nurdin, meninggal dunia akibat kanser usus pada pagi sabtu 21 Nov 2020. di Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Basiron Abdul Wahab, 59
Mantan wartawan Harakah Pahang, Allahyarham Basiron Abdul Wahab, , pergi menghadap Ilahi jam 12.30 tengah hari 02 Dis 2020  dan akan dikebumikan di Kampung Lubuk Kulit  di Kuala Lipis.

Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz 98
Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Prince Court di ibu negara pada 15 Dis 2020 pukul 4.30 petang.



Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah 87
Balu kepada perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah, dilaporkan baru sahaja meninggal dunia sekitar jam 4.30 petang, Jumaat  18 Disember 2020 di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara.

Datuk Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusof 88
Tokoh sejarawan negeri Kedah dan juga bekas pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah (PSMCK) Datuk Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusof meninggal dunia dipercayai kerana sakit tua di Kedah Medical Centre (KMC) di sini hari ini, kira-kira pukul 6.15 petang 19 Dis 2020.

Tan Sri Mohamad Aziz 80
Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Tan Sri Mohamad Aziz, pernah menjadi Timbalan Pengerusi Tetap UMNO dan bekas Speaker Dewan Negeri Johor,  meninggal dunia pada usia 80 tahun di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru, Johor, malam ini 24 Dis 2020.


Isnin, 14 Disember 2020

Gajah muncul untuk mencari makanan


Kemunculan seekor gajah di Kampun Mengtangau, dekat Gemunchor, di sini, pada petang Jumaat lalu mengejutkan penduduk kerana haiwan itu kebiasaannya muncul pada waktu malam untuk mencari makan.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, gajah jantan itu kali pertama memasuki kawasan kejadian yang jaraknya 500 meter dari kawasan kediaman penduduk.

Ia turut merosakkan 550 pokok kelapa sawit selepas memasuki dua kebun di Kampung Mentangau.




Penduduk mendakwa itu adalah kali pertama mereka melihat gajah dengan jelas kerana muncul pada waktu siang malah sehingga malam, ia masih berkeliaran di sekitar kampung.

Keadaan itu membuat penduduk kampung melakukan pemantauan bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Lipis.

Pengarah Perhilitan Pahang, Rozidan Md Yasin berkata, gajah itu dianggarkan berusia 30 tahun dan dihalau ke hutan berhampiran.

Beliau berkata, pihaknya melakukan kawalan dan pemantauan buat masa ini.

Katanya, jika kedudukan haiwan terbabit tidak berubah, satu operasi menangkap akan dilakukan

sumber - Metro

Ahad, 13 Disember 2020

Bunga yang sukai kelulut tapi ditakuti oleh babi.

 


Bunga Tunera

Bunga Tunera atau Bunga Pukul Lapan (Turnera ulmifolia L.) yang juga dikenali dengan nama pokok bunga Lidah Kucing (bahasa Jawa) adalah spesies tumbuhan dari keluarga Passifloraceae yang didakwa boleh mengawal serangan babi hutan. Kini terdapat beberapa petani yang telah menanam bunga ini di kawasan strategik untuk elakkan kemasukkan babi hutan dari memasuki kawasan kebun dan merosakkan tanaman.

Diminati oleh lebah/kelulut.

Bunga tunera diminati oleh serangga terutama lebah dan kelulut untuk mendapatkan nektar dan debunga. Tumbuhan ini termasuk dalam tumbuhan yang sesuai ditanam di kawasan penternakan lebah dan kelulut. Seterusnya kalau anda sering memperhatikan ladang-ladang kelapa sawit di sepanjang laluan utama jalan raya di Malaysia, anda akan nampak bunga tunera ini ditanam ditepi jalan-jalan ladang utama ladang kelapa sawit. Ia sengaja ditanam oleh pihak estet kelapa sawit sebagai sumber makanan kepada sejenis ulat yang merosakkan kelapa sawit. 

Tumbuhan ini juga dilaporkan adalah natif dari negara tropika termasuk Mexico, Asia Tenggara dan juga Hindia Barat. Bunga Tunera selalunya ditanam di kawasan sekeliling rumah, ditaman-taman bunga atau kawasan riadah kerana kecantikan warna bunganya yang menarik. Dua jenis bunga tenera yang popular di Malaysia adah jenis Tunera Kuning dan jenis Tunera Putih. Dalam usaha kita hendak mengenali tanaman renek ini sebaiknya kita ingin tahu akan apakah tumbuhan ini, kelebihannya serta kegunaanya.

Cara Penjagaan Pokok Tunera.




Pokok bunga tunera ini merupakan tumbuhan jenis renek yang cepat membesar. Turnera selalunya didapati tumbuh meliar di tempat terbiar terutamanya tepi pantai dan kawasan tanah belukar. Bagaimana pun jika ditanam ia mudah dikenali dengan bentuk bunganya dan juga daunnya. Lazimnya bunga tunera akan mula untuk berkembang lebih kurang pada waktu 8 pagi dan menguncup semula selepas waktu tengah hari dan ia berlaku setiap hari sehingga bunga tersebut matang dan gugur.

Bunga tunera mempunyai sebanyak 5 kelopak bunga yang membentuk satu bulatan yang seni. Bunganya berwarna putih dengan dibahagian tengahnya ada sedikit kuning dan kehitaman (Sila anda lihat foto). Bagaimana pun ada spesies yang berwarna kuning muda dengan warna gelap coklat di bahagian tengah yang juga kontrast apabila dilihat dari jauh.

Jika diteliti mengenai komponen daunnya akan dilihat ia selalunya berbentuk bujur dan tepinya dilihat seakan bergigi. Daun yang berwarna hijau ini mempunyai permukaan helai daun agak licin dan rata.

Kaedah pembiakan bunga ini dilakukan dengan cara keratan batang atau pun keratan dibahagian hujung batang yang diletak dalam air. Kemudian keratan ranting tersebut yang berdaun akan diletak hormon penggalak akar. Seterusnya keratan tersebut perlu diletak dalam media nurseri seperti gunakan medium pasir sungai atau juga tanah.

Di kawasan nurseri ini semestinya bersaliran baik dan sedikit berpasir. Anak benih tunera boleh ditanam dengan jarak tanaman 1m x 1m mengikut kesesuaian kawasan dan tujuan penanaman dimana kawasan menerima sinaran cahaya yang agak banyak.

Pembajaan.

Pengairan awal perlu dilakukan dengan menyiram 2 kali sehari dan diberikan baja dengan kekerapan seminggu sekali bersama dengan baja asas seperti NPK15:15:15 bersama baja organik atau boleh diaplikasikan dengan baja foliar.

Apabila pokok sudah mula membesar sebaiknya dilakukan aktiviti mencantas terutama untuk cantasan pembentukan. Cantasan dilakukan juga terhadap pokok tunera yang terlalu tinggi agar nampak cantik jika ketinggiannya sama.

Cantasan ini dilakukan juga untuk menggalakkan pertumbuhan tunas dan ranting baru. Cantasan akan menggalakkan pokok tunera akan banyak mengeluarkan bunga dan akan membentuk pokok menjadi lebih kemas.

Pokok bunga Tunera Putih

Dapatkan : https://invl.io/clght7z

Kredit : Anim Agro Technology




Sabtu, 12 Disember 2020

Lelaki bermotosikal Maut


Lelaki maut motosikal berlanggar lori balak

Seorang lelaki yang dalam perjalanan mengambil isterinya pulang bekerja maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah lori  balak di Kilometer 1 Jalan Lipis-Benta di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Superintenden Azli Mohd Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 2.10 petang itu berlaku ketika mangsa, Mohd Yussafal Ramdhan Mohd Yusof, 41, dalam perjalanan dari rumahnya di Bukit Kerani di sini menuju ke Hospital Kuala lipis bagi mengambil isterinya.

"Apabila sampai di tempat kejadian semasa melalui selekoh dan mendaki bukit, motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan lalu memasuki laluan betentangan.

"Pada masa yang sama sebuah lori balak tiba di lokasi kejadian  melanggar motosikal ditunggang mangsa,"katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -  Lipis 11 Dis 2020

Kredit FB; PahangStory



Penduduk Raub gempar


Fenomena buih besar gemparkan penduduk, Loji Rawatan Air Sg. Bilut ditutup

Fenomena buih besar yang berlaku di sebatang sungai berhampiran Kampung Tras di sini menggemparkan penduduk di kawasan itu.

Dalam kejadian semalam buih berwarna putih seakan buih sabun melimpahi sungai yang juga menyalurkan air ke Sungai Bilut seterusnya ke Loji Rawatan Air Sungai Bilut.

Susulan kejadian itu juga Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) dalam satu kenyataan telah bertindak menutup Loji Air Sg. Bilut sebagai langkah keselamatan bermula semalam.

Penutupan Loji Air Sg. Bilut sehingga tarikh yang akan ditetapkan kelak itu memberi kesan kepada 8,329 akaun pengguna di sekitar daerah ini.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri, Mohd. Sani Daud berkata, pihaknya telah ke lokasi kejadian sejak semalam dan sedang menyiasat punca buih berkenaan.

Katanya,pada masa ini pihaknya hampir mengenalpasti punca dan perlu melakukan beberapa ujian bagi mengesahkan laporan.

"Kita telah ambil tindakan segera dengan melakukan ujian insitu dan menggambil sampel air berkenaan untuk ujian dan setakat ini bacaan air sungai berkenaan adalah pH 6.

"Kawasan berkenaan adalah jauh daripada kawasan perindustrian dan kita akan memaklumkan laporan selepas ujian dan siasatan selesai,"katanya.

Sementara itu seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Lee berkata, dia dan penduduk di situ terkejut apabila menyaksikan buih yang begitu banyak di sungai berkenaan.

Katanya, mereka tidak pasti punca buih berkenaan dan berasa bimbang disebabkan bahan kimia berbahaya.



"Kami tidak pasti apa sebab tetapi sehingga kini rumput di tepi sungai masih tidak mati dan tiada penduduk yang mengalami sakit dan sebagainya.

"Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera dan saya difahamkan pihak berkuasa telah menjumpai satu tong di kawasan itu semalam,"ujarnya.- 12 Dis 2020

Kredit FB : PahangStory

KOMEN

Pemakluman sampel bahan kimia yang diambil oleh pasukan Hazmat Bomba dan diuji di pusat HAZMAT ID mengandungi komposisi:

1. isopropyl rubbing alcohol 0.8847

2. glucoric acid 0.8816

3. hydrogen peroxide solution 0.8784

4. chloroacetaldehyde solution 0.8771

5. glycolic acid nitrile solution 0.8195

bersamaan dengan perbandingan sampling komposisi sabun berkepekatan tinggi.

bahan kimia tersebut adalah sejenis sabun pencuci jentera/lori/kegunaan domestik kepekatan tinggi dan tidak merbahaya jika telah dillute @ larut dalam kuantiti air banyak.

bacaan PH adalah normal 7.

bagi LRA Sungai Bilut dinasihatkan untuk air tersebut *hilang bau, warna dan rasa* dan juga *tiada buih sabun lagi di loji* untuk operasi.

Makluman terima kasih.



Khamis, 10 Disember 2020

Kg. Semaut, Amber Court, Apartmen Ria - PKPD 10 hingga 23 Disember





Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan di tiga lokasi di Genting Highlands iaitu Rumah Kongsi Kampung Semaut, Apartmen Amber Court dan Apartmen Ria bermula 10 Disember hingga 23 Disember.

Ia susulan kes yang direkodkan di kawasan berkenaan di bawah Kluster Jln Genting hari ini terus meningkat mendadak dengan 118 kes baharu menjadikan 164 kes keseluruhan dalam kluster berkenaan.

Hari ini Bentong merekodkan 119 kes baharu dengan 118 kes daripada Kluster Genting dan satu kes hasil saringan Orang Kena Tahan.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sallehuddin Ishak berkata, pemasangan kawad besi telah dilakukan di tiga lokasi penempatan warganegara asing berkenaan.

"Itu tempat penempatan buruh asing dan jangkitan kalangan mereka sahaja tidak melibatkan orang luar.

"Pemasangan kawad besi adalah untuk mengelakkan mereka keluar daripada kawasan supaya jangan masuk ke kawasan penduduk tempatan,"katanya.



Kredit : PahangStory

Rabu, 9 Disember 2020

App google play store 'PahangGo'

 



Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pahang bakal menggunakan aplikasi PahangGo bagi kemudahan pembayaran kupon letak kenderaan.

Setakat ini, kemudahan itu sudah dilaksanakan di Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Perbandaran Bentong (MPB) dan Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH).

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Mohammad Fakharuddin Mohd Ariff berkata, menerusi aplikasi yang dibangunkan kerajaan negeri itu, pemilik kenderaan tidak perlu lagi membeli kupon sebaliknya hanya menggunakan aplikasi itu sebaik meletakkan kenderaan mereka.


"Kerajaan negeri setuju memperluaskan perkhidmatan itu di semua PBT di Pahang selepas dilaksanakan di MPK, MPB dan MDCH," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mengulas pencapaian aplikasi PahangGo sejak dilancarkan Oktober tahun lalu, beliau berkata, kira-kira 140,000 pengguna direkodkan menggunakan perkhidmatan itu.

Katanya, secara keseluruhan aplikasi itu sudah mengutip RM800,000.

"Aplikasi ini bukan sahaja untuk pembayaran letak kereta, malah pengguna boleh membuat pembayaran lain antaranya cukai tanah, cukai taksiran dan pembayaran kompaun PBT.
"Pengguna juga boleh melihat sejarah transaksi yang dapat dimuat turun sebagai rujukan pengguna," katanya.

Klick Sekarang : App PahangGo




Sumber Metro

LIVE: Keputusan Kes Pencerobohan Tanah Raub oleh pekebun haram Musang King | PEMBELA

Lokasi: Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang.

Presiden Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya hadir ke mahkamah berkata, rakyat seluruh Malaysia menumpukan perhatian terhadap kes mahkamah bersabit pencerobohan tanah kerajaan di Raub itu kerana ia bukan lagi isu negeri, sebaliknya membabitkan negara.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Zainal Azman Ab. Aziz menangguhkan keputusan kepada 23 Disember bagi membolehkan pihak responden dan plantif menyelesaikan pengurusan kes.

Penangguhan juga bagi membolehkan pihak mahkamah meneliti afidavit baharu yang dikemukakan pihak plaintif pada minggu lalu, untuk mengguna pakai keputusan yang sama terhadap satu lagi permohonan difailkan 94 lagi pekebun durian di Raub. 

Sumber : Utusan Online.

Isnin, 7 Disember 2020

Berita Pahang 23 Nov 2020 hingga 29 Nov 2020

 



KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berkenan lawat kelurga mangsa lemas 

Jalan Tanjung Gahai-TKPM Jelai siap lebih awal 

Pahang catat lebihan hasil sebanyak RM 33 juta.

Kerajaan Pahang Laksana Ops Bertam, Banteras Aktiviti Pertanian Haram.

19, 254 Calon SPM Terima Insentif Pembelajaran secara on line.

100 Rumah Rakyat Pahang akan dibina tahun hadapan.

Kerajaan Pahang Nafi Pelaksanaan TEMCO di Daerah Kuantan, Pekan dan Bentong.

Perbincangan Dua Hala AND, SKMM Tingkatan Perkhidmatan Telekomunikasi

Covid-19 Sistem Penarafan Bintang diperluas ke seluruhan Pahang.

Kredit : UKOMP 

Sabtu, 5 Disember 2020

Menonton ‘You Tube’ dapat Duit.

Earn Money Watching New Videos Online..."


Dapatkan Wang Menonton Video Baru Dalam Talian..."

Sekarang tak payah jadi You Tuber…. kena cari 1000 Subscriber dan 4000 jam tayang perlu perlalatan canggih dan mahal serta yang paling utama skill kemahiran individu. Bila anda daftar dapat $ 5 dolar jemput kawan dapat $ 1 dollar dan bila ada masa lapang hanya ambil masa 5 minit per hari anda boleh mendapat $ 7 hingga $ 10 dollar atau lebih. Kalau sebulan dapat $300 dollar bersamaan RM 1,241.65 berbalul hanya mengunakan ‘Smart Phone’.

Apabila pendapatan anda sudah cukup $ 80 dolar anda akan dibayar.   Anda boleh memindahkannya ke akaun bank, akaun PayPal dan banyak lagi pilihan .


Apa tunggu lagi tonton tutorial di bawah :

  


Dah faham tekan link di bawah

>>>>>>win tub.com




2 hari  tengok 10 tayangan  dapat  $ 12.11 bersamaa RM 49.8210


Sudah mencapai USD$ 73.90..." daftar sekarang

USD 79.3198


Daftar Sekarang


Atau

Daftar Sekarang


Buat duit 2022



Hei, saya telah menyertai rangkaian bernama  Peopleperhourco  dan memperoleh $25.00!  Anda dibayar untuk menguji apl percuma baharu dan menyiarkan di media sosial. 

Daftar dengan pautan saya dibawah untuk bonus pendaftaran $25 segera




Jumaat, 4 Disember 2020

Belanjawan 2021 untuk OKU



Definisi OKU

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, "OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat".

Belanjawan 2021

Belanjawan 2021 baru-baru ini, antaranya menaikkan bantuan bulanan OKU tidak berupaya bekerja daripada RM250 kepada RM300, kadar elaun pekerja OKU RM400 kepada RM450 serta bantuan penjagaan OKU daripada RM350 kepada RM500.

Perdana Menteri Tari Sri Muhyiddin berkata mengikut rekod JKM, bilangan OKU berdaftar di Malaysia setakat ini ialah 581,265 orang dan beliau berharap kempen mendaftarkan golongan tersebut dipergiatkan lagi bagi memastikan tiada yang tercicir dan tidak diberikan perhatian.

“Perkara ini sangat penting untuk menjamin golongan ini tidak terlepas daripada menerima bantuan kerajaan, terutamanya ketika situasi sukar penularan pandemik Covid-19.


Sumber : BERNAMA, Laman Web JKM 





Khamis, 3 Disember 2020

IPG November 2020 diaktifkan RM 0.05 kg: LGM

Getah Sekrap
                                           
Pekebun kecil boleh membuat tuntutan bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) berdasarkan kepada pengeluaran bulan November 2020 mulai 1 hingga 31 Dis, 2020, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).

LGM dalam satu kenyataan hari ini berkata IPG bagi bulan November 2020 di Semenanjung adalah sebanyak 0.05 sen sekilogram, manakala bagi Sabah dan Sarawak masing-masing sebanyak 30 sen dan 25 sen sekilogram.

"Pada bulan November 2020, harga purata peringkat ladang bagi sekilogram getah sekerap adalah RM2.45 untuk Semenanjung, RM2.20 untuk Sabah dan RM2.25 untuk Sarawak," kata lembaga itu.

Mulai Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah, kata LGM.

sumber-- BERNAMA


AddToAny